Anugerah Bola Sepak Kebangsaaan (ABK) 2018 dihujani kritikan terhadap trofi kategori kasut emas yang dimenangi pemain import Selangor, Rufino Segovia yang terlalu kecil berbanding tahun lalu.

Sumber: Blog Semuanya Bola

Turut dipertikaikan adalah kualiti trofi apabila salah satu trofi dimenangi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid yang didakwa patah sejurus keluar dari hotel.

Trofi yang sebesar tapak tangan itu dilihat mengecewakan pemain yang sepatutnya menerimanya. Bagaimana kesilapan ini boleh berlaku? Adakah ia disengajakan untuk memalukan pemenang ABK atau sebaliknya.

Mustahil tiada pemeriksaan yang dibuat terlebih dahulu sebelum ia disampaikan kepada pemenang.

Secara logiknya, ia sesuatu yang agak pelik, sedangkan sudah ada contoh atau standard trofi kasut emas itu.

Apa-apa pun kita serahkan kepada pihak atasan untuk menyelesaikan.

 

TMJ Arah Penyedia Trofi ABK 2018 Letak Jawatan

Sumber: Fourth Official

Susulan kejadian itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengarahkan pihak yang terlibat menyediakan trofi Anugerah Sukan Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2018 agar meletak jawatan serta-merta.

Langkah tersebut adalah kerana gara-gara sikap pihak terlibat apabila sengaja menyediakan anugerah Kasut Emas pada anugerah itu yang hanya bersaiz sebesar tapak tangan.

Malah, TMJ menganggap trofi tersebut seperti kasut maniatur Cinderella yang tidak sewajarnya untuk dianugerahkan kepada pemain bolasepak profesional.

 

Trofi Diganti Dengan Lebih Baik dan Berkualiti Selepas Ditular

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan menggantikan semula trofi Kasut Emas kepada pemenang ABK 2018.

Langkah tersebut susulan kritikan daripada pelbagai pihak selepas ia ditularkan.

Menerusi kenyataan, MFL mengakui kecewa dengan trofi yang tidak memenuhi standard seperti diharapkan pengerusinya,TMJ.

Badan pengurusan liga itu juga menjelaskan, pihaknya tidak berniat melakukan perkara berkenaan dan tindakan sudah diambil ke atas mereka yang terlibat.

Pada masa sama katanya, MFL sentiasa berusaha menjadikan ABK lebih besar dan megah setiap tahun.

Justeru, MFL menyifatkan perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku dan ia sememangnya menghampakan.

 

Rekaan Kasut Emas di Troll Netizen

Sekali imbas pasti anda tertanya-tanya; “Di mana kasut emas?” – Anda perhatikan betul-betul, ianya bersaiz kecil berwarna kristal.

Oleh kerana rekaannya yang terlalu comel, maka peminat bola sepak tanah air telah menjadikannya bahan jenaka dan ‘troll’ di media sosial.

Sumber: Blog Semuanya Bola

Sumber: Blog Semuanya Bola

Sumber: Blog Semuanya Bola

Sumber: Blog Semuanya Bola

 

 

 

 

 

 

Malah, lebih melucukan lagi apabila netizen menganggap pihak terbabit mahu mengurangkan kos bagi anugerah tersebut sehingga sanggup mengeluarkan trofi sebesar tapak tangan itu.

Sumber: Blog Semuanya Bola

Sumber: Blog Semuanya Bola

KATA ORANG

KATA ANDA

Anugerah gemilang untuk menghargai pemenang dalam dunia bola sepak berlaku kesilapan sebegini, patutkah ada kesilapan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN