Tular di laman sosial yang memaparkan beberapa keping gambar bungkusan Pos Laju berlabel ‘kasut bola’ namun didapati mengandungi ular hidup.

Bungkusan itu dialamatkan ke sebuah blok kediaman di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Sumber: mStar

Berdasarkan ‘tracking number’ atau nombor penjejak yang disemak melalui laman sesawang Pos Laju, bungkusan itu tiba di Bayan Lepas, Pulau Pinang sebelum dihantar semula ke Sungai Buluh kerana didapati melanggar peraturan yang dibenarkan.

Jurucakap Pos Malaysia berkata, tindakan itu berisiko dan mengancam keselamatan petugas Pos Malaysia serta orang awam selain menjejaskan operasi syarikat.

Tindakan seorang individu tidak bertanggungjawab menghantar seekor ular sawa batik yang dimuatkan di dalam kotak menggunakan perkhidmatan Pos Laju syarikat itu merupakan perbuatan zalim dan merbahaya.

Sumber: The Star

Pos Malaysia menegaskan bahawa perbuatan mengirim bungkusan yang mengandungi haiwan, termasuklah serangga, telur, larva, burung dan gading, adalah dilarang sama sekali.

Untuk makluman pengguna, penghantaran sebarang barangan larangan sekiranya diketahui kakitangan kami, akan ditolak penerimaannya atau jika dikesan dalam perjalanan, akan ditahan.

Menurutnya, jika berlaku kes sedemikian, barangan itu akan diuruskan dalam apa saja cara yang difikirkan wajar oleh Pos Malaysia dan dalam sesetengah kes, pengirim boleh didakwa di mahkamah.

 

Mengundang Kemarahan Orang Ramai dan Juga Pencinta Haiwan

Sumber: Facebook

Selepas tular insiden berkenaan, orang ramai meluahkan pelbagai reaksi yang menganggap tindakan tersebut menganiayai hidupan liar itu dan tidak sewajarnya binatang yang masih hidup dibungkus dalam kotak dan dibalut rapat.

Kaedah perdagangan haiwan begini dilihat menganiaya dan zalim terhadap haiwan dan sekaligus mengundang kematian akibat daripada stress, panas dan lemas. Ianya dilakukan semata-mata untuk meraih keuntungan banyak dan segera.

Pedagang haiwan liar sekarang semakin berani dan menggila. Bagaimana jika ular itu adalah ular yang lebih berbisa? Bagaimana keselamatan pekerja Pos Malaysia?

Jika berlaku kematian akibat dipatuk, disengat oleh haiwan berbisa, siapa yang akan bertanggungjawab? Mereka mahu pengirim dan penerima ini dikenakan hukuman yang setimpal mengikut akta undang-undang sedia ada.

 

Alamat Pengirim Ular Tidak Wujud, Palsu

Polis mengesahkan alamat pengirimular sawa yang dikirim ke Pulau Pinang menggunakan perkhidmatan Pos Laju tidak wujud dan palsu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, semakan telah dilakukan pihaknya terhadap alamat yang tertera di borang pengiriman iaitu di Taman Gopeng Baru

Ini kerana katanya, , Taman Gopeng Baru di Gopeng manakala Jalan Gopeng pula berada di Kampar dan ternyata ianya adalah palsu.

Walaubagaimanapun, beberapa wartawan telah menghubungi penerima bungkusan itu namun beliau enggan memberikan sebarang komen.

Barangan utama lain dilarang dihantar melalui pos:

Bukan hanya haiwan sahaja yang dilarang dihantar melalui pos, ini antara barangan lain turut dilarang :

Sumber: utm.my

 

• Bahan letupan, mudah terbakar, bersifat najis, memudaratkan atau apa-apa bahan yang membahayakan dan barangan yang tajam serta tidak dilindungi.

•  Senjata dan komponen yang berkaitan.

 

Sumber: Finder.com

• Syiling dan mata wang, sekuriti-sekuriti termasuk jenis dibayar kepada pembawa, nota-nota bank atau matawang asing.

• Bahan-bahan radioaktif sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau bergas.

• Corak komunikasi melampau dan tidak bermoral termasuk cetakan gambar-gambar, buku-buku mahupun apa jua bahan, seni rekaan atau pada tanda-tanda pembungkus yang berunsur tidak senonoh, kesat atau lucah.

 

Tindakan Undang-undang Jika Aniayai Binatang

Sejak kebelakangan ini banyak cerita mengenai haiwan yang dianiaya, dizalimi dan dibunuh.

Sumber: Wartainfo.com

Di negara ini, sudah ada kucing yang dipotong tangannya kerana mencuri, diberi makan racun, pijak sehingga mati, diikat sehingga bengkak kakinya, anjing pula dipanah dan banyak lagi yang mungkin kita tidak tahu kerana tidak dipaparkan dalam media.

Negara Malaysia mempunyai undang-undang yang khusus untuk melindungi haiwan. Pelaku yang mendera atau membunuh haiwan, jika dilaporkan kepada pihak berkuasa dan cukup buktinya tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 44 (1) (d) Akta Binatang 1953.

Dan perbuatan menzalimi haiwan apabila disabitkan oleh Mahkamah akan dikenakan denda RM50,000 atau penjara untuk tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala, di bawah subseksyen 44(3) Akta yang sama, perlakuan atau peninggalan apa-apa perbuatan dalam proses mematikan, atau persediaan untuk mematikan, mana-mana haiwan sebagai makanan untuk manusia adalah TIDAK TERPAKAI bagi kesalahan kezaliman melainkan tindakan mematikan tersebut atau persediaan berkenaan disertakan dengan penderitaan yang tidak berpatutan.

Sumber: Berita Harian

Awal Februari tahun ini, dua lelaki warga emas, masing-masing dipenjara tujuh hari dan denda RM7,800 oleh Mahkamah Majistret kerana mendera seekor anjing di Kampar dua tahun lalu.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan secara sengaja menyeret seekor anjing menggunakan rantai besi dengan menunggang motosikal dalam jarak 2.3 kilometer di Jalan Batu Sinar, Bandar Baru Kampar, Kampar, jam 11 pagi pada 11 November 2016.

Perbuatan mereka menyebabkan haiwan berkenaan mengalami kesakitan dan penderitaan yang tidak sepatutnya.

Jun tahun ini juga seorang lelaki didenda RM2,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana membaling kasut ke atas seekor kucing jalanan di lobi lif kondominium.

Mengikut fakta kes, seorang penghuni kondominium itu menerima satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kezaliman terhadap binatang iaitu yang menunjukkan lelaki itu membaling kasutnya kepada kucing itu.

Dalam video itu jelas menunjukkan kucing tersebut dalam ketakutan apabila cuba melarikan diri daripada lelaki itu yang mengejarnya dan beberapa kali membaling kasut ke arah kucing tersebut lalu pengadu membuat laporan polis.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, wajarkah tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang mengirim binatang hidup ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN