Tular baru-baru ini sebuah video yang memaparkan tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bersalaman dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Video berdurasi 1 minit 37 saat dalam suatu majlis penghormatan terakhir kepada almarhum Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah memaparkan Mukhriz hanya mengangkat sembah kepada Sultan Johor sebagai tanda hormat tanpa bersalam.

Walau bagaimanapun, dalam baris yang sama Mukhriz bersalaman dengan tetamu kehormat diraja yang lain termasuk raja-raja. Tindakan ini sudah pastinya menimbulkan kecurigaan di kalangan rakyat memandangkan bersalam merupakan suatu adab yang diamalkan oleh rakyat Malaysia sebagai tanda hormat kepada seseorang individu.

Konflik Dua Keluarga Semakin Hangat

Dengan tercetusnya video tersebut, konflik antara istana Johor dan keluarga Mahathir kembali hangat. Ini kerana, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi video yang disiarkan di Twitter Friends of Johor. Malah, TMJ turut berkongsi gambar baginda dan ayahandanya sedang bersalaman dengan Mahathir.

Sebelum ini, konflik antara Mahathir dan istana Johor bermula dengan isu Taman Negara Pulau Kukup. Kemelut antara keduanya dihangatkan kembali dengan perletakkan jawatan Datuk Sapian Osman sebagai Menteri Besar Johor yang tidak disukai sultan.

Sumber: Malaysiakini

Kemelut antara TMJ dan Mahathir memuncakkan perbalahan dengan istana Johor ekoran Mahathir menggelar TMJ sebagai ‘budak bodoh’ yang tidak tahu apa-apa kerana masuk campur hal ehwal politik dan pentadbiran.

Sembah Dan Salam Mana Yang Utama

Pun begitu, berdasarkan adab antara rakyat dengan raja secara umumnya tidak mewajibkan rakyat bersalaman dengan raja kerana darjat yang berbeza. Perkara utama yang perlu dilakukan oleh rakyat ialah mengangkat sembah kepada raja sebagai tanda hormat. Adapun sekiranya raja menghulurkan tangan terlebih dahulu, maka salam tersebut wajib disambut oleh rakyat.

Sumber: Malaysiakini

Berdasarkan isu ini, Mukhriz dilihat hanya mengangkat sembah kepada Sultan Johor sebagai tanda hormat. Dalam masa yang sama Sultan Johor tidak menghulurkan tangan sebagai tanda salam. Maka, tidaklah menjadi kesalahan untuk beliau tidak bersalaman dengan Sultan Johor.

Mukhriz Tetap Tidak Menghormati Raja

Dalam konteks zaman moden hari ini, bersalam merupakan budaya kebiasaan yang dilakukan oleh setiap individu terhadap sesiapa termasuk raja. Ia merupakan sebahagian lambang hormat kepada individu.

Malah sekiranya tidak bersalaman lebih-lebih lagi dalam sesuatu majlis rasmi, seseorang itu akan dipandang secara negatif. Sebagai rakyat percaya Mukhriz menyedari perkara asas seperti ini.

Apa yang menjadi kemusykilan ialah tindakan Mukhriz yang nampak tergesa-gesa mengelak dari bertembung dengan TMJ dan Sultan Johor, tetapi segera bersalaman dengan pihak lain. Jelas, ada konflik yang tidak selesai antara keluarga Mahathir dan kerabat istana Johor.

Pemuda UMNO Tuntut Mukhriz Mohon Maaf

Di sebalik kemelut yang semakin menghangat, isu ini dimanfaatkan sebaik mungkin oleh seteru politik Pakatan Harapan. Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah menuntut Mukhriz memohon maaf kepada Sultan Johor dengan kadar segera. Malah, beliau menyifatkan sikap yang ditonjolkan oleh Mukhriz sebagai tidak berakhlak dan bersifat kebudak-budakan.

Sumber: Royal Press Office

Sekiranya berlaku konflik keluarga antara Mahathir dan istana Johor sekalipun, Mukhriz perlu menunjukkan sikap profesionalisme beliau selaku pemimpin. Perkara ini boleh dilihat melalui Mahathir yang tidak mempunyai masalah untuk bersalaman dengan Sultan Johor dan TMJ dalam majlis yang sama.

Walau bagaimanapun, satu permohonan maaf sudah dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar Kedah ke atas Sultan Johor bagi meredakan keadaan.

Sumber: Mukhriz Mahathir FC

KATA ORANG

KATA ANDA

Situasi manakah yang perlu dilakukan untuk menghormati sultan?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN