Desas-desus mengenai prototaip model skala kecil kereta terbang akhirnya terjawab apabila model tersebut dipamerkan kepada orang ramai di pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19), semalam.
Bagaimanapun, reka bentuk model skala kecil kereta terbang, Vector itu mendapat kecaman netizen di media sosial yang rata-rata mempersoal kredibiliti serta kemampuan Kementerian Pembangunan Usahawan dalam pembinaan kereta terbang.
Tidak kurang juga, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang turut sama mengecam reka bentuk kereta terbang itu.
Â
Kereta Terbang Atau Dron?
Bagi menjelaskan perkara sebenar mengenai model kereta terbang tersebut, sebuah syarikat tempatan, Aerodyne Sdn. Bhd tampil memberi penjelasan sebenar mengenai model Vector itu.
Menerusi laporan Bernama, Vector bukanlah kereta terbang seperti yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Ya, mungkin ramai yang menyangka bahawa model ini adalah kereta terbang namun ia salah sama sekali.
Apa yang sebenarnya berlaku adalah, Vector ini adalah kenderaan yang lebih cenderung kepada ‘dron bersaiz besar’ yang direka untuk menjadi sistem pengangkutan udara dari satu destinasi ke destinasi lain.
Selain daripada itu, ia juga direka untuk membawa penumpang, penghantaran kargo bagi tujuan pengawasan.
Â
Fakta Ringkas Model Vector
Apa yang pasti, model Vector ini bukanlah kereta terbang yang diwar-warkan sebelum ini.
Ianya adalah kenderaan yang berasaskan VTOL (Vertical Take-Off and Landing) yang berlepas dan mendarat secara menegak yang dilengkapi kuasa elektrik dan dikawal secara autonomi.
Roda empat yang dilihat seperti kipas itu adalah motor dan bateri lithium-ion yang membolehkan kenderaan itu untuk terbang.
Model yang direka oleh Aerodyne Sdn. Bhd itu juga boleh membawa bebanan yang dianggarkan 150 hingga 200 kilogram dan terbang pada ketinggian kira-kira 50 meter dengan kelajuan 60 kilometer sejam dan 30 ke 90 minit masa penerbangan.
Selain itu, masa penerbangan yang diambil juga adalah antara 30 hingga 90 minit yang mana dron itu boleh terbang lebih lama dengan penggunaan teknologi bateri yang lebih baik pada masa hadapan.
Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai tiga reka bentuk modul boleh ditukar ganti yang unik iaitu:
1- Kecemasan dan Perisikan, Pengawasan dan Peninjauan (ISR)
2 – Penghantaran kargo
3-Â Penumpang
Dari segi pembiayaannya pula, ianya adalah inisiatif sektor swasta sepenuhnya dan tidak ada pelaburan dari pihak kerajaan mahupun dana awam yang digunakan untuk reka bentuk kejuruteraan dan pembangunan prototaip ini.
Jadi, apa-apa pun, kita tunggu dan lihat sahaja prototaip Vector ini yang dijangka siap untuk terbang seawal Jun tahun ini.
Â
Terpulang Pada Netizen
Selepas satu daripada satu kecaman hebat dibuat, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof pula bertindak mengatakan mana-mana pihak yang mengecam reka bentuk model skala kecil kereta terbang yang dipamerkan di Langkawi, Kedah semalam boleh memilih untuk selesa berada di belakang dan menaiki kereta buluh!
Amboiii!
Macam-macam pula jadinya.
Katanya, biarpun dikecam, fokus utama kerajaan adalah untuk pembangunan modal insan.
KATA ORANG
Berangin je kat bawah ni. Baik2 jangan sampai skirt dengan tudung terbang
— TIZZY (@iamTizZaqyah) March 27, 2019
Mohon cepatkan pengeluaran. Tak sabar menjadi salah seorang pengguna kereta terbang. Tolong pastikan penggunaan bahan api dari Minyak Sawit. Sokong buatan Malaysia. Panjangkanlah Umur Tun agar dapat beliau merasai apa yang kita rasa.
— remy sale.com (@remy_sale) March 28, 2019
Xde bumbung? D langgar dek burung baru tau. Lebam
— amiOreo (@MohdSalmi17) March 27, 2019
Buatlah dalam bentuk scale yang besar...LIMA tu bkn pertandingan sekolah2 menengah.Sedih tgk rupa KERETA TERBANG 🇲🇾
— Mohamed Farid Ali (@farids_ali) March 28, 2019