Menonton filem di panggung wayang merupakan suatu pengalaman yang berbeza dengan menonton di televisyen mahupun di dalam telefon pintar. 

sumber: sinar harian

Namun, baru-baru ini telah gempar di mana seorang warga emas dari Britain yang berusia 77 tahun meninggal dunia dalam sebuah panggung wayang di Pattaya ketika menonton filem Annabelle Comes Home.

Kejadian tersebut mula disedari ketika filem tamat dan penonton yang duduk disebelahnya mendapati warga emas tersebut sudah tidak lagi bernyawa.

 

Tidak Semua Berani Menonton Filem Seram

Mungkin mereka yang tidak mengalami ketakukan ketika menonton filem genre seram ini akan berasa tidak selesa dengan mereka yang terjerit-jerit ketakutan di dalam panggung wayang.

sumber: shutterstock

Tetapi perlu difahamkan, tidak semua orang berani untuk menonton filem seram dan keadaan ini dikenali sebagai Phasmofobia (keadaan seseorang yang takut kepada hantu secara berlebihan).

Mereka yang takut kepada hantu secara berlebihan ini biasanya akan rasa fobia untuk melihat cermin, takut kepada gambar-gambar seram dan takut dengan keadaan gelap sehingga boleh mengganggu aktiviti seharian mereka.

Memiliki perasaan takut adalah normal yang telah dianugerahkan oleh Tuhan sebagai pertahanan badan kita terhadap musuh, namun jika ketakutan yang melampau boleh membawa kepada gejala yang lebih teruk iaitu fobia yang mungkin boleh membawa maut.

 

Tonton Filem Seram Boleh Bakar Kalori 

Berdasarkan info daripada laman thegurdian.com, terdapat kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti of Westmenster, menonton filem seram boleh mendatangkan pelbagai manfaat seperti membakar kalori dan meningkatkan mood tetapi bergantung kepada mereka yang menonton filem tersebut. 

sumber: reframe

Kajian yang dibuat itu menyatakan mereka yang menonton filem seram selama 90 minit boleh membakar 113 kalori yang bersamaan dengan berjalan kaki selama 30 minit.

Bukan itu sahaja, apabila ketika babak yang ‘terkejut’ sangat membantu dalam membakar kalori kerana secara tak langsung telah meningkatkan kadar dengupan jantung dengan secara mendadak.

Mungkin selepas ini anda tidak perlu bersusah payah untuk menurunkan berat badan dengan bersenam, kerana dengan menonton filem seram juga boleh menurunkan berat badan tau…

 

Salahkah Menonton Filem Seram?

Tidak dapat dinafikan bahawa menonton filem boleh mempengaruhi minda dan perwatakan seseorang, tetapi adakah salah untuk menonton filem yang bergenre seram? 

sumber: utusan

Ramai yang mengatakan menonton filem mistik ataupun seram mampu memberi kesan yang mendalam ke atas akidah masyarakat seperti menimbulkan perasaan takut yang melampau terhadap perkara-perkara mistik.

Walaupun menonton filem dikatakan sebagai salah satu medium yang boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan dan keagamaan, namun bergantung kepada tahap penerimaan individu itu sendiri samada mahu menerima maklumat yang ditonton atau hanya membiarkannya sahaja.

Pemikiran seperti Islam itu mengongkong, jumud dan sebagainya perlu dihakis kerana Islam tidak menghalang umatnya untuk berhibur selagi mana tidak bertentangan dengan syarak.

 

Perlu Tahu Kod Rating Filem Sebelum Menontonnya

Dalam setiap filem yang ingin ditayangkan, jika anda perasan ada tertera kod-kod rating yang tetentu yang diklasifikasikan.

Untuk penapisan filem dan sistem penilai di Malaysia, LPF (Lembaga Penapisan Filem atau Lembaga Penapisan Negara) telah mengeluarkan arahan baru untuk kepada semua pengedar filem, dan telah memansuhkan klasifikasi sebelum ini dikenali sebagai 18SX, 18SG, 18PL dan 18PA. 

Berdasarkan kepada maklumat di lpf.moha.gov, mulai tahun 1996, pengkelasan berubah kepada U dan 18. Dahulu klasifikasi 18 dibahagikan kepada 4 kategori:

18SG (seram, ganas) – mengandungi unsur-unsur ganas atau seram tetapi tidak keterlaluan

18SX (seks) – mengandungi unsur-unsur seks tetapi tidak keterlaluan

18PA (politik, agama)- menyentuh aspek-aspek agama, sosial dan politik

18PL (pelbagai)- mengandungi gabungan dua atau lebih unsur-unsur di atas iaitu ganas, seram dan seks.

sumber: lpf.moha.gov

Namun, pada april 2010, pengkelasan filem telah berubah kepada U (umum) , PG13 (Parental Guidance Suggested) dan 18.

Sememangnya ketakutan merupakan sesuatu yang negatif dan tidak baik untuk tubuh badan kita kerana terlebihnya pengeluaran hormon adrenalin yang boleh menyebabkan rasa cemas sehingga boleh menyebabkan serangan jantung dan beberapa masalah perubatan yang lain. 

Sebab itu pentingnya untuk mengetahui kod-kod rating filem yang ingin ditonton supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan juga orang lain.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah menonton filem seram membawa kesan buruk?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN