Selepas Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengumumkan persaraannya, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan bahawa Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Pengarah Jabatan Cawangan Khas Bukit Aman, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador sah dilantik sebagai Ketua Polis Negara menerusi satu kenyataan media yang telah dibuat.

 

Dalam kenyataan tersebut, perlantikan Dato’ Seri Abdul Hamid telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis. 

sumber: the coverage

Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak  selepas bersara bagi tempoh dua tahun yang berkuat kuasa dari 4 mei 2019 hingga 3 mei 2021.

 

KPN Pilihan Tun M Kurang Disenangi

Setelah Perdana Menteri mengesahkan bahawa Dato’ Seri Hamid Bador akan memegang jawatan itu, ramai pihak kelihatan tidak berapa senang dengan tindakan Perdana Menteri melantiknya.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, perlantikan Dato’ Seri Hamid Bador sebagai KPN yang baharu perlu dihormati semua jika ia diputuskan sendiri oleh Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. 

sumber: malay mail

Tambahnya lagi, Perdana Menteri juga mempunyai kuasa memilih sesiapa sahaja untuk menggalas tugas sebagai orang nombor satu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pihak yang tidak menyenangi pilihan itu kemungkinan bimbang dengan ketegasan Dato’ Seri Hamid Bador yang berupaya ‘membersihkan’ integriti pasukan berkenaan dan isu status kontrak bukanlah perkara besar.

Katanya lagi, sebelum ini tidak pernah timbul isu apabila seseorang yang dilantik sebagai KPN berstatus kontrak kerana jawatan berkenaan mestilah disandang kalangan PDRM sendiri serta disokong oleh Menteri Dalam Negeri dan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

Harapan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, pucuk pimpinan yang sedia ada mesti akur dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan dan semua yang berada di bawah pimpinan KPN yang baru untuk memberikan sokongan padu seperti sokongan yang diberikan kepadanya demi kepentingan pasukan dan juga negara katanya.

 

 

Hamid Bador Dan 1MDB

Hampir empat dekad berkhidmat di PDRM, beliau menjadi perhatian pada tahun 2015 apabila membuat dakwaan ada pihak tertentu yang menyembunyikan saksi utama kes 1MDB serta mendesak siasatan dibuat secara telus.

Kemudian, beliau dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri bersama pada ketika itu Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin. 

sumber: the star

Selepas beberapa minggu Pakatan Harapan membentuk kerajaan, beliau kembali semula ke PDRM dan dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas PDRM sebelum dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Noor Rashid yang bersara pada 15 Mac 2019 yang lalu.

 

Mungkinkah Kes 1MDB Akan Selesai?

Menerusi pemilik Facebook yang bernama Adrian Lim Chee En, telah membuat perkongsian berkenaan KPN yang baharu beserta kisah yang dilalui olehnya.

Menurutnya, kuasa-kuasa halimunan ketika zaman pemerintahan Dato Seri Najib Razak,  telah mengarah Datuk Seri Hamid untuk meminta Tun Mahathir menghentikan serangan secara terbuka terhadap Perdana Menteri pada ketika itu.

Bukan itu sahaja, beliau juga turut dipaksa untuk mmbuat fitnah terhadap Tun Mahathir dengan menuduh kononya Tun bersengkongkol untuk memalsukan dokumen-dokumen 1MDB tetapi Dato Seri Hamid menolak arahan-arahan tersebut.

Di akhir postnya itu, dia memberitahu negara ini memerlukan pemimpin dan penjawat awam yang jujur, amanah dan berintegriti di peringkat tertinggi.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah Ketua Polis Negara yang baharu ini mampu meningkatkan integriti dalam pasukan PDRM?
21 votes · 21 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN