Seperti ramai yang sedia maklum, baru-baru ini umat Islam seluruh dunia terkesan dengan tragedi berdarah yang berlaku di New Zealand apabila secara keseluruhan 50 umat Islam yang sedang beribadah dan berada di Masjid Christchurch ditembak mati orang pengganas.

Disebalik tragedi yang menimpa umat Islam dan akan terbuku sebagai salah satu sejarah umat Islam, berlaku kejadian yang tidak disangka apabila dikhabarkan 350 individu agama lain membuat keputusan untuk memeluk Islam sejurus selepas kejadian tembakan rambang tersebut.

Namun begitu, berita tersebut dikatakan palsu dan tidak berlaku di New Zealand. Sejauh manakah kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan, namun begitu tidak dinafikan hampir setiap hari pasti ada saudara baru yang memeluk agama islam. Lihat sahaja perkongsian di media sosial yang dibuat oleh individu dari pelbagai negara tentang ini.

Sebagai seorang muslim, pastinya penerimaan saudara baru yang semakin hari semakin meningkat merupakan berita yang mengembirakan. Walaupun agama Islam sering difitnah dan dikeji oleh segelintir golongan masyarakat yang kurang memahami kepercayaan dan amalan yang diajar Islam, masih ramai yang tertarik dan melihat keindahan Islam sebenar sehinggakan mereka ingin memeluk Islam.

Sungguhpun disebalik sesuatu kejadian pasti ada hikmah yang tersendiri. Walaupun sukar bagi semua orang bukan sahaja Muslim menerima tragedi berdarah di Christchurch ini, pastinya kita percaya ini sudah tertulis oleh Allah dan seberat-berat kita menerima berita ini, yakinlah saudara-saudara yang menjadi mangsa di masjid tersebut meninggal dalam keadaan yang diidamkan oleh setiap Muslim didunia, syahid di jalan Allah dimana Syurga dijanjikan sebagai balasan.

 

Kasih Sayang Orang Bukan Muslim Terhadap Islam

Jika sebelum ini, hubungan orang Islam dan bukan Islam digambarkan seperti tidak sebulu dan tidak bergaul baik namun pada hari ini, kerana tragedi ini, semua individu bukan muslim di seluruh dunia secara terang-terangan menunjukkan rasa prihatin mereka terhadap diskriminasi yang dilalui oleh hampir setiap penduduk muslim di dunia.

Lihat saja bagaimana, penduduk sekitar kawasan kejadian berkumpul beramai-ramai bagi menunjukkan rasa simpati dan memberi sokongan moral kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Malah Perdana Menteri New Zealand sendiri turun padang dan melawat tempat kejadian dan akan memberi bantuan kewangan kepada ahli kelurga mangsa bagi meneruskan kehidupan.

 

Sikap Ingin Tahu Tentang Islam Membuak

Sejurus selepas kejadian yang berlaku di Christchurch, banyak masjid di New Zealand dan negara-negara lain dikawal ketat oleh pihak berkuasa malah individu bukan Islam yang secara sukarela rasa terpanggil untuk melindungi tempat beribadah tersebut.

Melalui sesi temuramah yang dilakukan oleh wartawan di New Zealand, kebanyakan penduduk di New Zealand mengalu-alukan pendatang dari negara lain untuk tinggal di negara mereka tanpa sebarang diskriminasi. Malah mereka berasa berbangga kerana menjadi negara yang kaya dengan rakyat yang berbilang kaum dan agama.

Rasa ingin tahu dikalangan mereka juga semakin membuak dan menjadi tanda tanya tentang apakah agama Islam sebenarnya sehingga mereka dianggap sebagai pengganas dan menerima diskrimasi yang sangat teruk oleh sesetengah individu.

Masjid-masjid di sekitar daerah tersebut menerima kunjungan yang sangat ramai dari orang berlainan agama kerana mereka ingin tahu dengan lebih lanjut fahaman dan kepercayaan agama Islam dengan lebih mendalam. Selain dapat mengeratkan hubungan, ia secara tidak langsung menjadi platform untuk agama Islam disebar dengan lebih meluas.

Yang menyentuh hati apabila terdapat sebilangan individu yang turut serta mendengar ceramah-ceramah agama, mencuba memakai tudung malah ada beberapa individu yang dikatakan berniat untuk memeluk agama Islam.

 

 

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa lebih ramai orang bukan muslim akan berminat mengenali Islam dan memeluk Islam?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN