Di era Malaysia yang semakin maju dan berkembang pesat, nampaknya golongan wanita terutama suri rumah semakin bergiat aktif dalam dunia perniagaan.

Ini supaya dapat menjana pendapatan tambahan sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Kalau dikaji dan diamati, wanita sekarang banyak merebut peluang dalam menceburi bidang perniagaan khususnya dalam pembuatan makanan yang dimulakan secara kecil-kecilan. Contohnya, pembuatan kek, biskut, kuih muih dan macam-macam lagi.

Wanita semakin celik soal ekonomi dan mereka ingin membantu suami untuk menambah pendapatan dengan mengambil kira keadaan harga barang, kos sara hidup, kos perbelanjaan anak-anak dan sebagainya.

Dikatakan lebih 80 peratus daripada usahawan berdaftar di bawah Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA).

Statistik Aktiviti Ekonomi 2016, sebelum ini menunjukkan peningkatan penyertaan buruh dalam kalangan wanita sama ada bekerja atau berniaga meningkat sehingga 54 peratus berbanding dari 45 peratus pada 2012.

Itu menunjukkan peningkatan wanita dalam bidang keusahawanan dan kematangan mereka dalam mengendalikan perniagaan.

 

Usahawan Wanita

Sumber: Carousell

Sehingga 31 Disember 2010, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia telah berjaya melatih 5,387 orang usahawan wanita di seluruh Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, seramai 2,000 orang usahawan wanita telah berjaya mencapai pendapatan bulanan sebanyak RM3,500.00 ke atas.

Di antara bidang yang diceburi oleh usahawan wanita tersebut ialah bidang perniagaan makanan, bidang jahitan, bidang penternakan dan bidang butik andaman pengantin dan solekan.

Sumber: Pakar Printing

Hasil bancian ekonomi yang telah dijalankan pada 2016 menunjukkan bahawa daripada 907,065 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam negara setakat ini, sebanyak 20.6 peratus bersamaan 186,855 terdiri daripada perusahaan milik wanita.

Hari ini, tokoh-tokoh perniagaan wanita juga ramai yang menonjol antaranya Datuk Seri Hasmiza Othman, Faiza Bawumi Sayed Ahmad, Vivy Yusof dan Noor Neelofa Mohd Noor.

Dan siapa tidak kenal dengan Allahyarhamah Datuk Dr Maznah Hamid yang lebih dikenali sebagai iron lady dalam kecekalan dan kesungguhannya dalam pembangunan, perniagaan yang sehingga kini menjadi legasi sekali gus sebagai contoh kepada wanita yang ingin menceburi bidang perniagaan.

Selain mereka yang telah menempah nama di antarabangsa, usahawan kecil-kecilan pun apa kurangnya seperti Pengusaha Kek Sabrina, iaitu Puan Siti Noor Sabrina Soobri.

Sabrina Bakery bermula sebagai kedai roti di rumah dan kini berkembang menjadi salah satu daripada vendor kek yang utama di Lembah Klang.

Sumber: Facebook

Sekarang dia mempunya kedai kek sendiri di Cyberjaya dengan nama Mama Sab Cafe, malah beliau juga turut mengajar mereka yang berminat hendak membuat kek dalam talian sahaja.

Beliau mempunyai agen di seluruh negeri dan nama beliau semakin dikenali ramai, pendapatan pula dikatakan mencecah puluhan ribu sebulan.

Dan pastinya akan ramai lagi usahawan-usahawan wanita di luar sana yang sedang mencipta nama dalam perniagaan untuk setanding bersama usahawan wanita berjaya pada masa akan datang.

 

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

.
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN