Bagi anda yang sudah menjangkau usia 20 an, soal perkahwinan dan mencari pasangan hidup sudah pasti berlegar-legar di kepala anda. Mana tidaknya, ketika umur inilah ramai saudara mara mahupun rakan-rakan sentiasa kerap bertanya perihal kahwin atau sudah memiliki calon dan sebagainya.

Sama ada anda masih bujang mahupun sudah memiliki pasangan, soalan sebegitu pastinya membuatkan anda berfikir sejenak bagaimana mahu mengumpul duit untuk berkahwin?

Bagi yang sudah lama bercinta, tidak kira pasangan muda mahupun tua, sudah pasti kita mahu menghalalkan sesuatu hubungan itu dengan cepat bagi mengelakkan daripada terus melakukan maksiat atau menjadi buah mulut orang ramai.

Bukan itu saja, bagi pasangan muda, soal kewangan itu pasti membelenggu mereka disebabkan bajet perkahwinan pada masa kini kebanyakannya mencecah puluhan ribu.

Namun, bagi yang mempunyai masalah kewangam, jangan bimbang sekiranya anda mahu berkahwin pada usia awal 20-an kerana masalah anda itu sebenarnya boleh diatasi dengan cara berikut:

 

Majlis Perkahwinan Perdana dan Nikah Beramai-Ramai

Sumber: Utusan

Pernahkah kita dengar program perkahwinan nikah perdana mahupun nikah beramai-ramai?

Jika pernah, program itu adalah salah satu program yang dianjurkan kerajaan negeri bagi membantu merealisasikan impian golongan muda yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Dengan cara ini, beban kewangan yang sering membelenggu pasangan muda sudah tidak dijadikan isu lagi sekaligus dapat mengurangkan gejala maksiat dalam kalangan generasi muda.

Melalui program sebegini, sudah pasti ramai golongan muda tidak teragak-agak untuk menyertai program seperti ini kerana sebahagian besar kos untuk melangsungkan majlis perkahwinan, semuanya ditanggung oleh kerajaan negeri.

 

Pasangan Tidak Perlu Keluarkan Kos

Sumber: Aglersyaz.blogspot.com

Apabila majlis perkahwinan kita ditanggung oleh kerajaan negeri, siapa saja yang tidak suka bukan?

Mana tidaknya, sudah la semua peruntukan itu disediakan kerajaan negeri, malah boleh dikira semua perbelanjaan ditanggung penuh kerajaan negeri.

Ianya termasuklah mengadakan jamuan perkahwinan, set persalinan pakaian pengantin untuk majlis akad nikah, khidmat jurunikah, dokumen pernikahan dan set perkahwinan termasuk pelamin, andaman dan khidmat jurugambar juga ditanggung penuh.

Bukan itu saja, ada kerajaan negeri yang turut sama memberi wang tunai dalam lingkungan RM500 hingga RM1,000, jamuan khas untuk 100 orang bagi setiap pasangan serta menyediakan mas kahwin kepada mereka.

Siapa saja yang tidak suka bukan?

 

Galak Golongan Muda Kahwin Awal

Apabila kerajaan negeri mewujudkan perkahwinan perdana mahupun nikah beramai-ramai, sudah pasti objektif utama mereka untuk menggalakkan pasangan muda berkahwin awal bagi mengelak gejala maksiat.

Bukan saja gejala maksiat dapat dikurangkan malah ianya dapat mengelak golongan muda daripada terbeban dengan hutang selepas berkahwin.

Namun, harus diingatkan, berkahwin diusia yang muda bukanlah perkara yang mudah dan menyeronokkan sepanjang masa. Anda harus bersedia dari segi fizikal dan mental. Tanggungjawab anda semakin besar dan berat.

Kadar kes penceraian di negara ini dianggarkan 156 pasangan satu hari atau 6 pasangan dalam satu jam. Kebanyakkannya adalah pasangan muda.

KATA ORANG

Malam ini DS @PetraJayaMP ke majlis perkahwinan bekas Fellow Perdana beliau ketika bersama KKR @hazwan & pasangannya Farah di Dewan Baitulmal Kuching

test Twitter Media - Malam ini DS @PetraJayaMP ke majlis perkahwinan bekas Fellow Perdana beliau ketika bersama KKR @hazwan & pasangannya Farah di Dewan Baitulmal Kuching https://t.co/7YvQqo9Jez
test Twitter Media - Malam ini DS @PetraJayaMP ke majlis perkahwinan bekas Fellow Perdana beliau ketika bersama KKR @hazwan & pasangannya Farah di Dewan Baitulmal Kuching https://t.co/7YvQqo9Jez
test Twitter Media - Malam ini DS @PetraJayaMP ke majlis perkahwinan bekas Fellow Perdana beliau ketika bersama KKR @hazwan & pasangannya Farah di Dewan Baitulmal Kuching https://t.co/7YvQqo9Jez
test Twitter Media - Malam ini DS @PetraJayaMP ke majlis perkahwinan bekas Fellow Perdana beliau ketika bersama KKR @hazwan & pasangannya Farah di Dewan Baitulmal Kuching https://t.co/7YvQqo9Jez

KATA ANDA

Penganjuran Majlis Nikah Perdana dilihat mampu kurangkan gejala maksiat di Malaysia?
10 votes · 10 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN