Beberapa bulan sahaja lagi kita akan memasuki tahun 2020, tetapi masih wujudkah kepercayaan karut zaman moden dan canggih hari ini?

Sumber:Merdeka

Memang tidak dapat dinafikan masyarakat kita hari ini masih ada yang mempercayai akan kewujudan kepada satu entiti jahat dikenali sebagai hantu.

Akan tetapi mereka mempunyai tanggapan tersendiri mengenai vesri-versi hantu ini yang dilihat menganggu kehidupan manusia.

Toyol Masuk Rumah

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa yang dikenali sebagai Liza berkata, pada awalnya dia berasa agak pelik apabila pintu dapur rumahnya terbuka sedangkan kebiasaannya ia ditutup. Saat dia ingin menutup pintu dapur itu tiba-tiba dia terpandang seekor mahkluk aneh yang sedang memanjat pagar rumahnya.

Sumber:Tube Viral

Malah, makhluk itu dikatakan sempat memandang ke arahnya dengan mata yang merah menyala, bersaiz badan sebesar bayi, mengeluarkan taring serta cuping telinganya besar.

Dia mengesyaki itu adalah kemungkinan toyol berdasarkan fahamannya tentang makhluk tersebut.

Toyol Rembat Duit Persiapan Kahwin RM3000?

Walaupun dalam keadaan terkejut, selepas melihat makhluk itu, selang beberapa minit Liza cuba memeriksa wang yang disimpannya dan mendapati ia hilang dan percaya ada kaitan dengan kemunculan makhluk berkenaan.

Sumber:Ibnu Ir Fadzil

Wang yang hilang berjumlah kira-kira RM3,000, yang sepatutnya digunakan untuk membeli ayam serta perkakas memasak lain bagi kenduri perkahwinan anaknya. Kali terakhir Liza melihat wang itu masih ada pada sebelah pagi hari yang sama sebelum kejadian.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.15 malam pada Isnin lalu itu turut disaksikan dua orang anak lelakinya berusia 27 dan 18 tahun.

Bagaimanapun, suami Liza, dikenali sebagai Man akan merujuk individu yang arif dengan makhluk halus.

Dia enggan memberikan sebarang tafsiran kerana bimbang disalah erti oleh masyarakat. 

Manusia Yang Curi

Sebilangan besar warganet kurang percaya kononnya Toyol mencuri kesemua wang itu. Mereka menjelaskan jika ingin tahu tanda barang atau duit kita di curi Toyol, makhluk tersebut tidak akan mencuri semua wang yang ada.

Sumber: FB Astro Awani

Maksudnya kalau ada duit RM3000 Toyol mungkin akan ambil RM2000 atau RM1000 sahaja dan meninggalkan baki duit bagi mengelirukan mangsa. Maksudnya makhluk itu ingin membuatkan mangsa tidak perasaan akan kehilangan tersebut. 

Begitu juga dengan benda yang berbentuk barangan, Toyol tidak akan ambil kesemua barangan berharga seperti emas, perak dan lain-lain.

Akan tetapi ia berbeza sekiranya yang melakukan itu penyamun. Dia akan sapu licin tinggal bekas sahaja. Kadang-kadang bekas pun dia sapu juga.

Rata-rata warganet merasakan yang mencuri itu adalah manusia ataupun berkemungkinan ahli keluarga mangsa itu sendiri. Bila duit hilang mulalah buat cerita Toyol yang curi. Manusia yang curi, Toyol dapat nama.

Toyol Memang Wujud

Namun, ada juga masih percaya yang makhluk ini masih wujud walaupun negara kita semakin moden dan canggih.

Manusia perlu percaya makhluk-makhluk seperti ini wujud namun kepercayaan itu janganlah sampai memesongkan akidah umat Islam.

Ada yang mempunyai kes nampak Toyol ini dihalaman rumah mereka dan para paranormal juga pernah terakam kelibat Toyol ini.

Bagi mereka yang alami kejadian ini memang menyeramkan, bagi mereka yang tidak pernah mengalaminya lebih baik berdiam sahaja.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda masih percaya Toyol masih wujud zaman ini?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN