Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 telah dijalankan pada 4 dan 5 September serta 10, 11 dan 12 September depan.

Kementerian Pendidikan berkata seramai 445,641 orang calon, telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,076 pusat peperiksaan, di seluruh negara.

Sumber: Berita Harian

Daripada jumlah tersebut 434,177 calon merupakan calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, sementara 11,464 calon lagi merupakan calon sekolah swasta.

Pastinya ibu bapa mahukan anak-anak mereka cemerlang dalam semua matapelajaran yang diambil, begitu juga dengan guru-guru mereka.

Dapat ‘6A’ Akan Terbang Ke Kuala Lumpur

Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Mekasar, di Pasir Mas,Kelantan menjanjikan tiket menaiki kapal terbang percuma ke Kuala Lumpur bagi yang mendapat ‘6A’ dalam peperiksaan itu.

Memetik Harian Metro,Guru Besarnya, Hamidah Ramli, berkata kempen “Bulih ‘6A’ Kita Naik Kapal Terbang Free Ke Kuala Lumpur” nyata memberi impak positif apabila dua pelajar di sekolahnya mendapat keputusan ‘6A’ dalam Pra UPSR yang dijalankan sebelum ini.

Difahamkan tiket itu akan dibeli sendiri oleh Hamidah bagi mereka yang memperolehi keputusan 6A. Ia juga sekali gus menaikkan semangat mereka dan membanggakan ibu bapa sekiranya mendapat keputusan yang cemerlang.

Galakkan Pelajar Lebih Berusaha Untuk Cemerlang

Kempen yang sama juga dibuat di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pinang, dekat Alor Setar, Kedah. Kali ini, pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menawarkan tiket penerbangan ke Kuala Lumpur secara percuma kepada murid yang mendapat ‘A’ dalam peperiksaan itu.

Sumber: Kampus Uols

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, janji itu ditawarkan supaya calon UPSR di sekolah itu dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan ‘6A’ dalam UPSR.

Penerbangan itu adalah bagi perjalanan pergi dan balik termasuk penginapan di EDC Hotel Kuala Lumpur bersama ibu bapa mereka.

Nampaknya ini satu usaha yang bagus untuk menggalakkan lagi pelajar-pelajar UPSR tahun ini serta bakal-bakal calon UPSR untuk terus berjaya.

“Untung Pelajar Sekarang, Ganjaran Lebih Besar”

Rata-rata netizen mengucapkan rasa syukur kerana pelajar-pelajar UPSR tahun ini sangat bertuah. Ada yang sampai Guru Besar belikan tiket penerbangan secara percuma untuk ke Kuala Lumpur.

Ini adalah ganjaran yang sangat bagus dilakukan pihak guru dan pihak lain bagi memastikan pelajar-pelajar ini bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ‘6A’.

Sumber: FB Harian Metro

Ada yang menyatakan 20 tahun sebelum ini, pelajar-pelajar hanya mendapat ganjaran beg sekolah, belanja makan mewah oleh ibubapa mereka malah dapat aiskrim Cornetto pun dikira beruntung pada masa itu.

Mungkin peredaran zaman dan kecanggihan teknologi ganjaran sebegitu dilihat sangat besar bagi pelajar-pelajar dan pihak guru. Apa-pun diharap semua mendapat keputusan yang cemerlang.

“Kesian Yang Tak Dapat ‘A’ Penuh”

Ada pula netizen yang tidak berpuas hati apabila ganjaran itu hanya diberikan kepada pelajar-pelajar yang mendapat ‘A’ penuh. Bagaimana mereka yang berusaha tetapi hanya mendapat ‘4A’ ataupun ‘5A’? Apa perasaan mereka nanti?

Sumber: FB Harian Metro

Ganjaran ini sepatutnya diumumkan selepas mereka mendapat keputusan nanti. Tak adalah mereka rasa malu dan rendah diri.

Ini akan membuatkan mereka merasa tertekan untuk mendapatkan ‘6A’ sepenuhnya dalam peperiksaan itu, jika mereka gagal memenuhi kriteria untuk mendapatkan penerbangan percuma, ini membuatkan mereka ‘down’ teruk.

Bimbang mereka sudah meletakkan target yang tinggi dan berusaha bersungguh, tetapi tidak mendapat ‘A’ dalam mana-mana mata pelajaran, boleh murung pelajar berkenaan.

Jadi ambil peluang ini untuk merebut ganjaran tersebut dan terbang ke Kuala Lumpur.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah ini akan membuatkan pelajar UPSR tertekan?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN