Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu laporan hari ini telah menetapkan 16 November sebagai tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Tanjung Piai. Penetapan tarikh tersebut telah menamatkan segala spekulasi dan ramalan ramai pihak berhubung tarikh sebenar PRK yang bakal dilangsungkan.

Sumber: Mykmu

Ini bermakna, gendang PRK sudah pun dipalu. Setiap calon atau parti-parti yang bertanding mempunyai tempoh masa yang agak panjang iaitu lebih daripada sebulan untuk membuat segala persediaan sebelum menghadapi PRK.

Berkemungkinan besar perebutan kerusi parlimen Tanjung Piai akan menjadi perebutan kerusi yang paling hangat untuk PRK kali ini.

Beberapa Ujian Menjadi Topik Perhatian

Ramai yang beranggapan PRK kali ini lebih dari sekadar PRK. Ini kerana beberapa ujian menjadi topik perbincangan. Kemenangan atau kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRK ini bakal menjadi kayu pengukur sejauh mana relevannya kepimpinan Zahid Hamidi selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO yang kembali memegang jawatan daripada bercuti.

Sumber: Sinar Harian

Begitu juga dengan kerjasama politik yang dijalinkan oleh UMNO dengan Pas atas nama Perpaduan Ummah. Adakah orang Pas akan turun mengundi sekiranya yang ditakdirkan bertanding adalah calon MCA (bekas seteru yang pernah dilabel sebagai anti-Islam). Dalil-dalil manakah pula yang akan mereka gunakan untuk menghalalkan undi kepada MCA?

Ada Yang Tak Kena Dengan Tarikh PRK?

Walau bagaimanapun ada pihak yang menzahirkan rasa tidak puas hati berkenaan tarikh yang diumumkan oleh SPR. Antaranya ialah Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa. Beliau mempersoalkan pemilihan tarikh tersebut, memandangkan ia bertembung dengan Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan di Kuala Lumpur pada 13 hingga 16 November.

Dalam masa yang sama, difahamkan juga bahawa parti MCA turut mengadakan Perhimpunan Agung pada tarikh yang sama.

Memetik laporan Malaysiakini, Annuar menganggap tindakan SPR seolah-olah seperti disengajakan dan mempunyai niat yang tidak baik. Ini memandangkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO telah pun direncanakan setahun lebih awal serta melibatkan urusan pelbagai perkara termasuk tiket penerbangan dan tempahan hotel. Benarkah dakwaan itu?

SPR semestinya mempunyai alasan tersendiri dalam menentukan tarikh PRK. Dengan mengambil kira cuti peristiwa, cuti perayaan Deepavali dan cuti mingguan Johor hanya pada hari Jumaat dan Sabtu, maka pemilihan tarikh 16 November merupakan tarikh yang tepat. 

Sumber: Utusan Malaysia

Karma Buat BN?

Yang pasti tarikh tersebut jatuhnya pada hari Sabtu. Bermakna, ia tidak memberi sebarang masalah kepada pengundi untuk turun mengundi ekoran ditetapkan pada hari cuti. Ini kerana yang menentukan wakil rakyat adalah pengundi setempat, bukanlah parti politik.

Sekiranya ingin dibandingkan dengan zaman pemerintaha Barisan Nasional (BN), penetapan tarikh mengundi pada 16 November lebih bermaruah jika dibandingkan dengan penetapan tarikh mengundi Pilihan Raya Umum lalu yang diadakan pada hari Rabu.

Bagi warga maya, ramai yang menganggap nasib yang menimpa BN pada waktu ini adalah karma yang mereka harus terima seperti mana yang mereka lakukan semasa pentadbiran terdahulu.

Mungkin juga ini peluang bagi Pas untuk berpencak selepas lama menyepi dari PRK sekiranya UMNO dan MCA menarik diri.

KATA ORANG

KATA ANDA

Parti pembangkang yang manakah yang wajar bertanding dalam PRK Tanjung Piai?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN