Kotor dan menjijikkan! Itu keadaan yang boleh digambarkan apabila udang kering yang dijemur telah dipijak dan dimakan seekor anjing tanpa sebarang pengawasan.

8 Oktober lalu, satu rakaman video telah tular di media sosial memaparkan seekor anjing dipercayai telah memijak  udang kering yang sedang dijemur. 

Sumber: Siakap Keli

Kejadian yang berlaku di Sabak Bernam itu menjadi perbualan ramai selepas seekor anjing dikatakan memijak, menjilat dan makan udang kering yang sedang dijemur.

Video yang berdurasi selama 20 saat itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook menggunakan nama Labib Abd Jalil.

Difahamkan, dalam video tersebut, seorang pemandu kereta yang dipercayai dalam perjalanan menuju ke pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO) telah merakam kejadian tersebut menerusi telefon bimbitnya sebelum menjadi tular.

Video yang dikongsikan Labib di laman media sosial itu bagaimanapun telah mendapat pelbagai komen dan pandangan negatif daripada netizen.

 

Ambil Tindakan Segera

Berdasarkan video yang tular itu, ramai pihak dilihat menggesa pihak bertanggungjawab supaya mengambil tindakan segera terhadap pemilik tersebut.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga harus memainkan peranan mereka dalam menangani isu-isu sensitif seperti ini.

Andai makanan yang dijemur itu sudah dipijak dan dijilat anjing, tidakkah ia memberi kesan kepada pengguna?

Meskipun industri ini banyak dipelopori oleh pengusaha bukan Melayu namun, sebahagian besar penggemarnya adalah terdiri dari orang Melayu sendiri.

Jadi, isu sebegini harus dipandang serius oleh pihak berwajib supaya turun ke lokasi dan menyiasat perkara tersebut.

Andai benar pengusaha terbabit menjalankan cara pemprosesan makanan yang tidak bersih, maka tindakan undang-undang harus dikenakan terhadap mereka.

 

Umat Islam Perlu Sentiasa Berwaspada

Apa-apa pun dalam isu ini, kita sebagai umat Islam perlu lebih berhati-hati membeli udang kering atau mana-mana ikan yang dijemur.

Gambar sekadar hiasan

Sebelum hendak memasak, seeloknya basuh dahulu makanan tersebut memandangkan kita tidak tahu mengenai tahap kebersihan industri yang memproses udang kering itu.

Kepada pihak industri, ambil lah iktibar daripada apa yang berlaku. Sekiranya makanan yang dijemur itu mahu digunakan untuk penghasilan produk hiliran, mereka sepatutnya lebih prihatin menjaga kebersihan kawasan jemuran udang kering itu dan bukannya membiarkannya tanpa sebarang pengawasan.  

 

Kes Yang Pernah Terjadi Sebelum Ini

Sumber: Siakap Keli

Kejadian yang berlaku ini bukanlah kejadian kali pertama. Pada Mac lalu, kejadian sama pernah berlaku di Langkawi, Kedah yang mana ikan kering yang telah dijemur terlebih dahulu menjadi santapan anjing liar yang berkeliaran di kawasan itu.

Lebih mengejutkan, ikan kering yang diproses di kawasan tersebut adalah untuk pasaran di seluruh negeri utara khususnya Kedah dan Perlis.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa komen anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN