Bermula 15 Mac depan, laluan di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) di Kuala Lumpur  dari Kompleks Membeli-belah Sogo akan ditutup kepada semua kenderaan kecuali bas.

Sumber: EdgeProp.my

Penutupan laluan kira-kira satu kilometer yang merangkumi laluan di Jalan Esfahan sehingga Jalan Melayu itu dibuat bagi menjadikan laluan itu sebagai kawasan bebas kenderaan atau ‘pedestrian mall’ yang mana pengunjung boleh berjalan kaki untuk membeli-belah tanpa perlu bersesak.

Walau bagaimanapun, sehingga kini, netizen di media sosial rata-ratanya dilihat menyambut baik keputusan DBKL untuk menutup laluan tersebut dan tidak kurang juga yang membantahnya.

 

Jaga Kepentingan Kedai Melayu

Penutupan laluan ini bukan sahaja memberi keselesaan  buat pengunjung malah keputusan itu juga diambil bagi menjaga kepentingan kedai-kedai Melayu yang mana sebelum ini perniagaan mereka banyak terhalang oleh gerai sepanjang bazar perayaan itu berlangsung.

Sumber: Utusan Online

Mana tidaknya, setiap kali menjelangnya musim perayaan, jalan TAR ini seringkali dilihat menimbulkan banyak masalah terutamanya membabitkan aliran trafik di sepanjang laluan tersebut.

Bukan sahaja membabitkan masalah trafik, orang ramai juga terpaksa bersesak hingga berlaga bahu setiap kali mahu membeli belah di lorong belakang yang menempatkan ratusan gerai.

Sumber: Utusan Online

Hingga timbul ketidakpuasan hati beberapa pemilik premis perniagaan yang mengadu kehilangan pendapatan disebabkan gerai-gerai yang menghalang jalan kemasukan mereka.

Jadi, untuk mengelak ketidakselesaan serta masalah berbangkit yang lain, keputusan ini mungkin dilihat tepat pada masanya.

 

Adakah Ia Satu Inisiatif Yang Baik?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah keputusan yang dibuat oleh DBKL ini merupakan satu keputusan yang baik? Atau lagi menyusahkan ramai pihak?

Pun  begitu, keputusan yang dibuat oleh DBKL ini sudah tentunya mengambil kira pandangan semua pihak selepas sebahagian besar daripada responden bersetuju dengan cadangan itu dalam satu kajian yang dilakukan di dalam talian baru-baru ini.

Namun, tidak dinafikan juga, keputusan ini ada baik dan buruknya juga.

Sumber: Malaysia.Travel

Walaupun penutupan jalan ini dilihat mampu memberi keselesaan kepada orang ramai untuk berurusan di kawasan berkenaan yang akan dijadikan tapak baru operasi bazar Ramadan yang sebelum ini terletak di lorong belakang.

Namun, ia juga dikhuatiri bakal menjejaskan orang awam memandangkan kawasan tersebut kekurangan tempat letak kenderaan dan dikhuatiri tidak dapat menampung jumlah kenderaan yang masuk ke ibu kota.

Sumber: Berita Harian

Bukan itu sahaja, netizen juga khuatir pengusaha parkir akan mengaut keuntungan dengan menaikkan caj bayaran yang lebih mahal sebaik laluan itu ditutup.

Banyak lagi isu lain yang perlu dikaji oleh DBKL memandangkan keputusan yang dibuat ini bukan satu keputusan yang hanya melindungi kebajikan para peniaga tetapi juga orang awam agar tidak terbeban dengan keputusan ini.

Kita lihat kesudahannya nanti…

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju laluan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) ditutup kepada semua kenderaan kecuali bas mulai 15 Mac ini?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN