Tidak dinafikan, setiap graduan mengimpikan peluang pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian dan ingin memenuhi permintaan ibu bapa yang mahukan mereka memiliki pekerjaan yang lebih menjamin masa hadapan.

sumber: the spruce

Melihat kepada peluang untuk melanjutkan pelajaran di menara gading pada hari ini, ia bukan lagi satu jaminan untuk mengubah nasib diri dan juga keluarga dengan harapan memperolehi pekerjaan yang diidamkan.

Kini ramai graduan yang terpaksa membuat pelbagai kerja sampingan untuk menanggung diri dan juga keluarga sementara menunggu mendapat tawaran kerja yang tetap atau lebih menjamin masa depan mereka.

 

Stigma Memilih Kerja Tidak Benar

Sejak dari dahulu lagi kita sudah ditanamkan di dalam pemikiran di mana masalah pengangguran dalam kalangan graduan adalah disebabkan oleh sikap graduan yang suka memilih kerja dan juga pemalas.

sumber: wanista

Memetik sumber daripada bharian.com, Pengarah Perkhidmatan Pekerjaan, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia, Mustaffa Kamal Bawaihi mengatakan graduan bukanlah pemalas atau terlalu memilih kerja, tetapi banyak perkara yang perlu mereka fikirkan sebelum menerima tawaran.

Bagi graduan luar bandar yang majoritinya daripada keluarga berpendapatan sederhana dan juga miskin, tiada guna jika mereka bekerja di kawasan bandar dengan tawaran gaji yang tidak seberapa tetapi gagal membantu keluarga.

Sebab itulah ramai yang sanggup bekerja di luar bidang pengajian mereka walaupun mendapat gaji yang tidak seberapa tetapi mereka tidak dibebani kos sara hidup yang tinggi berbanding berada di bandar.

 

Sikap Suka Merendahkan Orang Lain

Sikap masyarakat kita yang suka memandang rendah kepada mereka yang bekerja ‘biasa-biasa’ dan menganggap mereka ini tidak berpendidikan tinggi seharusnya perlu diubah.

Cabaran untuk mendapatkan pekerjaan setaraf dengan sijil yang dimiliki, menjadikan ramai graduan mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang ‘biasa-biasa’ ini.

sumber: vulcan post

Tidak hairanlah jika mereka yang menyarung uniform syarikat penghantar makanan atau bekerja di kilang, memiliki segulung ijazah dan mungkin memiliki keputusan yang amat cemerlang dalam bidang pengajian mereka.

Sebagai seorang insan yang berilmu dan memiliki kehidupan yang agak baik, tidak sepatutnya menjadikannya sebagai lessen untuk memaki hamun dan memandang rendah kepada mereka yang bekerja di bidang bawahan atau ‘biasa-biasa’ ini kerana belum rezeki mereka untuk mendapat pekerjaan yang diimpikan.

 

Tidak Perlu Malu Jika Kerja Luar Bidang

Menghabiskan masa selama tiga hingga empat tahun demi menggenggam segulung ijazah berakhir dengan tidak mempunyai kerja dan juga terpaksa membuat kerja yang ‘biasa-biasa’ sahaja sememangnya amat memeritkan.

Sebaliknya tidak perlu ada rasa malu untuk melakukan pekerjaan yang diluar bidang dan gaji yang diterima mungkin tidak setimpal dengan bidang yang dipelajari semasa di universiti kerana sekurang-kurangnya anda mempunyai pekerjaan berbanding mereka yang rela menganggur untuk menunggu kerja yang diidamkannya.

Sekurang-kurangnya dengan kerja ‘biasa-biasa’ yang dilakukan ini halal disamping mampu mengumpul pengalaman hidup dan menjadikan diri lebih kuat dalam menhadapi cabaran dalam dunia pekerjaan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN