Sumber: Hello Sehat

Baru-baru, tular di laman instagram dan facebook tentang luahan hati Hanis Zalikha, pengasas jenama tudung Cakenis tentang alahan teruk yang dialaminya ketika sedang hamil putera sulung beliau iaitu Yusuf Iskandar.

Luahan tersebut mendapat perhatian yang tinggi apabila Hanis turut menceritakan tentang pengalaman beliau ditemplak oleh seorang pelanggan di salah sebuah kedai makan di ibu kota.

Kehamilan merupakan proses dimana tahap kesihatan ibu dan janin haruslah berada di tahap yang terbaik agar kedua-dua pihak melalui proses tersebut dengan lancar. Terdapat pelbagai jenis masalah ataupun komplikasi yang sering dikaitkan dengan kehamilan seperti tekanan darah rendah, kencing manis, dan hipertensi.

Namun yang sering didengari dan diperkatakan adalah alahan dan mual yang hampir semua ibu hamil akan lalui samada pada awal kehamilan, dihujung kehamilan atau sepanjang kehamilan.

Seluruh industri hiburan di Malaysia dikejutkan dengan gambar yang dimuat naik oleh Hairul Azreen suami kepada pelakon,pengacara dan usahawanita berjaya Hanis Zalikha bahawa isterinya sedang hamil anak mereka yang kedua semasa sedang menikmati percutian bersama keluarga Hanis di Tokyo, Japan.

 

Alahan Mengandung

Hanis dikatakan mengalami alahan yang agak teruk untuk kehamilan kali kedua ini. Dalam melalui trimester yang kedua, Hanis turut berkongsi pengalamannya sewaktu mengandungkan Yusuf Iskandar. Pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila mengalamai alahan dan kemualan yang teruk.

Sumber: IG Hanis Zalikha

“ I am in my second trimester. Perut dah besar. Tapi masih loya teruk. Tadi baru lepas muntah pagi dan tiba-tiba teringat satu kejadian waktu mengandungkan Yusuf dulu. Ada satu pagi tu, kitorang on the way pergi office, dan setiap kali pergi office kami akan singgah satu cafe ni untuk sarapan sebelum masuk kerja. Jadi kami pun order makanan yang biasa kami makan dan mula bersarapan. Dah nak selesai macam tu Hanis mula loya balik. Ya Allah cuba tahan taknak muntah (sebab sayang makanan & taknak lemah satu badan lepas muntah), tahan punya tahan tapi lari jugak ke tandas cafe tu. Dan buwekkkkk keluar segala isi perut. Sambil air mata mengalir. Dalam 5minit berbuwek buwek, selesai episod duka lara dalam tandas, terus cuci mulut, betulkan tudung dan keluar buat macam biasa. Pastu duduk dan tunggu suami habis makan. Time ni dah tak larat nak makan apa2 dah. Tertoleh ke kiri nampak staff situ (warga asing) macam pandang tapi bukan macam pandangan biasa. Tanyalah suami ayang kenapa staff tu pandang I macam lain. Taktau nak cakap lain camne tapi memang lain. Pastu suami cakap takde apa2. Tapi tak puas hati, tanya dia banyak2 lagi. Finally dia cerita time Hanis muntah, kedengaran juga dari luar sebab tandas dalam cafe kan. (Omg malunyaaa). Pastu ada pakcik tua ni buat muka annoyed sangat2 selama kedengaran Hanis muntah tu. Pastu time dia bayar kat cashier dia bising2 sampai satu cafe dengar, dia cakap “apeni saya makan kat sini bayar, bukan nak dengar orang muntah2!” (Something along the line tapi memang unpleasant to hear). So my husband walked up to him and said “ye abang, kenapa? Minta maaf ya yang muntah tu isteri saya dan dia mengandung”. Terus pakcik tuh macam “takdelah mumble2” dan berlalu pergi.

Bila-bila terkenang balik kejadian tu, baru faham sendiri maksud: Suami adalah pelindung. Walau dalam ketiadaan kita dia melindungi kita”.

Melihat kepada insiden tersebut, terdapat ramai netizen dan peminat Hanis yang memberi komen. Rata- rata berpendapat seharusnya pakcik tersebut perlu memahami situasi Hanis yang sedang hamil.

Namun apabila kita melihat dari sudut yang berbeza, ada juga yang menyokong tindakan pakcik tersebut yang menyuarakan ketiadakpuasan hatinya tentang tindakan Hanis yang tidak mempedulikan pelanggan-pelanggan disitu yang sedang menjamu selera.

Salah faham yang berlaku mungkin kerana ‘baby bump’ Hanis yang masih belum jelas kelihatan yang menyebabkan pakcik tersebut tidak nampak keperluaan untuk bertolak ansur.

 

Pengalaman Mengandung Yang Tak Mungkin Dirasai Kaum Lelaki

Proses kehamilan merupakan proses yang berbeza-beza bagi setiap wanita yang melaluinya. Ada yang mudah dan juga ada yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Antara masalah yang sering dilalui adalah mual-mual, sakit badan, dehydrasi and jugak fasa mengidam yang kadang-kadang susah untuk dilayankan.

Mengikut statistik, hampir 80% wanita hamil akan mengalamai fasa mual dan muntah disebabkan perubahan hormon yang akan menganggu emosi dan aktivit harian. Gejala yang paling biasa dan paling parah semasa trimester pertama. Walaupun penggunaan biasa merujuk kepada sakit pagi, loya, muntah, atau kedua-duanya lazimnya boleh berlaku pada bila-bila masa pada siang hari.

Pelbagai tips dan cara dikongsikan rata-rata ibu yang pernah melalui fasa kehamilan, namun tidak semuanya berkesan untuk setiap orang. Menurut Baby Center, fasa alahan dan mual merupakan fasa yang memenatkan dan mampu membuatkan wanita hamil tertekan dan berada dalam keadaan kemurungan.

Disebabkan keadaaan seperti ini, sangat penting untuk pasangan dan keluarga terdekat memainkan peranan penting dalam menunjukkan sokongan kepada ibu hamil.

 

Alahan? Bahaya Atau Tidak?

Kebanyakan ibu hamil yang mengalami alahan dan mual yang teruk akan segara mencari solusi untuk menghilangkan masalah tersebut. Ramai juga yang mempertikaikan adakah ia boleh membahayakan dan boleh menganggu perkembangan janin.

Menurut pakar kehamilan, rasa loya merupakan tanda bahawa hormon badan ibu mengandung berada di tahap yang cukup kuat untuk meneruskan kehamilan dan yang menariknya, alahan yang teruk juga mengurangkan risiko untuk si ibu mengalamai keguguran dan sebarang komplikasi kehamilan.

 

Solusi Dan Tips Atasi Alahan Mengandung

Terdapat pelbagai cara yang dicadangkan sama ada tradisional mahupun cara moden yang dikatakan mampu untuk bantu mneghilangkan alahan dan mual ketika hamil. Antaranya :

Minum air masak secukupnya.
Makan makanan masam seperti oren, mangga and air lemon.
Vitamin B6 = avokado, pisang, kekacang dan ikan.
Meditasi dan rehat yang secukupnya
Sokongan Dan Pemahaman Orang Ramai Terhadap Ibu Mengandung

Sebagai ibu hamil, sokongan dan pemahaman suami, keluarga dan termasuk orang sekeliling sangatlah penting dalam membantu mereka melalui waktu gentir ini dengan tenang dan positif.

Seperti yang ramai sedia maklum, cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh ibu hamil kadangkala boleh menjejaskan kesihatan bukan sahaja fizikal malah mental ibu tersebut. Sangatlah penting untuk emosi setiap ibu hamil dijaga dengan baik.

Seperti kes Hanis Zalikha ini, adalah lebih wajar jika pakcik tersebut menggunakan kata-kata yang lebih lembut dan baik bila berdepan dengan situasi-situasi yang tidak menyenangkan seperti ini. Sikap toleransi juga sangat penting untuk dipupuk dalam kalangan masyarakat.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah alahan dan mual semasa mengandung ni sekadar drama dan lakonan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN