Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akhirnya telah mengambil maklum dan memandang serius mengenai dakwaan layanan jururawat di sebuah hospitalnya seperti yang disebarkan melalui media sosial, baru-baru ini.
Ia susulan dakwaan seorang pelakon, Linda Rafar berkaitan layanan yang diberikan jururawat di sebuah wad Hospital Shah Alam, Selangor (HSAS) terhadap ibunya.
Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Khalid Ibrahim berkata, HSAS sudah mengadakan perjumpaan dengan pengadu dan seorang lagi ahli keluarganya secara tertutup pada jam 10.30 pagi pada 29 Disember 2018.
Katanya, ia turut disertai wakil pengurusan tertinggi hospital, wad dan pakar perubatan yang terbabit.
Terdahulu, menerusi Instagram Story, Linda meluahkan rasa kesal dengan sikap jururawat yang didakwa biadap dan kurang ajar. Dia mendakwa hanya meminta ditukarkan cadar di katil ibunya yang terkena najis namun tidak diendahkan.
Jururawat Bukan Robot
Rata-rata netizen kesal dengan tindakan Linda yang dianggap tidak wajar menularkan isu yang remeh temeh. Sedangkan perlu ada kerjasama antara Linda dan jururawat terlibat untuk menukar cadar ibunya yang dirawat di hospital berkenaan.
Ramai yang marah dengan tindakan Linda seolah-olah ‘demand’ untuk menuruti setiap permintaannya, sedangkan beratus-ratus pesakit jururawat kena jaga dan pantau setiap masa.
Tugas jururawat banyak dan berat. Mereka menjaga perawatan, memantau keadaan, mengurus keperluan ubatan, memberi sokongan moral kepada pesakit dan pelbagai tugasan lain.
Bidang kerjaya ini amat kritikal kerana berkait rapat dengan nyawa seseorang. Hakikatnya, keadaan menjadi semakin mencabar apabila seorang jururawat terpaksa mengendali jumlah pesakit yang ramai
Jururawat bukan robot untuk disuruh lakukan itu dan ini. Mereka juga kadang-kadang tiada masa untuk berehat seketika apatah lagi makan ikut masa.
Ada yang bekerja dari jam 7 malam sampai 8 pagi esoknya. Mereka tidak henti lakukan kerja termasuk kerja pekeranian seperti masukkan data pesakit. Itu baru pesakit luar, belum lagi pesakit di zon merah yang sakit parah dan sebagainya.
Mereka bukannya berjalan lenggang lenggok jumpa pesakit, kena berlari sana sini. Ada jururawat yang mengandung pun sangat aktif berlari sana sini kerana tuntutan kerja dan amanah yang telah diberikan ketika menerima tugas sebagai jururawat.
Diharap Linda lebih memahami dan jika ada yang biadap mungkin mereka terlalu letih hendak melayan hal yang remeh temeh itu. Perlu ada toleransi antara samu sama lain.
Jururawat Banyak Yang Biadap, Kurang Ajar
Tetapi sebaliknya ada yang mengatakan jururawat banyak yang biadap dan kurang ajar terhadap pesakit, malah tidak mengendahkan pesakit yang terlantar.
Ini berdasarkan pengalaman netizen sendiri yang terkena dengan tindakan jururawat ini.
Ramai sebenarnya orang yang teraniayai dan tidak bersuara dengan tindakan juruawat yang biadap ini. Mereka malas mahu buat aduan kerana tahu tiada tindakan susulan akan dibuat.
Tetapi apabila Linda bersuara, pihak KKM telah mengambil maklum isu ini dan akan membawa perkara ini dengan serius.
Ini juga satu pengajaran buat jururawat yang biadap. Bukan semua yang berkelakuan begitu, hanya segelintir sahaja. Umpama nila setitik rosak susu sebelangga.
DON Mahu Saman Malu Linda Rafar Kerana Didakwa Fitnah Jururawat
Badan bukan kerajaan (NGO) Delegation of Nurses (DON) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap selebriti wanita berkenaan.
Menerusi sebuah posting yang dimuat naik oleh DON pada petang Sabtu lalu pihaknya telah melancarkan kutipan derma untuk menegakkan keadilan bagi jururawat yang terlibat agar insiden seperti itu tidak berulang pada masa akan datang.
NGO tersebut mendakwa Linda telah memfitnah jururawat tanpa sebarang bukti kukuh.
Jelas kenyataan tersebut, tindakan undang-undang yang bakal diambil tidak berkaitan dengan kes cadar seperti yang ditularkan oleh Linda, tetapi ia berhubung kes buli siber yang dialami oleh jururawat itu.
Tambah DON, pihak peguam yang dilantik oleh mereka juga sudah bersetuju untuk membuka fail saman terhadap artis wanita berkenaan.
Doktor Tegur Linda
Seorang doktor yang dikenali sebagai Doktor Ninie telah membuat satu kenyataan teguran kepada Linda mengenai isu yang ditularkannya itu.
Kata Doktor berkenaan, tiindakan Linda itu tidak wajar kerana ada prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak KKM untuk sesiapa membuat aduan jika tidak berpuas hati dengan tingkah laku pegawai KKM.
Katanya lagi, jururawat bukan askar untuk dilatih berdiri dan memberi tabik hormat, mereka nak ambil cuti kecemasan pun tidak boleh.
Doktor itu juga mahu Linda lebih bersikap positif dan memahami tugas yang dijalankan oleh jururawat, bukan niat untuk tidak memenuhi permintaan Linda, mungkin terlampau banyak benda jururawat itu perlu lakukan.
Kekurangan Jururawat Jejas Kualiti Perkhidmatan
Faktor kekurangan tenaga dalam bidang kejururawatan turut menjadi punca utama jururawat di hospital kerajaan mahupun swasta terpaksa berhadapan dengan tugasan mencabar.
Masalah ini seharusnya ditangani segera kerana memberi kesan terhadap kualiti perkhidmatan kejururawatan di sesebuah hospital.
Masalah kekurangan jururawat berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya yang perlu diberi perhatian adalah bayaran gaji minimum bagi jururawat tempatan yang jauh lebih rendah berbanding di negara-negara lain.
Setiap perkongsian yang berniat memburuk-burukkan jururawat hanya kerana rasa tidak puas hati sedikit sebanyak menjatuhkan motivasi mereka.
Salah Ambil Gambar Dan Video Dalam Hospital
Dalam sudut lain pula, rata-rata mengingatkan Linda bahawa mengambil sebarang gambar atau video di dalam premis hospital adalah salah disisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.
Pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor juga ingin mengingatkan masyarakat bahawa mengambil gambar atau video tanpa kebenaran di premis KKM adalah dilarang sama sekali.
Begitu juga dengan kekerasan terhadap anggota kesihatan, sama ada kekerasan fizikal, lisan ataupun bertulis (termasuk di media sosial), iaitu selaras dengan Garis Panduan Mencegah dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota di Fasiliti KKM.
Ini terutama memandangkan terdapat pelbagai saluran aduan yang boleh dibuat secara rasmi, dan ia akan diteliti dengan sewajarnya.
KATA ORANG
I dont understand lah this artis sendu Linda Rafar punya issue. You came to the government hospital & pay about RM1 then you expect 5 star service?
— Matthew (@the50d) December 29, 2018
Then you viralkan pasal staff nurse pulak. Profession kesihatan lain dibwh bumbung yg sama pun gelakkan ur silly act Linda.
Well, nurses aren’t maids nor slaves. She needs to respect them and perhaps help around a little more. Main phone je buat apa kan haha.
— Jeb Najeeb (@jebnajeeb) December 28, 2018
Linda rafar memang patut spill the tea pasal nurse gov. Huhuhuhu she did a good job!
— lil rosé (@NsyazwaniS_) December 29, 2018
There's a part of the convo that was not shown. Hence, the manipulation and assumption. But Linda Rafar really have to limit what shes showing on instagram.
— Naieys (@naieysss) December 29, 2018