Memiliki gigi yang putih dan sihat pasti menjadi impian semua orang tidak kira wanita mahupun lelaki. Malah, seseorang yang memiliki gigi yang cantik dan tersusun juga boleh menyerlahkan penampilan serta meningkatkan keyakinan diri mereka.

Sebelum ini, fenomena memutihkan gigi menggunakan arang menjadi trend buat masyarakat di seluruh dunia tetapi kini muncul satu lagi trend terbaru yang menggunakan Acid Etching.

 

Rakyat Amat Mudah Terpengaruh Membeli Produk Kecantikan Yang Dijual di Media Sosial

Nampak je sesuatu produk kecantikan itu menjadi trend ditambah pula ada artis yang turut mempromosi produk itu, laju sahaja orang kita mencubanya.
Namun, di sebalik trend tersebut, adakah kita cakna akan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut?

Adakah kita benar-benar periksa setiap produk yang dijual itu mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?

 

Sumber: FH Hospital

Dulu Jumpa Doktor Untuk Putihkan Gigi, Sekarang Tidak Lagi

Jika dahulu, ramai yang sanggup berhabis wang untuk memutihkan gigi dengan berjumpa doktor setiap dua kali setahun namun fenomena itu sudah berubah.

Orang ramai kini dilihat lebih gemar membeli produk yang terdapat di pasaran kerana ia dilihat lebih mudah dan murah untuk memutihkan gigi tanpa perlu melakukan rawatan pemutihan gigi di klinik.

Ada juga yang lebih rela membeli produk daripada pergi berjumpa dengan doktor atas alasan mereka takut untuk membuat rawatan gigi disebabkan pengalaman ngeri sebelum ini.

Mungkin, sesetengah individu kurang gemar pergi ke klinik kerana tidak suka gigi mereka menjadi nyilu ditambah pula dengan darah sepanjang sesi rawatan tersebut.

Maka disebabkan itu, mereka memilih untuk membeli produk pemutihan gigi seperti arang dan Acid Etching yang dilihat semakin popular ketika ini.

 

Sumber: Web Med Central

Acid Etching Boleh Putihkan Gigi?

Adakah benar penggunaan Acid Etching ini boleh putihkan gigi dengan berkesan?

Kalau kita lihat perkembangan teknologi kini, semua orang mampu untuk kelihatan menawan dan cantik dengan cara mudah dan pantas.

Namun di sebalik perkembangan teknologi tersebut, pasti wujud pihak yang cuba menyalahgunakan sesuatu produk hingga memberi kesan buruk kepada orang ramai sekaligus menimbulkan perdebatan di antara doktor bertauliah untuk menjelaskan kesan buruk sesuatu produk itu kepada orang ramai.

Baru-baru ini, seorang doktor gigi yang menggunakan nama Iqbal Rosali telah berkongsi kesan sampingan penggunaan Acid Etching di laman Facebook beliau yang kononnya mampu membuatkan gigi kelihatan putih.

Dalam posting tersebut, doktor itu turut mengakui penggunaan Acid Etching pada gigi adalah sangat berbahaya yang kerap digunakan doktor gigi tidak bertauliah kepada pelanggannya.

Jelas doktor tersebut, Acid Etching yang berwarna biru itu sebenarnya digunakan doktor gigi untuk membuat tampalan dan bukannya memutihkan gigi.

Hasil perkongsian yang menerangkan serba lengkap kesan penggunaan Acid Etching itu juga telah mendapat 1.5 ribu ‘like’ memandangkan penggunaan acid tersebut sememangnya berbahaya dan sering digunakan oleh penjual pendakap gigi (fake braces) untuk melariskan jualannya.

 

Sumber: Research Gate

Kesan Buruk Acid Etching

Dalam posting tersebut, doktor itu menerangkan Acid Etching boleh menyebabkan permukaan gigi menjadi kasar dan memudahkan doktor gigi menyapu bahan lekatan untuk menampal lubang pada gigi.

Ketika tampalan, doktor hanya menggunakan sedikit Acid Etching hanya untuk 20 saat sahaja di permukaan yang perlu.

Tetapi, lain pula bagi doktor tidak bertauliah di mana mereka menggunakan Acid Etching tersebut selama 30 minit untuk memutihkan gigi.

Dalam pada itu, doktor tersebut juga turut berkongsi kesan penggunaan Acid Etching pada gigi yang boleh menyebabkan gigi menjadi bertompok-tompak dan tidak sekata.

Malah, penggunaan Acid Etching itu akan menyebabkan stain (perubahan warna) lebih melekat pada gigi, enamel (lapisan luar gigi) akan mudah terhakis dan nipis serta menjadikan gigi cepat sensitif.

KATA ORANG

No result could be fetched.

KATA ANDA

Wajarkah kerajaan mengambil tindakan terhadap individu yang menyalahgunakan bahan Acid Etching untuk memutihkan gigi kerana ia dilihat memberi risiko besar terhadap orang ramai?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN