Pernah dengar atau baca tentang tombong? Tombong adalah organ peranakan jatuh (JOP) atau lebih dikenali sebagai rahim jatuh dan biasanya berlaku dalam kalangan wanita.

Dianggarkan, hampir separuh daripada wanita yang pernah melahirkan anak mengalaminya atas pelbagai faktor penyebab.

Sumber:Pa&Ma

Bukan saja terjadi kepada ibu yang sudah melahirkan anak, wanita yang belum berkahwin tidak terkecuali daripada mengalami masalah itu terutama dalam kalangan individu lasak dan sering melakukan kerja berat.

 

 

Tidak Jaga Pantang Dengan Betul

Memetik kenyataan di Harian Metro, pengamal perubatan Melayu, Suzima Hazish mengakui masih ramai wanita muda mengambil mudah urusan berpantang kerana berasakan mereka masih kuat dan tiada apa yang berlaku selepas itu.

Namun sangkaan mereka silap. Berpantang adalah untuk penjagaan dalam jangka masa panjang.

Sumber:SAYS.com

Sebab itu orang-orang tua selalu berpesan supaya kaum ibu selepas bersalin perlu menjaga pantang dengan betul supaya badan tidak akan mengalami kesakitan atau ada masalah lain di kemudian hari.

Hanya mengambil masa dalam tempoh 44 hari sahaja kena jaga betul-betul bukannya lama. Begitu juga pengambilan makanan sejuk dan berangin yang seharusnya dielakkan ketika dalam pantang. Apabila badan sudah kuat dan sihat boleh ambil secara sederhana.

Pakar Sakit Puan Kata Tak Wajib Berpantang

Terdahulu, kecoh di media sosial berhubung kenyataannya Profesor Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Imelda, bahawa tradisi ‘berpantang’ ini sebenarnya merupakan satu kemewahan untuk orang-orang yang berada kerana bukan semua orang berkehidupan mewah.

Sumber:New Straits Times

“Tahukah anda, yang hanya wajib dalam Islam ialah tidak membuat hubungan kelamin dengan suami selagi darah nifas belum kering (sampai had maksima 60 hari diberikan, bukan hanya 40 hari), dan boleh bersama suami lebih awal daripada 40 hari sekiranya darah nifas kering lebih awal dari 40 hari.

“Benda-benda yang lain, semuanya bukan wajib. Yang penting ialah ibu-ibu diberi sokongan emosi dan diberikan sokongan dari semua ahli keluarga supaya ibu dapat menumpukan semua perhatiannya terhadap permintaan bayi yang baru dilahirkan”. 

Kenyataan Dr Imelda ini mendapat kecaman dari netizen yang beranggapan berpantang adalah wajib dan perlu diamalkan oleh ibu yang baru bersalin. Dan amalan ini sudah diamalkan sejak zaman nenek moyang kita lagi.

Tombong Jejaskan Hubungan

Tombong ini sangat ditakuti wanita kerana selain menjejaskan hubungan seksual dan kesihatan ia juga menyebabkan wanita kurang keyakinan diri.

Sumber:HALAWANIE

Malah, wanita juga akan merasa malu dengan suaminya apabila mahu bersama.

Dan ini boleh jejaskan hubungan. Terdapat kes sehingga suami lari kerana tidak tahan bau akibat tombong yang terkeluar ini.

Kadang-kadang ada juga kes penceraian ini bukan disebabkan orang ketiga tetapi wanita itu sendiri yang tidak pandai menjaga dirinya sendiri untuk suaminya.

Suami juga perlulah bertanggungjawab dan menolong isteri jika mereka mengalami masalah seperti ini, rujuk kepada pakar mahupun bidan yang bertauliah agar masalah ini tidak berpanjangan. 

Gaya Hidup Dan Corak Pemakanan

Gaya hidup dan corak pemakanan memainkan peranan dalam proses menjaga rahim.

Sumber:theAsianparent Malaysia

Kadang-kadang kehidupan yang terlalu moden ini mengubah cara pemakanan kita, ada yang baru bersalin dua hari sudah mengamalkan pemakanan yang tidak sihat seperti ayam goreng, mee goreng dan juga pengambilan makanan ringan.

 

Penjagaan rahim amat penting kerana sekiranya rahim seseorang itu tidak sihat, ia mempengaruhi keadaan dan emosi dirinya malah turut melibatkan orang disekelilingnya.

Antara Langkah Pencegahan:

• Elak berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku.

Sumber:Harian Metro

• Melakukan senaman pelvik. Ia menguatkan otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan selepas pembedahan, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang.

• Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelak sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin. Elak daripada meneran di bilik air lebih 15 minit.

• Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik.

• Elak daripada kerap hamil atau mengandung pada jarak yang rapat antara satu-satu kelahiran.

Rawatan:

1) Senaman Pelvik

-Ia boleh dilakukan pada peringkat awal bagi wanita muda yang ingin hamil lagi.

2) Urutan dan Bertangas

-Luangkan masa sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan untuk melakukan rawatan tradisional bagi memastikan rahim dalam keadaan baik.

3) Pembedahan

-Jalan terakhir adalah pembedahan untuk membuang rahim namun sebelum berdepan dengan pilihan itu, setiap wanita disarankan untuk menjaga rahimnya sebaik mungkin.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda percaya tidak jaga pantang dengan betul boleh terjadinya tombong?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN