Majlis Perkahwinan sekarang ini sudah semakin maju dan moden serta mempunyai trend tersendiri dimana kebanyakannya diambil dari negara barat. Salah satunya ialah trend ‘bridesmaid’ atau pengapit atau ‘dulang girls’ yang menjadi kemestian bagi pengantin perempuan.

Bridesmaid ini dilantik oleh pengantin perempuan adalah bertujuan untuk membantu mereka melancarkan majlis perkahwinan dan penyeri semasa hari bahagia mereka. Selalunya bridesmaid dipilih dikalangan kawan baik pihak pengantin perempuan sendiri.

Baru-baru ini telah tular satu kes melibatkan bridesmaid apabila seorang jurusolek perkahwinan, Intan Kaharuddin berkongsikan cerita tentang sikap tidak menyenangkan segelintir pengapit di sebuah majlis perkahwinan tahun lalu.

Sumber: Twitter Intan Kaharuddin

Menurutnya melalui lama Twitter, bridemaid pengantin tersebut datang lambat ke majlis sedangkan tugas mereka adalah membantu pengantin. Lebih mengecewakan katanya, bridemaid hanya membiarkan pengantin terkial-kial cari mahkota tanpa bantuan pada hari bahagianya semata-mata kerana mereka ingin keluar bersarapan.

Disebabkan perkongsian itu, pelbagai reaksi dari netizen dapat dilihat yang mana ada mengecam bridesmaid tersebut tidak kurang juga yang mengecam pengantin.

 

Apa tugas bridesmaid?

Kalau kita terjemahkan perkataan bridesmaid kedalam bahasa melayu secara terus ialah Pembantu pengantin. Tetapi pembantu dari segi apa? Keperluan pengantin, menghiasi majlis atau bantu menjayakan majlis?

Sebilangan daripada mereka ini bertungkus-lumus membantu majlis kahwin. Dari mula hinggalah tamat majlis mereka membantu seperti majlis mereka sendiri. Tetapi ada juga jenis dari awal majlis hinggalah selesai masing-masing sibuk dengan gajet. Sekejap-sekejap selfie, sekejap ambik gambar. Melaram mengalahkan pengantin.

Apabila dilantik untuk menjadi bridesmade sepatutnya tahu peranan masing-masing. Malah pengantin sendiri perlu berkomunikasi dengan bridesmaidnya. Jika mereka perlukan pertolongan perlu beri tahu dari awal dan rancang perjalanan majlis dan bahagikan tugas yang perlu dilakukan.

Apabila tiada komunikasi , sebab itu majlis akan menjadi kelam kabut lebih-lebih lagi dapat bridesmaid yang hanya mahu melawa sahaja.

Ini antara tugas-tugas bridesmaid pada hari perkahwinan :

1) Bertanggungjawab menjaga barang pengantin perempuan
– Bridesmaid perlu bertanggungjawab ke atas barang peribadi kawan seperti dompet, telefon bimbit dan barang berharga lain. Masa majlis pengantin akan gementar dan tidak ingat tentang barang-barang tersebut

2) Bantu menenangkan pengantin
– Perasaan untuk diakad nikah boleh diibaratkan seperti sedang menanti hukuman oleh mahkamah. Jadi bridesmaid ni lah mainkan peraanan menenangkan pengantin, minta dia bertenang, berdoa.

3) Pastikan pengantin makan dan minum ketika hari majlis
– Kebiasaanya, orang yang mahu kahwin takkan fikir mengenai makan mahupun minum. Dalam fikiran mereka ialah mereka inginkan majlis itu berlangsung dengan cepat. Jadi bridesmaid berperanan dalam memastikan pengantin makan dan minum walaupun sekadar alas perut.

4) Pastikan kelancaran majlis
– Kepada bridesmaid kalau nampak ahli keluarga pengantin tidak boleh mengawal suasana majlis kerana ramai orang atau tidak cukup tangan, tolong lah bantu mereka. Ada diantara mereka ahli keluarga tidak ramai dan harapkan bridesmaid untuk bantu

 

Perlu bridesmaid buat kerja?

Ada diantara netizen berpendapat bridesmaid bukannya orang gaji untuk lakukan kerja bagi pihak pengantin. Mereka hanya dilantik untuk memeriahkan majlis sahaja.

Jika pada zaman ibu bapa kita dahulu, bridesmaid atau pengapit cuma cukup seorang dan beberapa orang lagi diperlukan untuk membawa dulang hantaran. Mereka pula hanya dikalangan kaum keluarga sahaja.

Selain itu, busana tidak sedondon bukan masalah kerana yang penting majlis pasangan raja sehari yang diraikan berlangsung dengan lancar.

Bersyukur sekiranya ada diantara kawan rapat sudi menjadi bridesmaid. Ini kerana mereka perlu mengorbankan masa dan wang untuk anda. Selalunya untuk baju bridesmaid pengantin akan belikan kain dan bridesmaid perlu menempahnya. Harga untuk tempah baju lebih mahal dari kain. Malah ada diantara bridesmaid juga terpaksa mengambil cuti bekerja kerana ada diantara pengantin mengadakan majlis nikah terutamanya pada hari Khamis atau Jumaat.

Bagi pengantin, sebelum melantik kawan anda untuk jadi bridesmaid tanya dan bincang terlebih dahulu mereka sanggup atau tidak untuk melakukan kerja yang diberi. Pengantin juga jangan melebih meminta menolong bermacam-macam kerja seperti kuli dibuatnya bridesmaid ini. Berpada-pada lah ya.

Jadi dalam kes ini, kita perlu tahu adakah bridesmaid tersebut telah diberi tugasan oleh pengantin? Namun sebagai bridesmaid seharusnya mereka mempunyai sikap tanggungjawab dan timbang rasa terhadap kawan mereka.

 

Bridesmaid keperluan atau kehendak?

Ianya akan menjadi keperluan sekiranya anda tidak mempunyai ahli keluarga yang ramai untuk membantu. Sebaliknya kalau anda mempunyai ramai ahli keluarga sebaiknya minta keluarga sahaja yang menjadi bridesmaid anda. Lebih mudah tanpa orang luar.

Kebanyakkan pengantin sekarang ini mahukan bridesmaid kerana mengikut trend dan inginkan gambar yang lawa. Mereka tidak fikir mengenai kesan keatas majlis mereka.

Apa-apa pun para pengantin perlu bijak untuk memilih rakan sebagai bridesmaid supaya tidak berlaku perkara yang boleh merosakkan majlis atau ‘mood anda’.

KATA ORANG

KATA ANDA

Bridesmaid satu keperluan atau kehendak? Perlu ke mereka buat kerja?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN