Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed yang melebarkan sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke Sabah dilihat sudah memungkiri janji terhadap Parti Warisan Sabah (Warisan). Keputusan itu dibuat pada sidang media Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Yayasan Al Bukhary. Setakat ini, Bersatu belum memutuskan siapa yang akan mengetuai parti terbabit di Sabah.
Beliau menegaskan, kemasukan Bersatu ke Sabah bukan bertujuan menentang pentadbiran Warisan yang diketuai Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, tetapi bertujuan untuk mengukuhkan kerajaan sedia ada di sana. Beliau menambah, terdapat pihak yang menyokong Pakatan Harapan dan Bersatu tetapi tidak ingin sertai Warisan.
Dalam pada masa yang sama beliau mengalu-alukan semua parti politik di Sabah menyertai Bersatu kecuali daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan Warisan. Namun begitu, tapisan ketat akan dikenakan kepada bekas anggota UMNO Sabah yang ingin menyertai parti tersebut.
Desakan Sejak Disember Tahun Lalu
Terdapat beberapa pihak di Sabah berusaha untuk menubuhkan Bersatu di Sabah, termasuk beberapa pemimpin pembangkang yang menunjukkan minat untuk menyertai parti tersebut setelah meninggalkan UMNO pada Disember tahun lalu.
Desas-desus kemasukan Bersatu bertiup kencang apabila Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah Datuk Hajiji Noor berkata Bersatu akan masuk ke Sabah tidak lama lagi, berdasarkan kenyataannya pada 10 Februari lalu.
Parti Lain Menyokong
Pada Januari lalu, Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Lajim Ukin menyokong pelebaran sayap Bersatu di Sabah. Menurut beliau, kemasukan Bersatu dapat mengukuhkan lagi kerajaan negeri di Sabah di samping membantu pemerintah tempatan menguasai kawasan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Beliau berkata, Warisan perlu mengambil kira kekuatan pembangkang yang menguasai banyak kawasan negeri.
Â
Hormati Perjanjian
Sebelum ini Warisan menasihatkan Mahathir untuk menghormati perjanjian asal bersama Warisan untuk tidak melebarkan sayapnya ke Sabah.
Shafie berkata, beliau telah menyatakan pendirian terhadap Mahathir selaku Pengerusi Bersatu agar hubungan antara Warisan dan Bersatu yang seperti adik-beradik akan terus terpelihara.
Warisan Nyalakan Lampu Merah
Turut sama menyatakan pendirian tegas ialah Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking. Semasa menyatakan pandangan kepada China Press, beliau berkata Warisan menyalakan lampu merah dengan tidak membenarkan Bersatu memasuki Sabah.
Beliau percaya Mahathir tidak akan melanggar perjanjian dan pernah menggambarkan Warisan sebagai rakan sekutu. Malah, Warisan juga mengekalkan hubungan baik dengan menyokong Pakatan Harapan.
Kedudukan Bersatu Semakin Kukuh?
Berdasarkan trend kemasukan bekas ahli parlimen UMNO ke Bersatu, berkemungkinan besar Bersatu akan menjadi parti yang kukuh di Dewan Rakyat dengan bilangan kerusi daripada 22 kerusi parlimen kepada 27 atau 28 kerusi.
Ia berdasarkan bilangan bekas ahli Parlimen UMNO di Sabah sebanyak 6 orang iaitu  Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran), Yamani Hafez Musa (Sipitang), Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Zakaria Edris (Libaran) dan Datuk Rahim Bakri (Kudat) dan Datuk Seri Panglima Anifah Aman (Kimanis). Walau bagaimanapun, Anifah Aman diramal bakal menggerakkan parti baru khusus untuk warga Sabah.
KATA ORANG
Akhirnya apa yang dibincangkan ntah ke mana dan BERSATU membuat keputusan utk ke Sabah...yeayyy; semakin hebat Tun @chedetofficial memperkudakan apa saja yang di 'janjikan' sebelum ini! https://t.co/9SOgtKyISM
— Captain Malaysia (@NTmunafik) February 15, 2019
BERSATU kembangkan sayapnya ke Sabah. negeri di bawah bayu.Tahniah! rakyat Sabah. Masehkah ingat apabila UMNO buat perkara yang sama dahulu?
— wan der kruf (@OnethecrOfts) February 15, 2019
Penyokong Warisan kata kemasukan Bersatu ke Sabah bertujuan untuk memecah dan perintah rakyat Sabah.
— Jalin Luin (@jals_jalin) February 14, 2019
Mereka juga mendakwa antara strategi parti daripada Semenanjung ialah mengurangkan peruntukan ke atas negeri ini... https://t.co/4RXujc5CHr
YBM @DarellLeiking seperti biasa akan mula mencari alasan demi alasan bagi mengelak dilihat sbg bising konon tapi penakut bila berhadapan dgn PM! Akhirnya begitulah Tun @chedetofficial mengajar cara berpolitik hasil pengalaman UMNO!
— Captain Malaysia (@NTmunafik) February 15, 2019