Teknik terbaru mencantikkan wajah agar nampak berseri dan bermaya yang menjadi kegilaan ramai wanita tak kira agama iaitu teknik sulam bedak dan sulam blusher.

Setiap pelanggan akan melalui prosedur dimana bedak akan ‘disulam’ di permukaan muka mereka sehingga bedak tersebut seolah-olah sebati dan tertanam kedalam kulit.

Rawatan kecantikan terbaru ini menjadi kegilaan ramai wanita kerana ianya memudahkan wanita-wanita untuk  bersiap dengan lebih cepat dan pantas.

Bayangkan betapa lecehnya tiap-tiap kali nak keluar perlu bersolek dengan foundationya, bedak asasnya dan bermacam-macam lagi alat yang perlu disolek supaya tidak nampak kusam dan tidak bermaya.

Nak bersiap je dah makan sejam, jadi siapa je yang tak mahu bila ditawarkan jalan pintas untuk nampak cantik macam ni.

 

Memenuhi Syarak Atau Tidak?

Namun begitu, dalam kita sibuk untuk mengejar trend dan nampak cantik adakah kita teliti betul-betul sama ada rawatan yang kita lakukan menetapi syarak ataupun tidak?

Terutamanya bagi wanita yang beragama Islam, adalah ianya diterima dan sah disisi agama?

Ramai yang menafikan hukum sesuatu rawatan kecantikan itu dan sanggup mengenepikan tuntutan agama demi ingin memenuhi kehendak diri sendiri.

Malahan ada yang sanggup  meninggalkan tuntutan agama seperti menunaikan solat 5 waktu demi menjaga hiasan yang berada di muka mereka agar tidak rosak.

Mengikut ramai penjelasan ustaz dan ustazah samada di televisyen mahupun media sosial, ramai yang jelas menyatakan hukum melakukan rawatan sulaman di wajah ini akan menyebabkan wudhuk seseorang dikira tidak sah.

Walaupun si pelanggan tetap menjaga ibadah dan mendirikan solat namun ibadahnya tetap tidak sah dari pandangan syarak dan sisi agama.

Mungkin ramai yang tidak tahu, sesuatu benda asing yang menutupi pori-pori kulit akan menyebabkan wudhuk yang diambil menjadi tidak sempurna seterusnya solatnya juga dikira tidak sah.

Penjelasan yang tepat dan padat sudah, pokok pangkal hati sendiri.

Jika kehendak nafsu lebih diutamakan, maka akan terjatuh lah kita ke kancah binasa. Biarpun alasan untuk bercantik-cantik itu untuk suami.

 

Cantik Itu Perlu?

Wanita memang sudah sebati dengan kecantikan. Siapa saja yang tidak mahu nampak cantik dan menawan dikhalayak ramai. Terutamanya wanita yang sudah berkahwin, pasti ingin tampil cantik untuk suami mereka.

Namun semua wanita terutamanya yang beragama Islam perlu tahu larangan yang ditetapkn oleh agama dalam kita ingin berhias dan melakukan rawatan kecantikan.

Close up doctor hand with medical syringe with hualuronic acid . He administering it in nose of calm woman

Selain rawatan sulaman, antara rawatan-rawatan kecantikan yang menerima permintaan ramai ialah rawatan nose filler dimana ianya berfungsi untuk  memancungkan hidung.

Walauapun rawatannya boleh mencecah ratusan ringgit, namun ramai yang sanggup membelanjakan wang mereka demi kecantikan.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda sanggup berhabisan ratusan mahal ribuan ringgit demi untuk kecantikkan?
49 votes · 49 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN