Tindakan penyanyi terkenal, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail bersama pelakon, Beto Kusyairy yang bersolek serta mengenakan pakaian wanita dilihat seakan-akan menyokong golongan transgender.

Gambar yang dimuat naik oleh Tomok di laman sosial Instagram milik beliau turut mengundang perbalahan dalam kalangan netizen yang menyifatkan penampilan beliau itu tidak wajar.

Sehingga ke hari ini, gambar yang dikongsi Tomok itu dilihat terus mencetuskan tanda tanya masyarakat dengan ada yang mengkritik penampilannya sebagai ‘Pondan Thailand’.

Tidak kurang juga, ada netizen menganggap penampilan tomok itu hanya sekadar suka-suka untuk menghiburkan hati peminat dan memuji penampilan tomok yang dikatakan cantik apabila cuba menjadi perempuan.

Bukan hanya netizen yang mempertikaikan penampilan Tomok, malah Pencetus Ummah, PU Amin turut sama menegur tindakan beliau itu.

 

Penampilan Hanya Gimik Pelancaran Lagu

Sumber: mStar

Apa yang dilakukan Tomok itu sebenarnya hanyalah gimik kepada pelancaran single terbaru beliau bersama dengan Beto Kusyairy yang berjudul Bekas Kekasih ciptaan Aizat Amdan.

Penampilan Tomok yang tampil manja berambut panjang mengurai disamping solekan ala-ala wanita itu menyebabkan netizen tidak senang duduk kerana terkejut melihat transformasi yang ditunjukkan oleh Tomok.

Dalam diam-diam, Tomok sebenarnya sudah merakam single muzik video terbarunya yang sudah disiapkan kira-kira sebulan lalu tetapi baru saat ini beliau membuat keputusan untuk berkongsi gambar tersebut.

Walaupun gambar yang dikongsikan Tomok itu mendapat pelbagai kecaman netizen termasuk juga PU Amin, Tomok bagaimanapun menjelaskan bahawa tindakannya itu perlu dibuat dan bukan sengaja diada-adakan kerana beliau mahu memaparkan isu realiti semasa yang sedang hangat berlaku di dalam negara.

 

Tindakan Tomok Dikritik PU Amin

Sumber: mStar

Penampilan yang dibawa Tomok itu turut dianggap sebagai tidak menghormati agama Islam yang melarang seorang lelaki untuk tampil dengan imej yang berlawanan jantina.

PU Amin berpendapat apa yang dilakukan Tomok itu tetap haram dari segi agama biarpun video muzik yang terkandung di dalamnya memberi mesej positif dan unsur dakwah.

Katanya, mengenakan pakaian wanita tetap haram seperti yang telah disebut berdasarkan hadis Ibnu Abbas RA.

Menerusi hadis tersebut, beliau berkata, Rasullah SAW melaknat lelaki yang meniru gaya perempuan dan turut sama melaknat perempuan yang meniru gaya lelaki.

Melihat kepada apa yang dilakukan Tomok itu, ada betulnya juga kerana ia tetap boleh mengundang dosa walaupun sekadar berniat untuk lakonan sahaja.

Apa yang dilakukan Tomok itu seharusnya perlu diberi perhatian memandangkan perbuatannya dikhuatiri boleh memberi kesan negatif kepada golongan tertentu untuk dijadikan sebagai ikutan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Walaupun video muzik yang terkandung di dalam video Tomok itu memberi mesej positif dan unsur dakwah, adakah wajar beliau menyerupai wanita yang sememangnya dilarang dalam hadis?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN