Isu berkenaan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan Foodpanda Malaysia sebelum ini mendapat perhatian daripada Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Merujuk kenyataan menteri berkenaan, isu pengurusan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda Malaysia telah pun dirujuk kepada kabinet untuk dibahaskan.
Syarikat tersebut memperkenalkan skim bayaran terbaru dimana para penghantar bakal menerima bayaran paling rendah mulai 30 September lalu.
Namun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan Syed Saddiq tidak membawa tersebut ke perbincangan dalam kabinet.
Hanya Pendirian Syed Saddiq, Bukan Kerajaan
Mengulas lanjut isu berkenaan, semalam media melaporkan kenyataan Mahathir bahawa isu pengurusan Foodpanda Malaysia, adalah pandangan peribadi menteri berkenaan.
Mahathir ketika di lobi parlimen menyatakan menteri sukan itu tidak berbincang langsung isu berkenaan di dalam kabinet dan berpendapat berkemungkinan dia juga mempunyai sebab munasabah kenapa berbuat demikian.
Ulasnya, sebarang kenyataan mahupun tindakan yang dilakukan Syed Saddiq itu adalah diluar kabinet dan itu bukan pendirian kerajaan sebenar.
Tiga Kementerian Terlibat
Bagaimanapun, Syed Saddiq tampil menjawab kenyataan Mahathir itu dan menyatakan bahawa perkara ini sudah dibincangkan di dalam kabinet sebelum ini.
Kenyataan sudah dibuat mengenai semakan pembayaran pekerja Foodpanda dan Kabinet sudah pun bersetuju tiga Kementerian akan terlibat dalam menyelaraskan isu ini.
Beliau menegaskan bahawa media telah memutar belitkan tajuk sehingga berlaku kecelaruan ini dan kenyataan Mahathir disifatkan sebagai tidak salah kerana media bertanyakan isu ini ketika kabinet tidak berlangsung.
Tubuhkan Jawatankuasa
Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, ketiga-tiga kementerian berkenaan ialah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Pada mesyuarat mingguannya pada Rabu, kabinet membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa yang akan dianggotai oleh tiga kementerian untuk mengkaji lebih mendalam mengenai perkara itu.
Kula Segaran dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, kementeriannya juga telah bertemu dengan wakil dari Foodpanda Malaysia iaitu pengarah urusannya Sayantan Das dan ketua pemasaran Fabian Emanuel berhubung isu penghantar makanan Foodpanda melancarkan mogok.
“Siapa Cakap Benar Dan Siapa Salah”
Rata-rata netizen menyifatkan kenyataan kedua-dua ini adalah sebenarnya bercanggah dan tidak sependapat.
Bagaimana mungkin perdana menteri boleh membuat kenyataan sebegitu sekiranya isu ini telah dipanjangkan di dalam perbincangan kabinet?
Adakah mungkin perdana menteri Malaysia ini sudah lupa ingatan ataupun menteri sukan yang suka putar belit kenyataan?
Dan bagaimana media boleh disalahkan sedangkan setiap kenyataan yang dikeluarkan terutama menteri akan direkod dan diambil berdasarkan kenyataan sah yang telah dibuat. Mereka membangkitkan persoalan ini dan menyatakan pemimpin Pakatan Harapan hari ini suka buat ‘pusingan U’.
Padam Aplikasi Foodpanda
Sebilangan besar rakyat Malaysia telah memadam aplikasi perkhidmatan Foodpanda. Itu adalah jalan terbaik selain mogok yang diadakan.
Mereka bersama -sama penghantar makanan yang ditindas ini untuk mengajar bos Foodpanda yang sombong itu.
Mereka kini akan beralih kepada perkhidmatan yang lain dan tidak akan menggunakan lagi perkhidmatan tersebut.
KATA ORANG
Dr Mahathir biggest fan, Syed Saddiq tells Syed Husin to stop politicking n said there is no 2 Yr time lime written on the power transition.
— Zulkiplee Mahdi (@zulmah56) September 30, 2019
Matter of fact all PH's manifestos are not written laws, and thus you guys can do what you like, u-turn n ignore.
the main issue is Syed saddiq are lying to us. https://t.co/o7dGx91obW
— Saintiago Damaskus (@SDamaskus) October 9, 2019
'TONGKAT MENTALITY' SYED SADDIQ GETS TOO HOT FOR MAHATHIR TO HANDLE: 'YOUNG & UNPROFESSIONAL' MINISTER LAMBASTED FOR CALLING FOODPANDA ARROGANT OVER ITS NEW PAY SCHEME - EVEN AS DR M FORCED TO QUICKLY ASSURE IT'S NOT THE GOVT'S BUSINESS TO INTERFERE IN https://t.co/uLyoDM7s2O
— Malaysia Chronicle (@MsiaChronicle) October 8, 2019
Dah la menipu tu bang. Bawak keluar aturan mesyuarat, minit ke, mana bukti kau bawak pergi mesyuarat kabinet tu. Bukan nko, pudin dengan kula miting syok sendiri.
— Ismet Ulam Raja (@ismet_ulam) October 8, 2019
Kau yang kencing semua rider foodpanda. Bukan atuk.https://t.co/Rosk9hOFhm