Kerajaan sudah menegaskan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri, kerajaan Pakatan Harapan sebaliknya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Ia mengambil kira isu yang termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini.

Tetapi kenapa pemimpin Umno dan Pas tetap berdegil mahu meneruskan himpunan tersebut? Apa yang hendak diperjuangkan lagi oleh pemimpin-pemimpin dari dua parti pembangkang ini?

 

Cuba Jadi Jaguh Pejuang Hak Melayu Atau Mahu Memporak Perandakan Negara?

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Umno akan tetap menyertai perhimpunan 8 Disember ini yang pada awalnya untuk membantah ICERD.

Bagaimanapun, beliau berkata parti itu akan menyertai perhimpunan yang dirancang di Dataran Merdeka untuk ‘menyambut’ keputusan kerajaan tidak meratifikasi konvensyen berkenaan.

VIDEO 1 ZAHID: https://www.kinitv.com/video/67832O74

Anggota Jawatankuasa Pusat Pas Nasrudin Hassan, pula mempersoalkan sama ada kerajaan akan menandatangani konvensyen PBB yang lain.

Antara yang disebutnya ialah Konvensyen Mengenai Penyeksaan dan Layanan serta Hukuman Zalim, Tidak Berperikemanusiaan dan Menjatuhkan Maruah (Uncat) – yang bertujuan menghalang hukuman berbentuk penyiksaan dan melanggar hak asasi manusia.

Empat lagi konvensyen PBB yang belum ditandatangani Malaysia dan dibangkitkan Nasrudin ialah Konvensyen Hak Sivil dan Politik, Konvenan Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya; Konvensyen Perlindungan Hak Semua Pekerja Migran dan Anggota Keluarga Mereka; Konvensyen Perlindungan Semua Orang Daripada Penghilangan Paksa; dan Konvensyen Mengenai Status Pelarian.

Selain Icerd, beliau berkata kesemua konvensyen PBB lain turut membawa risiko besar kepada negara.

VIDEO 2 NASARUDDIN : https://www.kinitv.com/video/67843O74

Nampaknya, kedua-dua pemimpin ini bersungguh-sungguh menjadi pembangkang yang baik dan dilihat sebagai jaguh pejuang hak Melayu untuk mendapat sokongan kaum itu.

 

Perhimpunan Kesyukuran ICERD Untuk Publisiti

Setiausaha politik kepada perdana menteri, Muhamad Zahid Md Arip yang menyifatkan pemimpin pembangkang Ahmad Zahid Hamidi dan Abdul Hadi Awang sebagai mengejar publisiti atau gila glamor.

Sumber: Malaysiakini

Pada asalnya perhimpunan itu dibuat untuk membantah ratifikasi ICERD tetapi kerajaan sudah mengeluarkan kenyataan untuk tidak meratifikasikan lagi perjanjian itu.

Nampaknya tujuan perhimpunan itu hanya antiklimaks dan untuk menjayakan cita-cita dua pemimpin Umno dan Pas itu semata-mata.

Malah dikatakan tidak mahu rugi kerana baju T-shirt untuk perhimpunan itu sudah dicetak dengan banyak melalui Yayasan Akal Budi, sebuah yayasan kebajikan berkaitan Ahmad Zahid.

Sumber: Berita PAS

Nak tak nak perlu teruskan kerana sudah ramai yang beli baju untuk perhimpunan. Mungkin Pas sudah merasa perhimpunan besar-besaran membelasah kerajaan Umno sebelum ini, tetapi Umno kali pertama adakan perhimpunan besar-besaran. Gabungan ini nampaknya tidak lain tidak bukan nak belasah kerajaan Pakatan Harapan dibawah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Apa Kata Rakyat Malaysia?

Rata-rata rakyat Malaysia marah dengan tindakan Zahid dan juga Hadi yang dilihat cuba memberontak isu ICERD sedangkan kerajaan sendiri sudah nyatakan pendirian mereka.

Mereka melabel pemimpin-pemimpin ini sebagai meroyan sendiri dan cuba menghasut rakyat untuk bangkitkan kemarahan ke atas isu yang sudah selesai.

Ramai yang mempersolakna kredibiliti pemimpin-pemimpin ini yang cuba menghancurkan negara sendiri.

Malah , ada yang turut menyindir bahawa kedua-dua pimpinan parti ini rindukan perhimpunan yang pernah dilakukan pembangkang sebelum ini.

Sumber: FB Malaysiakini

Sumber: FB Malaysiakini

Sumber: FB Malaysiakini

KATA ORANG

KATA ANDA

Perlukah perhimpunan ICERD diteruskan?
10 votes · 10 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN