Mahkamah Majistret di Kajang pada 16 November 2018 menjatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda maksimum RM2,000 terhadap seorang ustaz selepas dia didapati bersalah mencederakan kaki muridnya yang berusia 11 tahun dengan menggunakan rotan kerana murid lelaki itu enggan menunaikan solat.
Muhammad Adib Abd Halim, 24, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Nor Afidah Idris setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Dia, yang dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula tarikh jatuh hukum. Tuduhan itu membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Khairul Amin Abdullah yang mewakili Muhammad Adib bagi penggantungan pelaksanaan hukuman penjara sementara memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi, namun memerintahkan tertuduh membayar denda itu serta-merta atau dipenjara tiga bulan jika gagal βββββββmembayar denda.
Muhamad Adib bagaimanapun membayar denda tersebut.
Seramai 12 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Muhammad Adib, yang berdiri di luar kandang tertuduh berpakaian baju Melayu hijau dan berkopiah putih, bagaimanapun kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan.
Fakta Kes
Pada 28 Ogos tahun lalu, Muhammad Adib mengaku tidak bersalah dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas murid darjah lima itu di bahagian kaki kiri dan kanannya dalam kelas di sebuah sekolah rendah di Bandar Seri Putra, Hulu Langat, pada 2.25 petang, 16 Ogos 2017.
βββββββTerdahulu, Khairul Amin merayu supaya anak guamnya hanya diberikan perintah bon berkelakuan baik di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah, mengambil kira Muhammad Adib merupakan pesalah muda yang kali pertama dihadapkan ke mahkamah selain dia baru sahaja mendirikan rumah tangga Mei lepas dan perlu menyara isterinya selain tiada rekod kesalahan lain.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairul Iqram Hairuddin pula memohon hukuman berat kerana walaupun tertuduh masih muda, namun telah berada pada usia matang yang boleh membezakan perbuatan baik dan buruk, selain untuk memberi pengajaran.
Netizen Simpati Dengan Nasib Ustaz
Rata-rata netizen yang mendengar kes ini melahirkan rasa sedih dan simpati ke atas nasib Ustaz Adib kerana dijatuhi hukuman dan menganggap ia tidak wajar diperlakukan begitu.
Mereka merasakan para guru mahupun pendidik diangkat dan dimartabatkan di tempat yang sewajarnya dalam persada pendidikan negara, bukannya dihukum sebegini rupa.
Diharap apa yang berlaku kepada Ustaz Adib tidak akan melunturkan semangat warga pendidik yang lain untuk terus gigih mendidik anak bangsa dengan disiplin ,akhlak ,dan sahsiah terpuji agar menjadi insan yang berguna serta berbakti kepada agama,bangsa dan negara .
Netizen Menyokong Hukuman Dijatuhkan
Ada segelintir yang menyalahkan tindakan ustaz ini yang merotan muridnya, kerana dianggap ia adalah salah dan bukan dalam bentuk pengajaran untuk murid berkenaan.
Ada yang menganggap kes-kes seperti ini wajar diambil pengajaran oleh para pendidik supaya tidak mengulangi kesilapan mereka.
Adakah salah seorang guru atau ustaz mendidik anak murid mereka sebegitu. Jika rotan adalah cara terbaik, kenapa perlu dihukum? Adakah anak-anak masa kini terlalu manja atau ibu bapa itu sendiri yang manjakan anak-anak mereka?
Guru-guru ini ibarat ibu bapa mereka ketika diluar pengawasan ibu bapa kandung. Mereka mendidik, mengajar murid-murid supaya menjadi manusi berguna, kalau begini sikap ibu bapa, bagaimana anak-anak kita hendak maju.
Kes Ustaz Pukul Murid
Pernah berlaku pada tahun 2011, seorang ustaz memukul murid sehingga meninggal dunia.
Saiful Syazani Saiful Sopfidee 7, telah koma setelah dikatakan dipukul hampir dua jam oleh seorang ustaz yang berumur 26 tahun yang juga penyelia asrama di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi.
Pada tahun 2017, pelajar tahfiz berusia 11 tahun, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi, dari sebuah sekolah agama di Kota Tinggi, Johor meninggal dunia beberapa hari selepas dua kakinya dipotong kerana jangkitan, selepas dia didakwa didera oleh pembantu warden.
Tahun yang sama, selang beberapa bulan, pelajar berusia 11 tahun juga telah dihukum dengan cara yang sama di mana seorang guru di sebuah sekolah agama di Batang Kali telah merotan tapak kakinya dengan getah paip kerana gagal menghafal ayat-ayat al-Quran.
Mungkin kes-kes sebegini membuatkan ibu bapa bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan.
Mereka tidak mahu nasib malang menimpa pelajar-pelajar yang lain dan memberi pengajaran kepada guru-guru lain.
KATA ORANG
Tak taulah pukul guna apa ni, lain macam lebamnya. Kesian adik ni.
β Sazwani (@ImanQurrotuaini) November 18, 2018
I knew ittt. Kalau tak takdenye jadi kes besar sampai kena saman 2000 and penjara.
β Syed Fikri (@syedzulfikri) November 18, 2018
The weird thing is... usual practice is on palm or bum. Caning on legs, on kids, is a no no isn't it?
β yatt shariffuddin (@YattShariffudin) November 18, 2018
sayang kaki anak tapi rela anak buat dosa tak solat, jangan tanya kalau besar why anak pijak pala mak bapa, bagi muka sangat kecik2, bukan nak sruh berkasar tapi parents should tegas sikit dalam mendidik anak2 kalau bapa aku ni lagi dia suruh ustaz tu rotanπ
β kazeo (@sasuapek) November 17, 2018