Dunia dikejutkan dengan kejadian yang tidak berperikemanusiaan di mana masyarakat Islam di New Zealand telah ditembak secara rambang ketika menunaikan solat jumaat yang lalu. 

sumber: Awani

Kejadian tembakan di dua buah masjid di bandar raya Christchurch itu mengakibatkan ramai yang tercedera dan mangsa yang terbunuh dikatakan telah mencecah seramai 50 orang.

Rentetan daripada kejadian itu, remaja yang berumur 17 tahun telah mencuri perhatian masyarakat dunia dengan tindakan beraninya memecahkan telur di kepala seorang senator Australia kerana memberi kenyataan yang berbaur rasis.

 

Tindakan Berani ‘Egg Boy’

Tular video seorang remaja lelaki iaitu Will Connoly yang berusia 17 tahun bertindak memecahkan telur di kepala Senator Australia, Fraser Anning ketika melakukan sidang media. 

sumber: twitter dodgeOntherun

Hal ini kerana, tindakan Fraser itu yang mencetuskan kemarahan selepas mengaitkan serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand dengan penghijrahan pendatang Islam ke negara itu dalam kenyataan medianya. 

sumber: twitter piersmorgan

Fraser yang terkejut dengan keadaan yang berlaku, kemudiannya menampar muka Will dan beberapa pengawal bertindak menangkapnya dalam keadaan tertiarap. 

sumber: harian metro

 

Desak Senator Letak Jawatan

Oleh kerena ‘keceluparan’ dalam memberi kenyataan, telah wujud petisyen yang mendesak Senator Queenslanda, Senator Fraser Anning untuk meletak jawatan dan kini telah mencecah satu juta lebih tandatangan. 

sumber: www.change.org

Petisyen tersebut dalam talian di laman web change.org telah diwujudkan bagi mendesar Senator Fraser meletakkan jawatannya.

Berikutan dengan kejadian itu, masyarakat di seluruh dunia mengutuk kenyataan senator yang agak sensitif dan bersifat rasis serta dalam petisyen tersebut juga menyatakan, desakan netizen Australia agar Fraser disiasat kerana kenyataannya yang lebih memihak keganasan sayap kanan.

 

Reaksi Masyarakat Dunia

Keberanian Will Connoly telah mendapat perhatian masyarakat dunia serta pelbagai pujian telah dilemparkan kepadanya dan ramai yang menyokong tindakannya itu.

Ada juga antara mereka menawarkan pelbagai ganjaran kepadanya antaranya ingin menjadikannya menantu, mahu berikan sebuah kereta Ferrari dan ingin menjemput dan menaja Will ke Turki dan bermacam-macam lagi.

Manakala di Melbourne pula, menerusi laman twitter milik Workmanalice, menunjukkan terdapat lukisan grafiti lukisan ‘Eggboy’ dan Fraser. 

sumber: twitter workmanalice

Atas keprihatinan masyarakat antarabangsa terhadap Will meningkat sehingga terdapat usaha untuk mencari dana bagi membantu membiayai yuran guamannya.

 

Lukisan ‘Troll’ Fraser

Berikut merupakan antara lukisan-lukisan yang menggambarkan kejadian yang berlaku:

sumber: twitter helviusi
sumber: twitter irham_muchamad
sumber: twitter MeharAli2207

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajar atau tidak tindakan membaling atau memecahkan telur kepada ahli politik atau orang ternama?
76 votes · 76 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN