Kerajaan negeri Pulau Pinang nampaknya lebih tegas dalam membantu golongan sederhana bagi mendapatkan rumah kos rendah yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri berkenaan.

Terbaru, beberapa keluarga di 18 unit di flat Taman Manggis di Jalan Burma di Pulau Pinang diarah keluar kerana tidak layak untuk menduduki flat sewa kerajaan.

Sumber:FMT

Tindakan ini sangat wajar dilakukan kerana ia akan memberi peluang untuk golongan sasar miskin tegar menyewa flat kerajaan.

Unit-unit ini disewakan kepada keluarga yang tergolong kategori miskin tegar dengan kadar nominal RM100 sebulan.

 

Gaji Bulanan Lebih RM5000 Punca Diusir

Menurut sumber dalam portal Malaysiakini, mereka yang diusir dari menyewa ini adalah golongan yang senang dengan pendapatan kira-kira RM5,000 hingga RM6,000 gaji bulanan, mempunyai kereta besar, manakala yang lain pula telah menyewa unit itu kepada orang asing.

Sumber:FMT

Untuk bertindak lebih adil kepada pihak yang lebih memerlukan, kerajaan terpaksa berbuat demikian.

Sejak semalam, unit-unit yang terjejas dikunci selepas keluarga dipaksa keluar oleh pegawai penguat kuasa.

 

Penghuni Mendakwa Tiada Notis Awal Diberikan

Bagaimanapun, beberapa penduduk menegaskan bahawa mereka tidak diberikan peringatan awal untuk mencari perumahan alternatif, dan untuk memindahkan barangan mereka.

Sumber:FMT

Menurut sumber itu, penduduk yang terjejas diberi tempoh notis yang mencukupi, yang terbaru adalah pada Oktober tahun lepas, untuk mengosongkan unit mereka atau menghadapi pengusiran.

Sumber:SAYS.com

Sebagai langkah sementara untuk menyelesaikan masalah itu, ADUN Komtar Teh Lai Heng berkata Jabatan Perumahan Negeri telah bersetuju untuk membenarkan mereka yang terbabit, tujuh hari lagi untuk berpindah, iaitu pada 6 Mac depan.

Biasalah drama sebeini akan dicipta untuk menyalahkan pihak kerajaan kononnya zalim terhadap mereka sedangkan notis sudah diberitahu awal lagi.

Apabila kerajaan tidak bertindak sebegitu, mereka ambil sikap sambil lewa tidak mengikut arahan yang telah diberikan.

 

Unit Perumahan Awam Untuk Golongan Yang Disasarkan Sahaja

Ahli exco Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo telah menyatakan bahawa kerajaan Pulau Pinang menyediakan pelbagai unit perumahan awam bagi golongan berpendapatan rendah.

Sumber:dappg.org

Mendakwa terdapat ratusan dalam senarai menunggu, Jagdeep berkata ia tidak adil untuk membenarkan mereka yang tidak memenuhi kriteria untuk terus tinggal di unit tersebut.

Kerajaan Pulau Pinang, katanya, telah menubuhkan satu jawatankuasa di bawah Jabatan Perumahan Negeri pada tahun 2012 untuk memastikan hanya mereka yang berkelayakan mendapat kelulusan untuk menghuni rumah berkenaan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah kerajaan negeri bertindak mengusir penghuni yang sudah tinggal di PPR berkenaan?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN