Sumber : Utusan

Rabu lepas, sebuah surau di Pandamaran, Klang mengejutkan warga sekitarnya dengan perjumpaan sebuah patung berhala yang ditinggalkan di laluan pintu utama surau tersebut oleh seorang yang tindak dikenali.

Mohd Yatim Bin Omar selaku ketua kampung tersebut membuat laporan polis sejurus selepas penemuan tersebut bagi menzahirkan rasa tidak puas hati mereka diatas tindakan yang tidak bertanggungjawab itu dan mencemarkan kesucian tempat beribadah bagi yang beragama Islam.

Tindakan meninggalkan patung berhala tersebut tidak dapat dipastikan tujuan dan niatnya, adakah untuk tujuan provokasi? Ini merupakan kes pertama patung berhala ditinggalkan di dalam surau dan rata-rata masyarakat beragama Islam berasa marah dan geram dan mempersoalkan apa motif individu tidak dikenali itu berbuat demikian.

Keamanan dan keharmonian yang sudah lama dibina oleh Bapa Kemerdekaan kita tidak wajar dicalarkan dengan tindakan-tindakan yang sensitif ini.

 

Bukan Semua Racist

Sumber : Badaman.blogspot

Tidak dinafikan bukan semua orang di Malaysia ini bersifat perkauman dan mementingkan diri sendiri. Jika dilihat dengan lebih mendalam dan teliti, perbezaan agama dan bangsa tidak menghalang seseorang individu untuk berkawan dengan yang lain. Ramai sahaja orang Cina dan India yang betul-betul hormat amalan agama orang Islam.

Malah di Malaysia, sambutan Hari Raya, Deepavali dan Sambutan Tahun Cina disambut bersama-sama dengan budaya saling menziarahi rakan-rakan yang berlainan agama. Dari segi penyediaan makanan, secara semulajadi setiap individu ini sudah mahir dan faham tentang rakan-rakan yang beragama lain. Contohnya, rendang daging tidak sesuai untuk masyarakat india dan masakan yang berasaskan khinzir tidak boleh dimakan oleh orang Islam.

 

Isu Perkauman Semakin Meningkat

Baru-baru ini memang banyak kes berkaitan agama dan kaum dibangkitkan. Contohnya kes tentang kes kematian Mohd Adib yang ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, kes seorang imam meracun anjing di kawasan perumahannya, penjual nasi lemak bukan muslim yang menjual lauk berasakan ‘khinzir’ dan isu pencahayaan sebuah projek perumahan di Pulau Pinang yang memaparkan lambang salib.

Sumber : Indahnyaislam.com

61 tahun negara kita telah mencapai kemerdekaan, adakah susah untuk setiap rakyat Malaysia untuk memahami amalan budaya dan agama orang lain? Provokasi yang sengaja dilakukan pastinya akan menjejaskan keamanan negara dan memberi imej yang buruk kepada orang luar.

 

Kelirukan Generasi Muda

Budaya tidak menghormati agama lain ini pastinya akan membuatkan generasi mudah keliru dengan provokasi-provokasi yang sengaja dilakukan. Bukankah mengekalkan keamanan negara adalah tugas setiap orang di negara ini? Contoh dan teladan yang baik patut diberikan kepada anak-anak kita kerana merekalah generasi mudah yang akan memimpin negara kita di masa hadapan.

Sumber : Beritamemey.blogspot

Mahukah anda melihat masa depan negara yang dipenuhi dengan kekecohan dan perbalahan antara kaum? Fikirkan.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah tindakan meninggalkan berhala di dalam surau tersebut merupakan agenda politik yang sengaja dibangkitakan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN