Heboh di media sosial apabila ikon belia dan juga Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman memuat naik gambar mandi ais di dalam sebuah tab mandi tanpa baju.

Selepas dikecam hebat oleh pengikut beliau di laman sosial, beliau akhirnya memadamkan gambar tersebut.

Rata-rata pengikut Syed Saddiq menganggap beliau tidak sepatutnya memuat naik gambar berkenaan kerana dianggap tidak sopan sebagai seorang menteri, tambahan pula beliau disanjungi warga belia.

Gambar itu dikongsi beliau dengan kapsyen β€œLepas score (jaringkan) golden goal (gol emas), terus kena rendam dalam ais.

“Good game (Permainan yang bagus).Β @dugongallstars. #HariSukanNegara.”

Jika ditanya kepada pemain bola sepak, ini adalah cara para pemain dalam proses pemulihan.

Mungkin yang ingin dikongsikan Syed Saddiq adalah tentang mandi ais selepas alami kecederaan selepas bermain bola sepak untuk proses pemulihan.

 

Media Tidak Sepatutnya Jadikan Isu

Bukan sahaja isu tidak berbaju itu dijadikan isu oleh para pengikutnya, malah media juga tidak terkecuali menjadikan tindakan Syed Saddiq itu sebagai isu yang perlu dikupas dan diperbesar-besarkan lagi.

Tugas media pastinya ingin mencari berita sensasi untuk melariskan beritanya.

Tetapi mereka sebagai media mencari sebab untuk diterjemahkan kepada rakyat, kenapa Syed Saddiq bertindak demikian? Apa perlu beliau sebagai menteri berbuat demikian?

Nampaknya, tindakan Syed Saddiq ini memakan dirinya sendiri. Yang akhirnya beliau sendiri pun tidak ada jawapan untuk itu. Sebagai menteri, mereka seharusnya perlu berhati-hati berkongsi gambar atau kenyataan.

Sumber: MStar

Bukan sekali Syed Saddiq ini mendapat perhatian, sebelum ini isu kenyataan media bertajuk “Berhubung isu pelepasan pemain skuad bola sepak Bawah 23 negara bagi temasya Sukan Asia 2018” yang dikeluarkan oleh Syed Saddiq menjadi bahan ejekan netizen di media sosial

Isu berkenaan tular selepas pengendali sebuah laman Facebook memuat naik kembali kenyataan media tersebut dan memberikan komen mengenai tatabahasa serta struktur ayat yang digunakan oleh ahli Parlimen Muar itu.

 

Syed Saddiq Tutup Isu dan Sekolah Media Pula?

Setelah dikecam hebat oleh pengguna media sosial berhubung isu dalam tab mandi itu, Syed Saddiq akhirnya memberi nasihat kepada wartawan supaya lebih waspada ketika membuat laporan.

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, sepatutnya media perlu mencari bahan yang lebih mustahak untuk membuat laporan yang lebih penting pada masa hadapan.

Katanya, media harus mengutamakan apa yang penting dahulu daripada melaporkan berita yang tidak sepatutnya.

Sumber: Twitter the Ugly Organ

Sebelum ini, Syed Saddiq juga mengundang kecaman netizen apabila meminta wartawan supaya merujuk kenyataan yang sudah diberikan di laman Twitter apabila diajukan soalan mengenai peletakan jawatan bekas pegawai akhbarnya, Numan Afifi Saadan.

Berlaku percanggahan pula, kalau dulu suruh media melaporkan berita atau laporan berdasarkan rujukannya di media sosial, sekarang marah pula.

Diharapkan Syed Saddiq lebih bertanggungjawab sebagai menteri dan jangan flip-flop kenyataan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN