Sumber: Siakap Keli

Nampaknya konflik perdangangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China semakin menghangat. Selepas Huawei (syarikat telefon milik China) diberikan tekanan kuat oleh AS dan syarikat-syarikat terkemuka dunia seperti Google, Facebook, Android serta pelbagai lagi. Apple cuba mencari tapak baru dari menjadi ‘mangsa’ tekanan ekonomi China.

Terbaru, Apple Inc. sedang dalam perancangan mencari tapak di Asia Tenggara bagi mengurangkan antara 15 hingga 30 peratus keupayaan pengeluaran mereka di China. Memetik artikel Siakap Keli, antara negara-negara lain yang menjadi pilihan pengeluaran mereka selain Malaysia ialah Indonesia, India dan Mexico.

Kesan Perang Dagang

Perang dagangan antara AS dan China telah memberi kesan kepada perusahaan Apple di China yang menyebabkan keuntungan berkurang. Ia memandangkan tarif cukai yang dikenakan China ke atas Apple tinggi. Malah negara China pula ketika ini sedang mula menumpukan penghasilan barangan teknologi tinggi sebagai sebahagian dari rancangan ‘Barangan Buatan China 2025’.

Sumber: Gizmochina

Sebagai pemain utama industri, Apple sudah tentu berasa tergugat dengan senario yang berlaku. Disebabkan itu, perancangan awal mengurangkan kebergantungan terhadap penghasilan barangan di China dilakukan.

Berita ini mungkin memberi khabar gembira buat negara memandangkan ia bakal membuka banyak peluang pekerjaan kepada warga tempatan. Tidak dapat dipastikan berapa banyak peluang pekerjaan yang bakal dibuka, namun pengurangan penghasilan dari negara China  sebanyak 15 hingga 30 peratus akan menjejaskan 5 juta pekerja di sana.

Kenapa Malaysia Menjadi Pilihan?

Malaysia menjadi pilihan memandangkan negara kita merupakan antara negara yang mencatatkan rekod pendapatan tertinggi Apple dalam kategori pasaran pesat membangun. Sungguhpun harga jualan produk mahal berbanding Huawei, namun ia tetap diminati oleh orang Malaysia memandangkan jenama yang gah serta sebagai satu bentuk penarafan status sosial.

Sumber: Macrumors

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook berkata, sebahagian besar kejatuhan pendapatan mereka berlaku di China merentasi produk iPhone, Mac dan iPad. Penurunan ini merupakan suatu kekhuatiran memandangkan China merupakan pasaran utama bagi Apple.

India Antara Tapak Pengeluaran iPhone

Bagi pengeluaran model iPhone kos rendah, kilang di India telah memainkan peranan. Disebabkan itu, Apple akan memindahkan pengeluaran model yang lebih premium ke India memandangkan produk premium mereka mendapat sambutan memberangsangkan. Dengan populasi penduduk melebihi 1 bilion orang, India berpotensi menjadi pasaran penting buat Apple.

Walau bagaimanapun, peralihan pengeluaran dari China akan menjadi proses yang ‘menyakitkan dan sukar’. Cabaran utama yang bakal ditempuh oleh Apple ialah untuk mendapatkan tenaga kerja yang ramai dan berkemahiran. Ini kerana China memiliki kelebihan tersebut, dengan infrastruktur lebih berdaya tahan dan kurang rentan.  

Sumber: The Vocket

Maka timbul persoalan. Adakah pembukaan perusahaan Apple di Malaysia mampu meningkatkan penjualan produk iPhone di pasaran tempatan? Keduanya, adakah harga yang ditawarkan nanti akan lebih murah berbanding sekarang? Ini memandangkan kos penghasilan produk di China jauh lebih murah dengan kemudahan mendapatkan tenaga kerja yang ramai.

Sekiranya harga telefon bimbit iPhone mencecah harga sebiji motosikal, maka amatlah tidak memadai. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Dengan pemindahan operasi ke Malaysia adakah harga iPhone akan murah?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN