Kebelakangan ini, kita sering disajikan dengan pelbagai jenis ‘Challenge’ di ruang maya dan ianya turut menjadi ikutan ramai.
Ada antaranya buat untuk tujuan amal dan ada juga yang melakukan sekadar suka-suka sahaja.
Terbaru, tular di ruang maya berkenaan #VansChallenge di mana pelaku perlu merakam aksi mereka membaling kasut jenama Vans untuk membuktikan kasut berkenaan akan tetap mengadap ke atas dengan apa jua cara balingan.
Warganet Teruja Dengan #VansChallenge
Cabaran tersebut bermula dari pengguna Twitter @ibelivethehype yang telah memuat naik video membaling kasut jenama Vans ke lantai dan kasut tersebut jatuh dengan keadaan mengadap ke atas.
Dengan kapsyen di pos berkenaan, dia menyatakan bahawa anda baling macam mana sekali pun, kasut anda tetap akan jatuh mengadap ke atas.
Seperti biasa, aksi ini menjadi ikutan warganet dan kebanyakkan mereka begitu teruja dengan teori membaling kasut Vans mereka ke lantai.
Namun ada juga yang tidak berjaya membuktikan teori itu benar. Mereka yang menonton video mereka yang tidak berjaya, turut memberi komen mengatakan kasut mereka tidak original dan ada yang mengatakan kasut mereka sudah rosak.
Paling menghiburkan, apabila salah sorang warganet yang membuat Vans Challenges, dengan membaling satu belah kasut sahaja dan tidak berjaya turut mendapat reaksi daripada warganet yang lain.
Mereka mengatakan kasut berkenaan perlu bekerja sebagai satu kumpulan, tidak boleh buat berasingan untuk membuktikan teori berkenaan.
Cabaran ini turut turut dilakukan oleh anak kepada pengasas syarikat Vans, Steve Van Doren dan memuat naik di akaun instagram rasminya.
Fenomena Pa’din Musa
Kolaborasi Vans dan Pa’din Musa atau nama sebenarnya Ahmad Fadzil Musa merupakan seorang skater professional Malaysia yang pernah memenangi emas di kejohanan X-Games sebanyak dua kali
Corak yang menarik perhatian ramai telah membuatkan kasut itu Sold Out pada hari pertama penjualannya iaitu pada 2 Disember 2017.
Sehinggakan ada yang mengambil kesempatan menjual semula kasut yang dibeli dengan harga sehingga mencecah ribuan ringgit, dan sudah pasti ada yang akan membelinya kerana kasut edisi terhad.
Disebabkan telalu laris, sudah wujud pula versi ciplak di pasaran dan ramai yang masih berminat untuk mendapatkannya kerana terlepas membeli yang original.
Bukan Vans Sahaja Boleh
Menurut portal Complex.com yang telah menemu ramah seorang Professor dari Universiti Temple, Jim Napolitano berkata, melihat kepada bentuk kaki, bahagian dalamya cekung dan bahagian luarnya cembung dan sudah pasti ada kelainan dalam mereka bentuk kasut.
Walaupun focus utamanya adalah cabaran, tetapi kasut jenama Vans bukanla satu-satunya kasut yang boleh membuktikan teori yang digembar gemburkan sebelum ini.
Akhir kata, baling kasut Vans ni lebih baik dari baling cheese ke muka bayi anda dan merakamkannya. Macam-macam hal dunia sekarang ni.
KATA ORANG
The replies are just everyone throwing their vans on the floor 😂😂
— Tru 📞 // 5 // 狂88 (@KxbraKid5) March 3, 2019
This whole Vans thing is so dumb. Like did everyone forget that they’re originally skate shoes. Like wow the shoe is doing what it was engineered to do, so crazy right. #VansChallenge
— Sailor Conyeezy (@conniebeep) March 5, 2019