Sebut sahaja Zoo Negara atau taman haiwan, lokasi itu tidak asing lagi bagi kanak-kanak serta orang dewasa untuk mengenali dunia haiwan dan alam sekitar secara dekat bukan?

Lebih-lebih lagi dengan kedatangan anak panda kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari China yang pernah menjadi daya tarikan orang ramai suatu ketika dahulu sehingga tidak menang tangan menerima kehadiran pengunjung.

Sumber: mom2ashley.com

Tetapi kini, Zoo Negara dilaporkan berada dalam keadaan ‘tenat’ dan memerlukan lebih ramai pengunjung untuk menampung kos operasi yang tinggi terutama bagi penjagaan harimau Malaya yang menelan belanja sebanyak RM500,000 setahun.

Situasi yang berlaku itu lantas mengundang rasa simpati netizen dan tidak kurang juga yang menyarankan pihak pengurusan untuk meneliti semula harga tiket yang dikatakan mahal dan menjadi punca utama kurangnya kehadiran pengunjung di situ.

 

Harga Tiket Terlalu Mahal, Jadi Punca?

Sumber: Zoo Negara

Bila bercakap mengenai harga tiket, memang sejak dahulu lagi isu ini dipertikai netizen yang mana mereka menyifatkan harga tiket berharga RM45 bagi yang dewasa terlalu mahal untuk dibelanjakan.

Itu belum lagi dengan harga makanan dan minuman yang dijual pada harga yang tidak berpatutan dan agak jauh berbeza dengan harga yang dijual di pasaran kini.

Apa-apa pun, jika difikirkan semula, bayaran masuk yang mahal ini ada kemungkinan juga disebabkan mereka mengalami masalah dari segi peruntukan sehingga terpaksa mengambil langkah sedemikian untuk meneruskan pengoperasian.

Bagi kita, harga tersebut mungkin kelihatan agak mahal namun percayalah ia masih tidak mencukupi untuk menampung belanja makanan dan rawatan kesihatan buat semua haiwan yang terdapat di situ.

 

Rakyat Malaysia Perlu Sama-Sama Bantu

Sumber: YouTube

Dalam hal ini mungkin ada yang merasakan peruntukan dari kerajaan serta harga bayaran tiket ketika ini sudah pun mencukupi untuk menjaga haiwan dan menambah baik fasiliti di zoo tersebut.

Tetapi, hakikatnya tidak. Zoo Negara kini hanya mampu bertahan dengan menerima bantuan kerajaan yang berbentuk ‘one-off’ itupun bagi tujuan penyelenggaraan dan pemeliharaan.

Dari segi makanan serta ubat-ubatan pula, pihak Zoo sendiri yang perlu menampungnya hasil kutipan wang yang diperoleh dari setiap pengunjung dan ihsan dari beberapa syarikat korporat yang menaja haiwan berkenaan.

Sekarang ini, memang diakui semua rakyat sedikit terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi, tetapi apa salahnya sekiranya kita sama-sama membantu dalam memulihara Zoo tersebut.

Sumber: New Straits Times

Pada masa yang sama, pihak pengurusan Zoo juga perlu mendengar setiap pandangan masyarakat yang mana ramai menaruh harapan kepada mereka supaya mempertimbang pengurangan harga tiket mengikut hari atau kadar kemasukan pengunjung khususya ketika musim cuti persekolahan dan cuti umum.

Dengan cara sebegitu, ianya mungkin boleh menarik lebih ramai pengunjung untuk berkunjung ke situ sekaligus membantu Zoo Negara yang kian tenat ketika ini..

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah harga tiket Zoo Negara yang dikatakan mahal ketika ini menjadi punca pengunjung ‘tawar hati’ untuk mengunjungi tempat tersebut?
43 votes · 43 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN