Baru-baru ini iPhone Malaysia telah mengeluarkan telefon pintar terbaru mereka yang sudah memasuki siri ke-11. Bagi peminat iPhone, ini merupakan peluang yang ditunggu-tunggu dalam mendapatkan gajet tercanggih di pasaran.

Ada yang berkata kemasukan iPhone siri terbaru dijangka bakal menghangatkan pasaran telefon pintar yang kini mempunyai saingan hebat antara beberapa jenama terkemuka dunia seperti Samsung, Huawei dan Oppo. Sejauh mana kebenarannya?

Begitu juga dengan dakwaan teknologi-teknologi iPhone yang dikatakan sudah ketinggalan zaman jika dibandingkan dengan beberapa siri jenama telefon pintar yang lain. Adakah siri iPhone terbaru ini mampu mengubah persepsi orang ramai?

Untuk mengupas isu ini lebih lanjut, Apa Kata Orang (AKO) sempat menemu bual Shibli Nuqman, pengasas Ohgeekz yang juga merupakan seorang peminat gajet yang memiliki pelbagai siri gajet dari pelbagai jenama.

Jom ikuti temu bual Shibli bersama krew AKO mengenai pandangan beliau terhadap iPhone 11 yang baru dimilikinya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda masih percaya tanda lebam sebab mistik?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN