Baru-baru ini, polis telah menahan tiga individu yang memuat naik komen di media sosial yang berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV.

Sumber :mole.my

 

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, mereka yang ditahan untuk siasatan itu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 dan 46 tahun.

Mereka yang ditahan ialah pemilik dua akaun twitter iaitu @azhamaktardan @aliaastaman serta seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Eric Liew.

Sumber: Abu Leman

 

Mohamad Fuzi berkata ketiga-tiga individu terbabit disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut.

 

Ini Jawapan Polis Guna Akta Hasutan

Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim menegaskan pihak polis terpaksa mengambil tindakan tegas berhubung dakwaan tersebut demi menjamin keselamatan negara.

Sumber:sinar harian

 

Pihak polis tidak mahu biarkan perkara ini tanpa dikawal dengan baik dan juga tanpa tindakan yang baik.

Keadaan ini akan mencetuskan sesuatu situasi yang mengancam keselamatan negara kita.

 

Akan Failkan Di Mahkamah

Tambah Noor Rashid, salah satu undang-undang yang boleh mengawal perkara itu daripada berlaku adalah Akta Hasutan.

Ulasnya, dalam dunia moden ini, ada sosial media yang digunakan sepenuhnya dan ada yang menyalahgunakan sepenuhnya sosial media ini.

Maka perlu ada satu undang-undang yang dapat mengawal aktiviti ini supaya apa yang nak ditularkan ialah berita-berita yang tidak mengancam keselamatan negara.

 

Akta Hasutan Ditentang Zaman BN, Tetapi Masih Digunakan Kini

Peguam Lawyers For Liberty (LFL) mengkritik tindakan polis menggunakan Akta Hasutan 1948 terhadap individu yang didakwa menghina bekas Yang di-Pertuan Agong.

Sumber:HAKAM

Pengarah Eksekutif LFL Latheefa Koya berkata, penahanan itu mengingatkan tentang”sikap tidak bertoleransi kerajaan Barisan Nasional” terhadap kebebasan bersuara, lebih-lebih lagi penggunaan akta itu ditentang oleh pakatan Pakatan Harapan sebelum membentuk kerajaan.

Pihak berkuasa mesti lebih arif apabila memberikan reaksi terhadap mesej-mesej tular di media sosial terutamanya jika yang dikatakan posting ‘menghina’ telah diperbesar-besarkan. Berbuat demikian serupa seperti mob rule (pemerintahan sekelompok individu).

Sumber:Sinar Harian

Oleh itu adalah mengejutkan dalam Malaysia Baharu, undang-undang ini masih digunakan oleh pihak polis untuk menghapuskan komen di media sosial yang pada asasnya tidak bersifat jenayah.

 

Pemimpin PH Bisu Isu Akta Hasutan

Sumber:MSN.com

 

Peguam N Surendran turut mengkritik pemimpin Pakatan Harapan dalam kerajaan yang mana pada masa ini berdiam diri berhubung penggunaan berterusan Akta Hasutan 1948.

Katanya, pemimpin-pemimpin berkenaan sebelum ini membantah akta itu ketika masih dalam pembangkang.

Sumber:WordPress.com

Terdahulu, bekas pengerusi Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan turut menulis di Twitter bagi menggesa Pakatan Harapan memansuhkan akta itu.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Kenapakah sampai sekarang kerajaan masih tidak memansuhkan Akta Hasutan?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN