Lelaki berkahwin dengan wanita yang lebih berusia bukan perkara janggal lagi di Malaysia kerana ramai orang termasuk selebriti popular turut tidak terkecuali.

Walaupun di dalam Islam jodoh telah ditetapkan oleh Tuhan namun ramai yang ingin mengetahui kenapa lelaki sekarang telah beralih memilih pasangan yang lebih tua. Adakah ia menjadi trend, ingin harta wanita atau apa?

Yang terbaru, produser terkenal A.Aida selamat diijabkabulkan dengan pasangannya yang 18 tahun lebih muda daripadanya iaitu pelakon baru Ariff Aziz minggu lalu.

 

Harta Atau Cinta?

Melihat A. Aida yang sudah berusia 47 tahun, popular dan hidup sukses sebagai penerbit pelbagai produk popular di kaca televisyen bertemu jodoh dengan Ariff, 29, pelakon baharu yang masih mencari tempat dalam industri. Ini sesuatu yang mengundang persoalan tentang sejauh mana kehebatan cinta mereka.

Ada yang mengaggap Ariff hanya mahu mengejar harta dan kemewahan yang dimiliki oleh isterinya.

Sumber: Hangat

Walaubagaimanapun, Ariff menafikannya dan menegaskan perkahwinannya itu adalah kerana rasa cinta dan bukan berlandaskan harta semata-mata.
Menurut Ariff, dia juga mempunyai perniagaan sendiri dan turut mempunyai aset hasil titik peluhnya.

Tambahnya lagi, jika mahu mengambil kesempatan ke atas segala kelebihan yang dimiliki isterinya termasuk kemewahan, pastinya sudah lama dia berbuat demikian. Ini kerana dia telah mengenali isterinya seawal melangkah ke dalam industri hiburan pada 2015.

A.Aida pula menyatakan lebih baik berkahwin dengan lelaki bujang dari merampas suami orang.

Walaubagaimanapun, di China ada seorang pemuda berusia 23 tahun menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini wanita berusia 38 tahun (beza 15 tahun).

Selepas berkahwin dia menerima habuan bukan sedikit termasuk sebuah kereta Ferrari sebagai hadiah daripada isterinya. Ini baru dikatakan kahwin kerana harta.

 

Usia Bukan Penghalang Bahagia

Adakah anda masih ingat berita perkahwinan pelakon senior, Rosnah Mat Aris dan Tajul Efendie Isa 11 tahun lalu. Semasa berkahwin, Rosnah berusia 53 tahun, manakala Tajul baru 26 tahun. Biar berbeza usia sebanyak 26 tahun, perkahwinan mereka kini sudah memasuki tahun ke-11.

Sumber: Viral Fever

Selain itu, pelakon Rozita Che Wan,44, atau Che Ta yang bersuamikan Zain Saidin, 32, dengan jarak umur 12 Tahun. Che Ta berkahwin empat tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata, Aaisyah Dhia Rania.

Menurut Che Ta, jarak usia yang agak jauh bukan masalah selagi suami dan isteri mengamalkan sikap toleransi dan perlu bijak dalam bertolak-ansur agar kedua-duanya dapat mengelakkan perselisihan faham.

Sumber: BH Online

Wanita berusia disunting lelaki muda tidak hanya berlaku dalam dunia glamor. 10 tahun lalu rakyat Malaysia pernah dikejutkan apabila seorang nenek,Wook Kundur berusia 103 tahun telah berkahwin dengan pemuda 34 tahun, Mohd. Nor Musa.

Wook Kundur pernah menyatakan beliau mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan Mohd. Nor yang jauh lebih muda, antaranya sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.

Sumber: mStar

Namun, ada juga kajian yang dilakukan di Universiti Emory, Atlanta mendapati lebih besar jarak umur antara suami isteri, lebih tinggi risiko penceraian.

Kajian ini telah menganalisa hampir 3,000 pasangan dan mereka mendedahkan suami isteri dengan jarak umur 5 tahun ke atas akan 18% cenderung untuk bercerai.

Malah, pasangan yang berbeza umur sebanyak 10 tahun pula 39% cenderung untuk bercerai.

 

Kenapa Lelaki Pilih Wanita Tua?

Adakah mengahwini wanita lebih berusia sekarang ini dianggap sebagai trend? Atau wanita yang lebih berusia lebih senang untuk diiurus?

Terdapat beberapa faktor wanita lebih suka dengan wanita berusia antaranya ialah matang. Wanita berumur ini lebih matang dari segi perangai dan bijak dalam menentukan hala tujunya.

Wanita lebih muda selalunya ‘clingy’ dan juga keanak-anakkan. Lelaki lebih tertarik kepada kematangan dan keyakinan seorang wanita itu.

Selain itu, wanita lebih berusia mempunyai emosi yang stabil dan lebih bersikap positif. Mereka lebih realitistik dan berpijak dibumi nyata. Tidak mengharapkan cinta ala ‘fairy-tale’.

Dan fakta perlu diketahui, wanita lebih cantik pada usia antara umur 30 tahun hingga 45 tahun atau lebih tua. Kecantikannya lebih menyerlah dan sebab itu lelaki muda juga mudah terpikat dengan mereka.

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

.
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN