Semalam kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) bertujuan meneliti serta membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.

Sumber:Astro Awani

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memberitahu, majlis yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu terdiri daripada 16 ahli merangkumi beberapa menteri Kabinet, tokoh-tokoh ekonomi serta pe­mimpin-pemimpin industri.

Sumber:Astro Awani

Penubuhan ini menimbulkan banyak spekulasi dari banyak pihak yang melihat bahawa kerajaan PH sedang ‘menceritakan’ tentang kelemahan mereka kepada rakyat dan juga dunia luar.

Apa guna menteri ekonomi yang dilantik selama ini? Adakah mereka ‘sibuk’ uruskan kepentingan diri berbanding urusan rakyat?

Tujuan Penubuhan MTE

Tun Mahathir menjelaskan, penubuhan itu bagi membolehkan kerajaan dan beliau sendiri secara spesifik untuk mendengar pandangan serta perspektif luar Kabinet.

Beliau memberitahu, mana-mana kerajaan yang tidak mendengar pandangan dari pihak luar dan hanya mendengar dari kalangan anggota-anggota Kabinet semata-mata walaupun mereka terdiri daripada orang-orang hebat, nescaya kerajaan akan cenderung untuk membuat kesilapan.

Katanya, ini masa yang sesuai MTE ditubuhkan kerana sebelum ini menteri kabinet dikatakan terlalu sibuk dan tidak sempat mendegar masalah dari banyak pihak.

Ulas Tun Mahathir, ini juga salah satu cara untuk kerajaan PH mencari idea yang terbaik bagi menyelesaikan masalah serta untuk bergerak ke hadapan.

Sumber:kabarmanado.com

Menurutnya, adalah agak lewat ia ditubuhkan dan Kabinet ketika itu memberi kerjasama penuh menjadikannya sebagai satu majlis yang berjaya dalam membangunkan negara.

Ditanya tentang keutamaan majlis berkenaan ketika ini, Dr. Mahathir berkata, majlis berkenaan menumpukan kepada hal-hal ekonomi kerana kerajaan ketika ini dibelenggu oleh tindakan kerajaan terdahulu.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan memperbaiki kelemahan sejak mentadbir negara dan fikirkan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat ketika ini.

Permainan Mahathir Untuk Wan Azizah, Anwar Tidak Tersenarai?

Sumber:World of Buzz

Bagaimanapun, melihat sudut lain, ada beberapa pihak mendakwa kenapa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga bekas menteri kewangan zaman pemerintaan Tun Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada dalam senarai MTE? Mengapa Azizah orang kedua terpenting dalam kabinet tidak terlibat?

Sumber:malaysiagazette.com

Perkara itu diulas oleh penganalisis politik, Shahbudin Husin dalam blognya. Beliau mempersoalkan pelantikan yang tiada menyenaraikan nama Wan Azizah.

Apakah kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor dua dalam kerajaan tidak dianggap penting oleh Tun Mahathir?

Kalau Azmin Ali, Lim Guan Eng, Darell Leiking dan Baru Bian yang merupakan menteri-menteri kabinet boleh dilantik dalam majlis tersebut, mengapa tidak dengan Timbalan Perdana Menteri?

Apakah kedudukan menteri tersebut lebih penting berbanding Timbalan Perdana Menteri?

Kedua, mengapa juga nama Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri yang telah dipersetujui akan mengambil alih tampuk kerajaan hanya kira-kira setahun lebih daripada sekarang, turut diketepikan?

Sumber:Toodia

Bukankah sebagai pemimpin yang bakal mengambil alih teraju kerajaan selepas ini, Anwar sebaiknya dilibatkan sama dalam Majlis Tindakan Ekonomi?

Lebih daripada itu, janganlah dilupa bahawa Anwar pernah ada pengalaman sebagai Menteri Kewangan sebelum ini?

Sumber:Utusan

Kalau Rafidah Aziz sebagai bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri boleh dilantik dalam Majlis Tindakan Ekonomi itu, apa kurangnya dengan Anwar?

Sumber:Smasa News

Apa “permainan” Tun Mahathir di sebalik menidakkan kedudukan Wan Azizah dan mencicirkan nama Anwar kali ini?

Betul-betul mahu menyelesaikan masalah ekonomi negara yang caca-marba atau lebih bertujuan politik?

Mungkin persoalan ini perlu dijawab bagi merungkai satu persatu kebenarannya. Betul atau tidak, rakyat tidak tahu.

Rakyat Dakwa Cubaan Mahathir Halang Anwar Sebagai PM Ke-8

Sebilangan besar rakyat Malaysia menerima penubuhan ini sebagai langkah terbaik bagi kerajaan menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat serta tingkatkan ekonomi mereka dan negara.

Sumber: FB Malaysiakini
Sumber: FB Malaysiakini
Sumber: FB Malaysiakini
Sumber: FB Malaysiakini
Sumber: FB Malaysiakini
Sumber: FB Malaysiakini

Bagaimanapun, ada yang menolak bahawa penubuhan ini dengan melantik orang-orang kuat Tun Mahathir atau lebih tepat lagi yang menyokong perdana menteri itu menguatkan lagi dakwaan bahawa ini strategi untuk menghalang Anwar sebagai perdana menteri ke-8.

Azmin Membisu?

Azmin sendiri pun dalam kenyataannya semalam apabila ditanya mengapa Anwar tidak dilantik, beliau menegaskan ini adalah keputusan penuh Perdana Menteri.

Sumber:Thesundaily.my

Beliau yakin dalam proses perbincangan untuk dapatkan input dan maklum balas, kerajaan perlu terlibat dengan banyak kepentingan termasuk anak muda, komuniti ekonomi, kerana kami memerlukan lebih banyak input.

Ulasnya, ini hanyalah sebuah jawatankuasa kecil untuk mengumpulkan semua info daripada pihak yang berkepentingan supaya kerajaan dapat mengadakan mesyuarat pertama dan menetapkan parameter, dan di sana mereka akan turun ke bawah serta berbincang dengan pihak yang terlibat.

Azmin sebagai Timbalan Presiden KEADILAN tidak bersuara untuk Presiden KEADILAN dalam pelantikan tersebut? Adakah Azmin dan Mahathir ada rancangan tersirat?

Sumber:Astro Awani

Atau Azmin takut kerana sejak memegang jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, beliau tidak menjalankan tugas dengan baik atau lebih tepat lagi gagal dalam menyelesaikan masalah ekonomi rakyat dan negara.

Kalau Selangor sebagai Menteri Besar dahulu disenangi rakyat, adakah kali ini rakyat akan memihak kepadanya dan kerajaan PH dibawah pentadbiran Tun Mahathir?

Tiada Orang Muda Dilantik

Merujuk kenyataan penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar di status Facebooknya, beliau menyatakan tiada satu orang muda pun yang dilantik dalam penubuhan MTE kali ini. Sedangkan keberadaan orang muda dalam majlis seperti ini penting untuk menyampaikan mesej dan keperluan naluri orang muda.

Sumber: FB Mohd Sayuti Omar II

Kenapa Rafizi Ramli salah seorangnya tidak dibawa masuk? Orang muda juga ada teori ekonomi sendiri.

Sumber:mStar

Melihat kepada peranan dimainkan oleh Rafizi sebelum ini yang banyak mendedahkan kepincangan pengurusan ekonomi dan kewangan, sewajarnya beliau berada sama dalam majlis berkenaan.

Sikap vokalnya boleh menjadi suara rakyat bawahan menuntut hak. Ideanya untuk mewujudkan koperasi rakyat salah satu solusi terbaik untuk menambah baik ekonomi rakyat luar bandar.

Orang Lama Hanya Teori Lapuk

Kata Sayuti lagi, kemunculan muka-muka tua dalam majlis ini, sudah tidak sesuai untuk mengenali masalah rakyat bawahan secara realistik. Negara mendatang diwakil generasi pascara mereka.

Sumber:brad.erva-doce.info

Zetti dan Rafidah misalnya, lebih kepada melihat angka dan data masalah sosial ekonomi rakyat, tetapi tidak menghayati sendiri akan penderita dan keperluan masyarakat Melayu luar bandar. Jadi macam mana mereka dapat merangka pelan ekonomi berkesan?

Teori ekonomi yang diguna pakai oleh Rafidah dan Zetti termasuk Dr Mahathir juga sudah melapuk. Kerencaman dan masalah ekonomi hari ini bukan sama dengan zaman mereka lagi. Hakikat keindahan cahaya pelangi akan hilang jua selepas beberapa ketika terbentang di langit. Harus faham.

Sumber:MalaysiaGazette

Kekecewaan ini akan berpanjang dan sehinggalah ia terjawab apabila Tun Mahathir bersedia untuk melepaskan kepada Anwar Ibrahim baru kita dapat melihat stail dan rentak serta irama baru kerajaan. Kemalapan cahaya kerajaan PH ini sangat dinanti moga ianya akan diterangkan oleh Anwar.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah anda penubuhan ini membuktikan kerajaan PH gagal atau ada agenda lain?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN