Budaya ziarah menziarahi sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia setiap kali menjelang Aidilfitri. 

sumber: sayang abah

Suasana kemeriahannya dapat dirasai dengan kehadiran kanak-kanak yang datang beraya ke rumah, terpancar keceriaan di wajah mereka apabila dijamu makanan dan disertakan dengan duit raya.

Namun ada yang tidak begitu senang dengan kehadiran kanak-kanak yang tidak dikenali mahu beraya ke rumah mereka.

 

Duit Raya Nak, Makan Tak Mahu

Mendengar suara kanak-kanak memberi salam di luar rumah sahaja, ada yang mengambil keputusan untuk cepat-cepat menyorok di dalam rumah dan tidak membuka pintu kerana malas untuk melayan mereka.

Sudah menjadi lumrah kanak-kanak ini berjalan secara berkumpulan untuk beraya rumah ke rumah untuk mendapatkan duit raya daripada tuan rumah.

Namun bagi sesetengah orang, menganggap mereka ini bukan mahu beraya sangat dan tidak mahu menjamah makanan yang telah dihidangkan kepada mereka.

 

 

Namun ada yang berpendapat, jika ada kanak-kanak yang datang mahu beraya, sambutlah mereka walaupun hanya mahu duit raya kerana tetamu itu membawa barakah.

 

 

Merungut Dapat Duit Raya Sikit

Apabila melihat kanak-kanak merungut kerana duit raya yang diberi sedikit bagi mereka mungkin salah satu sebab kenapa ramai yang tidak mahu membuka pintu jika ada kanak-kanak yang mahu beraya.

Bukan kanak-kanak sahaja yang merungut, ibu bapa yang berperanan sebagai ‘bank’ untuk duit raya yang dikutip anak-anak turut mengeluh dengan jumlah yang diterima.

 

 

Pemberian duit raya ini bukanlah dilihat dari jumlahnya, tetapi lihatlah kepada keikhlasan orang yang telah memberi duit raya kenapa anak-anak.

 

 

Dah Beri Duit Raya, Buang Sampul Merata-Rata Pula

Perbuatan membuang sampul raya merata-rata sememangnya perlu dielakkan kerana mungkin boleh mengguris hati orang yang memberinya kerana tidak menghargai apa yang diberi.

Sampul duit raya yang diterima boleh digunakan semula untuk raya yang akan datang kerana masih lagi elok untuk digunakan.

Namun, terdapat beberapa inisiatif yang telah dilakukan untuk mengelakkan berlakunya perbuatan membuang sampul duit raya ini.

 

 

Selain meletakkan duit raya di dalam plastik berserta gula-gula, ada yang membuat rekaan sampul duit raya sendiri dengan hasil lukisan tangan.

sumber: qasyahfulmalayworld.blogspot

Sampul yang direka itu bukan sahaja untuk duit raya tetapi boleh digunakan untuk sumbangan kenduri kahwin malah boleh disimpan untuk koleksi.

 

Hukum Beri Duit Raya

Terdapat golongan yang tidak bersetuju dengan budaya memberi duit raya pada Hari Raya Aidilfitri kerana perbuatan tersebut dikatakan menyerupai budaya kaum lain dan tidak ada dalam budaya Islam.

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli al- Bakri menjawab persoalan orang ramai berhubung dengan hukum memberi duit raya kepada keluarga dan jiran tetangga yang berkunjung ke rumah adalah harus.

Beliau juga berpendapat, pemberian duit raya ini tidak dilakukan dengan secara memaksa diri dengan memberi jumlah yang besar dan mereka yang menerimanya perlulah bersyukur dengan apa yang diterima.

KATA ORANG

KATA ANDA

Bagi pendapat anda, adakah menjadi kesalahan jika kita tidak memberi masuk kanak-kanak yang datang beraya ke rumah kita?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN