Sejak syarikat penerbangan Rayani Air menghentikan operasinya pada 8 April 2016, syarikat itu didapati masih belum menyelesaikan tunggakan bayaran gaji terhadap bekas pekerjanya.

Sumber: Sinar Harian

Namun semalam, ratusan pekerjanya dikejutkan dengan ‘duit raya’ yang bakal diterima daripada syarikat tersebut selepas tiga tahun menunggu.

Pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran memberitahu bahawa pihaknya akan cuba menyelesaikan bayaran tersebut secepat mungkin sebelum Aidilfitri dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1 juta.

Manakala, bayaran balik tambang kepada pelanggan pula akan diumum melalui Facebook Rayani Air mulai pertengahan Jun ini.

 

Info Mengenai Rayani Air

Rayani Air adalah satu-satunya syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia yang berjaya memulakan operasi pada Disember 2015.

Sumber: The Independent

Apa yang menariknya, syarikat ini sama sekali mematuhi pematuhan Syariah yang mana hanya makanan dan minuman halal sahaja disaji.

Bukan itu sahaja, anak kapal mereka juga mengenakan hijab selain mempraktikkan bacaan doa sebelum pelepasan pesawat.

Pada awal pengoperasiannya, syarikat Rayani Air telah memulakan penerbangan di laluan KLIA2-Kota Bharu dan KLIA2-Langkawi menggunakan pesawat Boeing 737-400.

 

Isu Yang Terpalit

Sumber: mStar

Namun pada 9 April 2016, pemilik syarikat tersebut membuat pengumuman untuk menggantung operasinya berkuat kuasa serta-merta disebabkan tindakan mogok sekumpulan juruterbangnya.

Lebih menghampakan, Jun 2016, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pula membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dan Sijil Operator Udara (AOC) Rayani Air selepas membuat siasatan menyeluruh terhadap pentadbiran dan audit syarikat, selain didapati melanggar syarat ASL serta mempunyai kedudukan kewangan lemah.

Jadi, tidak hairanlah sehingga ke hari ini syarikat tersebut masih bertungkus lumus menyelesaikan bayaran tunggakan gaji terhadap bekas pekerjanya dalam masa terdekat ini.

 

Ketahui Hak Sebagai Pekerja

Sumber: iluminasi.com

Sebagai pekerja, setiap dari kita pasti dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 di bawah Seksyen 19 Akta 265, yang mana seorang majikan itu perlu membayar gaji pekerjanya selewat-lewatnya pada hari ketujuh bulan berikutnya.

Sekiranya pihak majikan gagal berbuat demikian, majikan tersebut sama sekali telah menyalahi undang-undang dan pekerja berhak menuntut gaji mereka.

Dalam hal seperti ini, sekiranya majikan masih gagal berbuat demikian, pekerja boleh melaporkan perkara ini kepada Jabatan Tenaga Kerja atau sekiranya gaji mereka melebihi RM5,000, mereka boleh menuntut gaji tersebut di mahkamah.

Dan sekiranya masih lagi gagal, maka tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap syarikat tersebut yang mana pekerja diberi keizinan oleh mahkamah untuk menjual aset syarikat tersebut demi menuntut gaji yang dihutang setelah Writ of Seizure and Sale (WSS) dikeluarkan.

Jadi, sebagai majikan, anda perlu ingat bahawa kehidupan pekerja bergantung kepada anda.

Kerana itu, anda mempunyai tanggungjawab untuk memastikan gaji mereka dibayar tepat pada masanya.

Sumber: Lowyat Forum

Dalam hal ini, syarikat Rayani Air ini bukan calang-calang syarikat biasa yang dahulunya terkenal sebagai satu-satunya syarikat penerbangan yang mematuhi Syariah.

Atas sebab itu, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk melunaskan segala hutang yang tertunggak walau apa jua cara sekalipun.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah tindakan undang-undang dikenakan terhadap syarikat Rayani Air kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk membayar semula tunggakan gaji bekas pekerjanya itu?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN