Sejak semalam, laman rasmi Instagram milik Tunku Temenggong Johor Tunku Idris menjadi tumpuan netizen di media sosial apabila ruangan Instagram Story pada akaun beliau menunjukkan seakan-akan bayangan mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.
Dalam status tersebut, beliau turut sama memberi gambaran sama ada memilih untuk bertanding di Parlimen Muar atau Mersing dengan keterangan undian.
Bagaimanapun, hingga ke hari ini, tidak dapat dipastikan sama ada beliau sekadar berjenaka mengenai perkara tersebut.
Hal tersebut sekaligus menimbulkan tanda tanya netizen dengan ada yang menggalakkan beliau untuk bertanding, terutamanya di Muar.
Tidak kurang juga, ada yang kurang bersetuju sekiranya beliau menyertai politik kerana bakal terdedah kepada fitnah kotor dan sebagainya.
Sindiran Pada Syed Saddiq?
Sekiranya anda perasan, sejak kebelakangan ini berlaku percakaran membabitkan institusi diraja Johor bersama Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen di Muar.
Jadi, adakah status yang dimuat naik beliau itu seakan-akan mahu memberi sindiran kepada Syed Saddiq disebabkan kenyataan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai sindiran penukaran Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Ketika itu, TMJ dalam nada bergurau menyebut ‘daripada tukar Mora baik tukar Perdana Menteri’ hingga mendapat kritikan pedas dari Syed Saddiq yang membangkitkan kegagalannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang gagal memulihkan skuad bola sepak kebangsaan.
Tidak kurang dari itu, perkelahian kedua-dua pemimpin ini turut mengundang pelbagai pihak yang menasihati institusi diraja itu supaya tidak mencampuri hal politik negara.
Sekiranya mahu bercakap mengenai politik, maka sertailah parti politik sepertimana yang disaran Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Rais Yatim dan beberapa pemimpin yang lain.
Sekiranya Benar, Bersediakah Anda?
Tidak ada yang menghairankan sekiranya kerabat diraja memilih untuk menyertai politik kerana sebelum ini banyak sahaja kerabat diraja lain yang terlibat dalam politik Malaysia seperti Tengku Tan Sri Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah yang merupakan kerabat diraja Kelantan yang kini aktif sebagai ahli UMNO.
Selain itu, Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah atau lebih dikenali sebagai Tengku Paduka atau Ku Duka juga merupakan kerabat diraja dari Terengganu yang pernah menang dalam Pilihanraya Umum 1990 dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanggol selama sepenggal.
Bukan itu sahaja, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad atau lebih dikenali sebagai Raja Bahrin juga merupakan kerabat Terengganu yang kini menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Amanah Terengganu kini.
Jadi, tidak mustahil sekiranya Tunku Idris mahu menyertai politik sepertimana yang dilakukan kerabat Diraja yang lain dengan melepaskan statusnya sebagai kerabat diraja dan menjadi ‘rakyat biasa’.
Jadi, sama ada benar atau tidak kontroversi ini, ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri sekiranya kerabat diraja memilih untuk menyertai politik yang mana ia serba sedikit boleh membuatkan rakyat hilang rasa hormat terhadap institusi diraja.
KATA ORANG
Jadi Tunku Idris akan turun takhta dan bertanding PRU15? Atas tiket parti mana? UMNO? Hell no. Atau akan mewujudkan parti baru?
— Your bae with Ironman (@pemberontak111) April 28, 2019
Orang lain yang kita suruh masuk politik, orang lain pula yang sukarela.
Cehh.. 4 yrs to go before election but declare now. Sembang poyo je lebih. Kalo betol, kluar skrg.. masuk parti politik (sure umno kaann?) n fight for rakyat bukan daddy TAWW. Pastu kena declare harta. KALAWW betol lah nak bela rakyat. Jgn flip flop plak besok
— Rock n Rolla (@BadBoy2662) April 29, 2019
Is royalty eligible to compete. I always thought those in direct line to the throne cannot compete in politics ? Isn’t thats why we have constitutional monarchy?
— Khairul Fadzly (@NagaKarat) April 29, 2019
Sembang je ni. Sanggup ke nak sakit kepala fikir hal rakyat? Aku tengok dia ni jenis hidup bermewah-mewah je, nak faham denyut nadi rakyat celah mananya tu. Tapi kalau dia serious apa salahnya. Cuma kalau boleh declare harta sekali la
— Seth (@nadmikela) April 29, 2019