Sumber: Twitter @situliplobersss

Sejak semalam, tular beberapa gambar di laman sosial yang menunjukkan longgokan bahan tesis di dalam lori dipercayai milik penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang dibuang pihak universiti.

Gambar yang menjadi tular itu bagaimanapun telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan tindakan itu.

Melihat kepada sumber yang menularkan gambar tersebut, dikatakan bahan tesis penuntut pada tahun lalu juga turut sama dibuang.

 

 

Hendak Buat Hard Cover Sudah Lah Mahal

Selain UIAM, tidak mustahil juga semua universiti pasti pernah melakukan perkara sebegini.

Apabila bergelar mahasiswa, hasrat untuk menggenggam segulung ijazah bukanlah mudah untuk dikecapi kalau bukan dengan usaha dan tekad yang teguh untuk melalui segala liku-liku perjuangan.

Ditambah dengan kerja berpasukan, sesi kuliah, peperiksaan serta tugasan untuk menyiapkan tugasan dan tesis yang mana semua itu pasti memerlukan kos tinggi untuk disiapkan.

Jika menuntut di institusi yang jauh dari pusat bandar, kos untuk mencetak, fotokopi serta membuat hard cover (kulit keras) mungkin tidak semahal harga yang ditawarkan di bandar hingga ada yang mencecah RM80 sejilid!

Itu belum lagi dicampur dengan kos untuk mencetak satu lagi salinan asal tesis berkenaan yang mana ada universiti mengkehendaki penuntutnya untuk membuat sebanyak dua salinan tesis.

Bayangkan berapa banyak kos yang perlu dibelanjakan setiap mahasiswa hanya untuk mencetak tesis sahaja?

Tidak semua mahasiswa mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menyara kehidupan di kampus termasuk membayar kos mencetak bahan tesis ini.

 

 

Sepatutnya Simpan Di Dalam Perpustakaan

Sumber: Twitter @situliplobersss

Daripada membuang bahan tesis, apa salahnya sekiranya bahan-bahan ilmiah tersebut disimpan secara rapi di dalam perpustakaan utama atau paling tidak disimpan di dalam bilik kajian (research) setiap fakulti terlibat bagi memudahkan penuntut lain membuat rujukan.

Walaupun bahan itu tidak lagi digunakan oleh pemiliknya, namun apabila disimpan di perpustakaan, sekurang-kurangnya penuntut lain dapat juga menggunakan bahan itu sebagai bacaan bebas untuk mendapatkan idea dan menambah ilmu pengetahuan mengenai sesuatu topik itu.

 

 

 

UIAM Tampil Jelas Isu Sebenar

Meskipun ramai pihak mengecam teruk tindakan UIAM itu, namun pihak universiti tersebut menafikan dakwaan gambar dan rakaman yang menjadi tular itu.

Sumber: IIUM LIBRARY

Kata mereka, bahan tesis yang dibuang itu merupakan laporan tahun akhir dan laporan akhir industri kejuruteraan (EIT) yang sudah rosak dan berkulat yang mana ianya boleh menyebabkan berlaku alahan pada kulit melalui peredaran udara di Pusat Sumber Kulliyyah berkenaan.

Memandangkan sekarang ini, fakulti kejuruteraan tersebut sedang dalam proses untuk mewujudkan ‘Student Lounge’, maka semasa kerja gotong-royong diadakan, pihak mereka menjumpai sebahagian buku laporan yang telah rosak yang mana ianya perlu dihantar ke pusat kitar semula untuk dilupuskan.

Jelas mereka lagi, bahan yang dilupuskan itu juga adalah bahan yang berusia lima hingga 10 tahun terkebelakang yang mana bahan itu hanyalah bahan salinan sahaja.

Manakala bahan yang asal, masih lagi tersimpan di jabatan dan kini dalam proses simpanan pendigitalan.

 

Patutkah Semua Universiti Beralih Kepada Teknologi Pendigitalan Sepenuhnya?

Berikutan isu ini, wajarkah kesemua institusi Pendidikan negara mengguna pakai teknologi pendigitalan secara menyeluruh buat semua warga pendidik serta penuntut itu sendiri?

Sumber: http://athrh-lani.blogspot.com

Dengan adanya teknologi sebegini, ia bukan sahaja menjimatkan kertas tetapi bagi mengelak berlakunya pembaziran.

Sudahlah perlu berhempas-pulas menyiapkan tesis ditambah pula dengan kos untuk membuat hard cover, kemudian dibuangnya pula apabila sudah rosak dan berkulat. Tidakkah itu suatu pembaziran yang sia-sia?

Sebagai kesimpulan, sudah tiba masanya setiap institusi pendidikan untuk mengguna pakai teknologi pendigital seperti ini atau paling tidak pun, menggunakan cakera padat (CD) sepenuhnya tanpa perlu membuat hard cover.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, patutkah bahan tesis pelajar dibuang dan dilupuskan sebegitu sahaja di tempat kitar semula?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN