Susulan kes menghina Islam serta Nabi Muhammad SAW yang kerap kali dilaporkan sejak kebelakangan ini, satu Unit Pemantauan Isu Hina Islam ditubuhkan bagi memantau penulisan atau provokasi yang bersifat menghina.

Walaupun kerajaan sudah memberi amaran kepada seluruh rakyat Malaysia untuk tidak mengeluarkan sebarang komen sensitif melibatkan agama Islam, namun arahan tersebut nampaknya tidak dihiraukan oleh sesetengah pihak.

Sumber: Malaysia Dateline

Baik yang beragama Islam mahupun yang bukan Islam, mereka ini masih tidak serik malah ada sahaja isu yang mahu dibangkitkan di media sosial dengan niat untuk mengapi-apikan sesuatu golongan serta kaum itu sendiri.

Mungkin selepas ini, anda perlu lebih berhati-hati apabila ingin memuatnaik status mahupun komen yang berbaur menghina atau mempersenda memandangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memantau segala tindak-tanduk anda di semua platform media sosial.

 

Apa Yang Anda Perlu Ketahui Mengenai Unit Pemantau Hina Islam

Unit yang ditubuhkan oleh JAKIM ini banyak mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial yang rata-ratanya memberi sokongan terhadap penubuhan unit ini.

Sumber: Youtube

Sebahagian besar daripada mereka mengatakan adalah perlunya unit seperti ini diwujudkan memandangkan aplikasi media sosial banyak disalahgunakan oleh pengguna Internet di negara ini. 

Dalam perkara ini, sekiranya JAKIM menerima sebarang jenis aduan berkaitan penghinaan agama Islam serta Nabi Muhammad SAW, pihaknya akan terus membuat laporan polis dan membawa kes tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 

 

Jumlah Laporan Kes Hina Nabi Muhammad

Setakat ini, sebanyak 929 laporan kes menghina agama Islam serta Nabi Muhammad SAW di seluruh negara yang mana 16 kertas siasatan dibuka PDRM berhubung isu tersebut.

Jika dahulu, isu seperti ini jarang sekali dilaporkan tetapi kini makin menjadi-jadi pula! 

Sumber: Abu Leman

Lihat kepada kes-kes sebelum, ini, negara kita pernah digemparkan dengan kes di mana seorang warga emas dikenali sebagai “Wai Foo Sing” dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas dua bertuduhan memuat naik karikatur menghina Nabi Muhammad SAW serta isteri baginda, Saidatina Aisyah di laman Facebook.

Sumber: Utusan Online

Kemudian pemilik akaun Twitter atas nama “Alvin Chow” pula ditahan kerana memuat naik status menghina Nabi Muhammad SAW.

Dan yang paling terbaru, pemilik akaun Facebook ‘Danny A’antonio Jr’ semalam kerana memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Sumber: ISMAWeb

Selepas ini, siapa pula?

 

 

Berpada-Pada Guna Media Sosial

Dalam keghairahan menggunakan media sosial, kita pasti tidak sedar setiap akan setiap komen yang ditulis.

Mungkin bagi kita, komen itu hanya sekadar gurauan tetapi setiap perbuatan itu perlu dilakukan secara berpada-pada.

Sumber: blog.markgrowth.com

Sekiranya sudah tau ianya melibatkan isu sensitif, jangan sesekali mengeluarkan komen negatif walaupun tiada niat untuk memburukkan sesuatu kaum itu.

Apa yang penting, sebelum berkongsi atau memuatnaik sesuatu komen itu, fikir dahulu akan penyebaran dan perkongsian itu sama ada ia mengandungi provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama sekaligus mengancam keharmonian negara.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah dengan adanya Unit Pemantau Hina Islam ini, ia dapat mengurangkan kes berbentuk penghinaan serta provokasi terhadap Nabi Muhammad SAW dan agama Islam itu sendiri?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN