Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bermacam-macam jenis koleksi baju Melayu diperkenalkan.

Sumber: Oh Bulan

Ada yang mengekalkan gaya klasik yang lengkap dengan pesak dan kekek.

Tidak kurang juga, yang menampilkan gaya moden sesuai dengan dunia fesyen yang terus berkembang masa kini.

Namun, apa yang dirisaukan, banyak pereka fesyen masa kini dilihat berani mengolah baju Melayu mengikut potongan muat padan (fit) yang disifatkan semakin tidak masuk akal dalam kalangan netizen di media sosial.

Sumber: SAYS

Adakah disebabkan ketaksuban terhadap dunia fesyen atau mengejar keuntungan dengan cara publisiti murahan menyebabkan mereka ini berani membawa perubahan terhadap perubahan baju tradisional ini?

 

Lari Daripada Budaya Asal

Setiap kali menjelangnya musim perayaan, kita pasti akan lihat pelbagai jenis gaya serta fesyen yang adakalanya membuatkan kita sendiri terpukau.

Sumber: Ohbulan

Tidak salah sekiranya kita mahu berfesyen namun apa yang dilakukan pereka fesyen masa kini dilihat keterlaluan sehingga baju yang direka itu hilang nilai kemelayuannya.

Mungkin pereka fesyen masa kini menjadikan anak-anak muda sebagai sasaran mereka terhadap perubahan ini.

Namun, tidak semua boleh menerimanya memandangkan baju Melayu yang direka itu telah lari dari tujuan asal yang seakan-akan mahu memperlekeh busana tradisional masyarakat Melayu.

Kita tahu bahawa pereka fesyen sememangnya boleh menghasilkan rekaan pakaian yang menarik tetapi perlu perpada-pada.

Lihat sahaja pakaian tradisional daripada bangsa lain, rasanya belum pernah lagi mereka menukar ciri serta potongan asal terhadap pakaian mereka.

Tetapi, mengapa baju Melayu perlu diubah sana sini?

 

Baju Melayu Lambang Identiti

Bukan hendak mengecam pereka fesyen masa kini, tetapi apa yang dilakukan sebilangan mereka itu sama sekali tidak dapat diterima masyarakat.

Maklumlah sebelum ini, baju-baju Melayu tradisional lebih kepada nilai-nilai kesopanan dan budaya Timur yang memperlihatkan pesak serta kekek.

Sumber: Ohbulan

Namun, semuanya berubah selepas ada pihak yang mulai terpengaruh untuk mencuba konsep-konsep seperti jarang, ketat dan singkat yang sememangnya sudah melanggar tujuan asal.

Sudah lah jarang dan ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan malah ianya juga menyukarkan si pemakai untuk solat.

Kerana ingin berfesyen, baju-baju Melayu sebegini bakal menyusahkan si pemakai lebih-lebih lagi ketika solat Aidilfitri.

Apa-apa pun, terpulang kepada hak masing-masing sama ada untuk menerima perubahan terhadap evolusi baju Melayu masa kini.

Sumber: Ohbulan

Bagi pereka fesyen, mungkin cara itu tidak salah kerana ia salah satu sebab untuk melariskan jualan memandangkan mereka juga perlu bersaing dengan banyak pereka fesyen yang lain.

Namun, sekiranya ia melibatkan pakaian tradisional turun-temurun, seeloknya identiti asal itu jangan diubah.

Baju melayu tradisional juga yang sedap mata memandang. Tak begitu? 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah pereka fesyen masa kini mengubah rekaan pakaian baju Melayu tradisional kepada rekaan moden dan unik hingga hilang nilai kemelayuan?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN