Hanya disebabkan enggan menyerahkan password atau kata laluan untuk diperiksa Pegawai Kastam New Zealand, seseorang itu boleh didenda sehingga NZ$5,000 bersamaaan RM 13,400.

 

Besar Bukan Jumlah Itu?

Untuk pengetahuan umum, bermula 1 Oktober lalu, anggota keselamatan New Zealand telah diberi kuasa untuk mengakses maklumat peribadi termasuk kod dan kata laluan menerusi gajet elektronik kepada pelancong.

Perkara tersebut juga telah dikuatkuasa di bawah Akta Kastam dan Eksais 2018 yang memperuntukkan mana-mana pelancong yang mahu berkunjung ke New Zealand, mereka perlu memberi kata laluan kepada pegawai kastam.

Selain itu, pegawai kastam juga diberi kuasa untuk menyalin, meneliti dan menilai sebarang data yang diperoleh daripada gajet yang mereka periksa.

Berdasarkan akta yang baru dikuatkuasakan itu, bukan hanya Majlis Kebebasan Awam New Zealand (CCL) sahaja yang melahirkan rasa kekecewaan terhadap undang-undang itu malah pengguna media sosial di seluruh dunia juga dilihat tidak bersetuju dengan akta itu.

 

Adakah Tindakan ini Disifatkan Menceroboh Privasi Seseorang ?

Sumber: MStar

Hampir seluruh masyarakat dunia kini memiliki telefon pintar yang menjadi alat komunikasi bersama pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan.

Nama pun telefon pintar, pastinya segala perisian yang terkandung di dalamnya akan kita gunakan sebaiknya termasuk menggunakan penggunaan emel, nombor kad pengenalan, pasport, nombor akaun bank, maklumat kesihatan, gambar peribadi serta bermacam-macam lagi.

Ada sesetengah individu itu menganggap telefon pintar merupakan nyawa mereka kerana semua maklumat peribadi berkaitan diri dan keluarga pasti akan diletak di dalamnya.

Sekarang ini pun, jika kita mahu memberi barangan secara online, semua transaksi serta maklumat akan kita berikan kepada pihak ketiga.

Oleh yang demikian, telefon pintar ini pastinya mengandungi banyak maklumat peribadi yang sangat sensitif untuk dikongsi tidak kira dengan kenalan rapat mahupun orang yang tidak dikenali.

 

Apa Sebabnya Pegawai Kastam Bertindak Demikian?

Sumber: Media Marhaen

Dalam kes ini, ramai yang beranggapan bahawa tindakan pegawai kastam itu secara tidak langsung telah menceroboh privasi peribadi seseorang dengan memaksa pelancong memberikan kata laluan telefon pintar mereka untuk diperiksa di lapangan terbang.

Mana tidaknya, jika ahli keluarga menceroboh telefon pintar pun kita sudah melenting apatah lagi dengan orang yang tidak dikenali seperti pegawai kastam itu.

Pastinya disebalik tindakan yang dilakukan itu, pasti ada sebab mengapa negara tersebut bertindak sedemikian.

Negara New Zealand memang tidak terkecuali dengan pemeriksaan ketat yang dilakukan pegawainya kepada setiap pelancong.

Ada pegawai kastam yang memang tegas serta tidak boleh bertolak ansur dengan pelancongnya.

Kalau kita tengok sekarang ini pun banyak berlaku kes-kes keganasan lebih-lebih lagi jika kita seorang Muslim pasti akan dikaitkan dengan keganasan.

Kini, semua golongan juga tidak terkecuali untuk diperiksa secara ketat oleh pegawai kastam bagi mengelak sebarang unsur jenayah memasuki negara mereka.

Sekarang ini memang tidak dinafikan penggunaan teknologi semakin meluas hingga tidak ada batasnya.

Oleh itu, untuk mengurangkan sebarang risiko jenayah, tidak mustahil pihak berkuasa kastam bertindak sedemikian untuk menjaga keharmonian negara mereka daripada dirosakkan oleh orang luar.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah wajar pegawai kastam ini menceroboh data peribadi seseorang dan mengenakan denda sekiranya enggan memberi kata laluan ketika pemeriksaan di lapangan terbang?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN