Menghina merupakan satu tindakan yang salah dan tidak wajar dilakukan. Tidak kira agama apa sekalipun haram untuk memperlekehkan agama orang lain.

Sumber: Kosmo

Seharusnya seseorang itu perlu menjaga sensitiviti agama orang lain. Jangan sewenang-wenangnya menghina agama mereka. Kalau ada orang hina agama kita pun, kita akan marah bukan?

Tidak kira agama Islam, Buddha, Kristian dan lain-lain agama sekalipun, perlu saling hormat-menghormati sesama kita, itu lebih baik.

Ultraman Berkepala Buddha

Seorang artis perempuan di Thailand telah menghasilkan lukisan berupa Ultraman berkepala Buddha. Bagaimanapun, tindakannya itu telah mengundang kemarahan sekumpulan Buddha berhubung gambar tersebut.

Sumber: Okezone News

Tindakan tersebut juga dianggap biadap oleh kumpulan Buddha beraliran keras di Thailand. Mereka telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan keras.   

Buddhist Power of the Land memfailkan laporan itu dengan menamakan artis tersebut dan empat lagi pihak terlibat dalam pameran atas alasan tidak menghormati Buddha.

Mungkin bagi pihak artis itu ia sekadar gambar sahaja tetapi tidak bagi kumpulan Buddha. Tuhan mereka diperlekehkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Hukuman Penjara 7 Tahun

Karya seni itu dikeluarkan daripada pameran minggu lalu dan artis itu terpaksa membuat permohonan maaf terbuka kepada ketua sami wilayah Nakhon Ratchasima, di timur laut Thailand, dengan disaksikan gabenor.

Sumber: Winnetnews.com

Mereka menuntut tindakan bawah undang-undang membendung penghinaan agama yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun.

Nampaknya kumpulan tersebut sangat keras supaya tindakan diambil dan ini adalah satu tindakan yang perlu dilakukan sebagai memberi pengajaran kepada pihak yang menghina agama orang lain.

Tak Jaga Sensitivi

Sudah terang tindakan itu tidak menjaga senstiviti penganut agama Buddha malah tidak menjaga perasaan masyarakat itu.

Mana-mana manusia sekalipun jika menghina agama orang lain adalah berdosa besar. Oleh itu tindakan tersebut wajar ditegur dan diambil tindakan.

Sumber: Fortuner.id

Bimbang  ia akan mengganggu ketenteraman awam dan kalau boleh jangan ada lagi penghinaan selepas ini.

Kita juga perlu mengingatkan penganut masing-masing supaya menjaga sensitiviti dan tidak menghina agama lain.

Mahkamah Khas Hina Agama

Sebagai contoh di Malaysia kesalahan menghina agama telah lama wujud dalam Kanun Keseksaan dengan apa sahaja agama tidak boleh dihina di Malaysia, apatah lagi Islam sebagai agama Persekutuan.

Sumber: Bernama

Memetik Utusan Online,  Seksyen 298A (1) kanun itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan dalam era digital, jenayah itu juga boleh disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Undang-undang memang ada untuk dikuatkuasakan dan hukumannya juga jelas tetapi kenapa masih berlaku?

Kajian demi kajian dilakukan namun ia mengambil masa sedangkan kes menghina agama terus dilaporkan.

Oleh itu, sebagai pelengkap kepada usaha Bukit Aman, mungkin boleh ditubuhkan mahkamah khas bagi membicarakan kes-kes menghina agama. Ini sebagai satu lagi mesej tegas kepada mereka yang mahu menjejaskan keharmonian negara.

“Sekadar Minta Maaf, Kes Selesai”

Rata-rata rakyat Malaysia sangat menyokong tindakan kumpulan Buddha tersebut yang dilihat tegas untuk pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang menghina agama mereka.

Namun, undang-undang di negara ini dilihat sangat longgar sehinggakan mereka yang menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi di Malaysia tidak dikenakan hukuman yang setimpal.

Mereka ditahan dan disoal siasat tetapi akhirnya dilepaskan selepas memohon maaf. Itulah situasi yang berlau di Malaysia hari ini.

Mereka mahu hukuman yang sewajarnya diberikan supaya tiada pihak yang berulang melakukan kesalahan ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN