Larangan merokok di premis makanan telah mula berkuatkuasa  pada 1 Januari 2019 yang lalu. Semua premis makanan diwartakan sebagai tempat larangan merokok selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018.

sumber: sinar harian

Larangan ini bertujuan untuk melindungi orang awam yang makan di premis makanan daripada terdedah kepada asap rokok yang membahayakan kesihatan.

Tetapi baru-baru ini telah tular sebuah video yang berdurasi 9 saat menunjukkan 2 orang anggota polis yang lengkap beruniform sedang makan di sebuah kedai makan dan salah seorang daripada mereka sedang merokok.

sumber:facebook Faz Yusof

Video tersebut dirakam oleh salah seorang pengunjung di kedai makan berkenaan dan menunjukkan papan tanda larangan merokok jelas kelihatan di dalam premis makanan berkenaan.

 

Polis Tidak Tunjuk Contoh Baik

Perbuatan anggota polis yang merokok di kedai makan ini tidak sepatutnya berlaku kerana anggota polis sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat dalam mematuhi undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memaklumkan bahawa pihaknya akan menjalankan sisatan lanjut berhubung perkara ini dan pihaknya juga telah memaklumkan kepada pengarah Jabatan integriti dan Pematuhan Standart (JIPS) untuk diambil tindakan.

sumber: beritadaily

Tambahnya lagi, perbuatan tersebut merupakan tindakan yang tidak beretika dan larangan merokok di premis makanan sudah dikuatkuasa di Semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak masib belum dilaksana.

Walaupun ada sesetengah netizen menyatakan kejadian tersebut berlaku di negeri Sarawak yang masih belum melaksanakan larangan merokok di premis makanan, tetapi perbuatan tersebut tetap dianggap tidak beretika kerana anggota polis tersebut masih memakai uniform ketika melakukan perbuatan tersebut di premis makanan berkenaan.

Masyarakat Wujud “Skuad Restart”

Masyarakat Malaysia terus menyokong pendekatan yang diambil oleh kerajaan. Terdapat pihak yang telah mengambil inisiatif dalam membanteras gejala merokok di premis makanan ini dengan menubuhkan skuad yang diberi nama “Skuad Restart”.

sumber: facebook Public Health Malaysia

Skuad ini bertujuan untuk membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengambil tindakan kepada mereka yang merokok di premis makanan dan menjadi platform untuk orang ramai dalam mambuat aduan.

Menerusi laman facebook Public Health Malaysia, anda juga boleh dapati maklumat tentang bagaimana untuk menyalurkan aduan secara terus kepada mereka.

Usaha seperti ini perlu dijadikan contoh dan diharap pihak kementerian akan terus tegas dalam menjalankan larangan merokok bukan sahaja di premis makanan tetapi di tempat yang dirasakan perlu untuk dijadikan kawasan larangan merokok.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, apakah tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada anggota polis yang merokok di premis makanan?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN