Tubuh badan memerlukan waktu rehat yang secukupnya untuk kembali menjalani rutin harian. Berdasarkan artikel nona.my, tidur yang cukup membantu tubuh untuk membenarkan organ-organ berfungsi dengan baik.

Kekurangan tidur boleh menyebabkan individu mengalami keresahan, tertekan sehingga mengganggu kehidupan seharian kerana tidak mendapatkan rehat yang mencukupi.

Sumber: Zamane

Produktiviti Individu Akan Merosot

Hal ini sudah pasti akan memberi kesan kekurangan produktiviti kepada manusia. Bayangkan pekerja yang tidak produktiviti sudah pasti mendatangkan kerugian kepada syarikat. Dalam masa yang sama penyelidik mendapati tidur berlebihan di siang hari berpotensi menyebabkan seseorang mengalami masalah ingatan pada masa akan datang.

Memetik artikel daripada Siakap Keli, berdasarkan kajian, individu yang mengalami gangguan tidur pada waktu malam berpotensi untuk mendapat Alzheimer. Masalah ini disebabkan pengecutan neuron di bahagian otak yang membantu seseorang untuk mendapatkan tidur secara berkualiti. Kesannya, seseorang itu tidak dapat tidur dengan baik pada waktu malam.

Berdasarkan kajian oleh Kolej Perubatan Universiti Washington, individu yang mempunyai kualiti tidur yang rendah mengalami penurunan kesihatan otak.

Berdasarkan artikel Free Malaysia Today, saintis dari Johns Hopkins University mendapati mereka yang sering mengantuk sepanjang hari mengalami dua kali lebih banyak pengumpulan beta-amyloid iaitu sejenis protein berkaitan dengan risiko penyakit Alzheimer.

Sumber: Wach

Bagaimana Ingin Mengetahui Penyakit Alzheimer?

Penyakit Alzheimer akan bermula dengan perubahan mood, keresahan dan depresi termasuk gangguan tidur. Bahagian otak yang mempengaruhi daya kecergasan mengalami degenerasi akibat pengumpulan tau, protein yang menyumbang kepada degenerasi otak, menjadi petanda awal penyakit tersebut.

Disebabkan itu hal-hal kesihatan sangat penting dititikberatkan. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda kerap mengantuk pada siang hari, diminta untuk merujuk kepada doktor atau pakar yang berkaitan bagi mendapatkan punca dan mencari solusi yang sewajarnya.

Sumber: Twitter

Tidur Cukup Seimbangkan Berat Badan

Sehingga kini, penyelidik masih belum berjaya mencipta penawar bagi mengubati penyakit Alzheimer. Maka, pentingnya untuk individu mendapatkan waktu rehat yang mencukupi. Waktu tidur ideal yang disarankan bagi manusia ialah selitar 7-8 jam sehari.

Tidur yang mencukupi memaksa anda untuk tidur awal. Dengan tidur awal secara tidak langsung membantu anda untuk bangun lebih awal seterusnya memulakan kitaran hidup anda dengan bersarapan awal yang mampu menyeimbangkan berat badan.

Sumber: Klikdokter

Jangan sesekali mengamalkan tidur pada waktu siang. Jika sesekali tidak mengapa, tetapi sekiranya sudah menjadi rutin pasti bakal memberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan anda.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda kerap tidur pada waktu siang?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN