Peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) diperlukan untuk melayakkan seseorang itu melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana.

sumber: utusan

Baru-baru ini, timbul sedikit keresahan daripada pihak guru apabila menerima arahan daripada Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin untuk melihat semula tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru dengan mengambil peperiksaan MUET dalam satu pekeliling pada 14 April lalu.  

Namun, hingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Menteri Pendidikan dalam menjelaskan berkenaan pekeliling yang dikeluarkan tersebut.

 

 

 

Hanya Membebankan Guru

Menurut media, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) , Harry Tan Huat Hock dalam satu kenyataannya berkata, perkara ini hanya akan membebankan lagi guru yang sudah terbeban dengan tanggungjawab sedia ada. 

sumber: NST

Tambahnya, usaha untuk memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru , Kementerian Pendidikan perlu melihat isu utama yang melanda sekolah yang melibatkan masalah kekurangan guru bahasa Inggeris.

Menurut arahan pekeliling yang dikeluarkan, semua guru pilihan bahasa Inggeris juga perlu berada pada tahap penguasaan minimum C1 dalam kelayakan “Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) “. 

 

Bagi Harry Tan, guru bukan pilihan bahasa Inggeris sudah tentunya tidak dapat mencapai tahap yang tertentu kerana bahasa Inggeris bukan bidang mereka.

Bukan itu sahaja, peperiksaan MUET tersebut perlu dilakukan sebelum hujung Disember tahun ini dan dibuat dengan pembiayaan sendiri.

 

Mengapa Perlu Risau Dengan MUET?

Pelbagai reaksi dan pandangan yang dilontarkan oleh netizen berkenaan isu ini sama ada yang menyokong dan juga membantah apa yang diarahkan oleh pihak Kementerian.

Mereka yang menyokong mempersoalkan mengapa perlu takut untuk menduduki peperiksaan MUET. Jika murid boleh mengeluarkan wang untuk membayar yuran MUET, mengapa tidak guru?

 

Rayuan Kepada Pihak Kementerian

Berikutan dengan keluhan dari guru-guru, pihak NUTP telah membuat satu rayuan kepada Menteri Pendidikan melalui satu kenyataan medianya.

 

Pihak NUTP meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pihak English Language Teaching Centre (ELTC) dan English Language Standard Quality Council (ELSQC) yang sepatutya mengkaji isu utama yang melanda dunia pendidikan di Malaysia di mana kekurangan guru bahasa Inggeris.

 Pihak ELTC dan ELSQC sepatutnya memberi sokongan,bantuan dan latihan kepada kumpulan yang terlibat tetapi mereka telah memberi tekanan dan bebanan dengan mencampuri urusan perkhidmatan serta mencadangkan guru bahasa Inggeris menduduki peperiksaan serta menetapkan syarat-syarat untuk mereka.

Bagi pihak NUTP, tindakan mereka itu membelakangkan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM dengan bertindak tanpa mengambil kira beberapa faktor yang disenaraikan dalam kenyataan media mereka.

Mereka juga mengemukakan tiga perkara yang perlu diberi perhatian iaitu guru-guru perlu mengeluarkan belanja sendiri untuk mendaftar yuran peperiksaan MUET sebanyak RM100, jangka masa yang diberikan untuk menduduki peperiksaan MUET yang terlalu singkat dan hala tuju kemenjadian pembangunan guru bahasa Inggeris ditentukan oleh pihak swasta yang ada kepentingan sendiri dan mengetepikan kabajikan guru.

Di akhir kenyataan media NUTP itu, pihaknya berharap agar peperiksaan MUET tidak dijadikan sebagai salah satu syarat untuk kenaikan pangkat time-based di masa akan datang dan merayu Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk mengkaji semula perkara ini selain membantu guru-guru yang mengajar Bahasa Inggeris yang semakin tertekan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah ujian MUET dijadikan sebagai pengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris guru?
13 votes · 13 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN