9 Oktober 2019 merupakan tarikh keramat bagi industri media apabila surat khabar yang berusia 80 tahun, Utusan Melayu telah menamatkan operasinya selepas tidak mampu lagi untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi syarikat itu.

Dalam satu memo dalaman yang diedarkan kepada staf syarikat pada Rabu, pengerusi eksekutifnya Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir berkata Lembaga Pengarah Utusan telah pada 7 Oktober 2019 meluluskan cadangan Penggulungan Sukarela Pemiutang (Creditors’ Voluntary Liquidation).

Seramai 800 pekerja terpaksa ditamatkan perkhidmatan mereka kerana segala usaha syarikat untuk menyelamatkan penerbitan akhbar ini menemui jalan buntu.

Bukan sahaja pekerja merasa sedih dengan penutupan akhbar Utusan ini tetapi rakan-rakan media yang lain, pembaca serta netizen diluar sana bersimpati dan turut berduka dengan keputusan ini.  

 

Semua Salah Umno?

Setiap masalah pasti ada punca dan jalan penyelesaiannya. Namun bagi masalah penerbitan Utusan ini, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) cawangan Utusan menyifatkan nasib malang yang menimpa Utusan Melayu (M) Berhad hari ini adalah kesan daripada kegagalan menghalang akhbar bahasa Melayu tertua negara itu dari dikuasai Umno, sekitar 1962.

Pengerusinya, Mohd Taufek Razak berkata kebergantungan akhbar itu kepada parti politik juga merupakan petanda buruk.

Katanya, Utusan Malaysia beroperasi sejak 80 tahun dulu bukan berasaskan keuntungan, tetapi berdasarkan hanya kepentingan politik semata.

Sumber: Utusan

Sebab itu katanya, apabila Umno tidak ada, Utusan tidak boleh berbuat apa-apa kerana sepanjang wujudnya utusan ia ditanggung oleh Umno.

Menurutnya, NUJ pernah menentang dengan melakukan mogok pada tahun 1962 bagi menentang Utusan daripada dikuasai oleh Umno tetapi gagal.

 

Utusan Terus Hidup

Disebalik kedukaan tersebut, Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd Abdul Aziz Sheikh Fadzir hari ini berkata Utusan Malaysia akan terus “hidup”.

Ini memandangkan firma yang dikaitkan dengan jutawan Syed Mokhtar Albukhary itu merancang untuk melancarkan sebuah penerbitan baru dengan menggunakan lesen percetakannya.

Didedahkan bahawa firma Aurora Mulia Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Syed Mokhtar, telah memperolehi kepentingan pegangan 70 peratus dalam Dilof Sdn Bhd, syarikat induk yang memegang lesen percetakan Utusan.

Walau bagaimanapun, pengambilalihan Syed Mokhtar adalah khusus untuk lesen Utusan dan bukannya mengambilalih kumpulan Utusan Melayu Bhd secara keseluruhan.

 

Bagaimana Nasib 800 Pekerja?

Walaupun dikatakan Utusan akan terus ‘hidup’ namun tiada jaminan bahawa 800 pekerja yang terpaksa berhenti itu diserap semula.

Abdul Aziz juga tiada jawapan kepada persoalan itu dan hanya berserah kepada pemilik baru itu.

Namun, dalam satu sidang media, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan sebahagian kakitangan Kumpulan Utusan Melayu akan diambil bekerja semula oleh pengurusan syarikat yang baru.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, kenapa utusan dalam keadaan sedemikian sekarang ini?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN