Sumber: Malaysian Review

Ramadhan yang merupakan bulan untuk beribadah dan beramal sewajarnya difahami dan dihayati oleh semua pihak. Dalam bulan yang mulia inilah sepatutnya peniaga lebih bertimbang rasa dengan tidak menjual makanan pada harga yang terlalu tinggi.

Kalau hendak dikatakan berniaga pada bulan Ramadhan tidak menguntungkan, ramai sahaja orang yang berkunjung ke bazar-bazar Ramadhan.

Dengan bilangan pengunjung yang ramai saban hari, jarang sekali kita mendengar peniaga-peniaga di bazar Ramadhan mengalami  kerugian terutama sekali peniaga air balang.

Peniaga Ambil Kesempatan

Apa yang menjadi kehairanan ialah ada di kalangan peniaga air balang mengambil kesempatan dengan menjual air pada harga yang terlalu mahal. Bayangkan sahaja air sirap sebungkus dijual pada harga RM4. Sedangkan kos untuk menyediakan sebungkus air sirap tidak sampai RM1.

Perkara ini telah menjadi tular di laman sosial Facebook. Seorang pengguna Facebook Mat Wick, menghantar satu tangkap layar ke kumpulan Facebook Meru Residents untuk mengingatkan penduduk tentang sikap peniaga.

Sumber: Facebook Mat Wick

Dalam tangkap layar tersebut peniaga bazar telah menjual air balang pada harga RM4 sebungkus bagi air biasa seperti air sirap, air oren, air bandung, air teh, air jagung kordial dan pelbagai air kordial murahan. Harga ini terlalu mahal jika dibandingkan dengan harga di bazar-bazar Ramadhan lain sekitar Lembah Klang iaitu sekitar RM2.50 hingga RM3.

Sekiranya air balang yang dijual seperti air tebu dan air buah jus pada harga RM4 mungkin agak munasabah untuk diterima. Sudahlah dijual pada harga mahal, air yang dibeli untuk tujuan berbuka puasa didapati tawar lantas menyebabkan pengguna berasa marah.

Tidak Bertimbang Rasa Pada Warga Tua

Lebih menyayat hati lagi apabila terdapat seorang pak cik warga tua yang ingin membeli air hanya beberapa minit sebelum waktu berbuka, namun peniaga masih menjual pada harga yang mahal menyebabkan warga tua tersebut membatalkan hasrat membeli air.

Tindakan peniaga ini semestinya mengundang kemarahan warga maya. Rata-rata warga maya menyifatkan tindakan peniaga tersebut melampau, sehinggakan tidak ada pertimbangan kepada warga tua di saat-saat waktu berbuka. Sedangkan lebih elok sekiranya sedekah sahaja sebungkus air kepada warga tua tersebut, bukan mendatangkan kerugian pun.

Sumber: Sifu Bisnes

Sebungkus Air Ada Mencecah RM5

Perkara sama turut dikongsikan oleh pengguna Facebook yang lain. Ada pengguna yang mengeluh terdapat air biasa yang dijual pada harga RM5 sebungkus di sekitar Meru, lantas menyebabkannya menyesal untuk membeli semula.

Jelas sekali, peniaga terlalu mengejar keuntungan dengan cara yang tidak wajar. Ini bukan pertama kali terjadi, tetapi sudah saban tahun mendengar rungutan yang sama. Kalau harga air biasa yang dijual pun sudah sama harga dengan harga makanan, maka bukan harga sewa tapak mahal yang menjadi punca.

Pihak Berkuasa Perlu Main Peranan

Pihak berkuasa tempatan sewajarnya melakukan pemantauan harga dan mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga bazar Ramadhan yang mengambil kesempatan. Mungkin boleh ditetapkan harga siling jenis jualan mengikut kawasan bagi memastikan pengguna tidak terus ditipu.

Sumber: Blog Mau Kerja

Dalam bulan yang mulia, peniaga sepatutnya lebih bertimbang rasa dan berniaga secara ikhlas. Kita tidak mahu lagi mendengar rungutan-rungutan pembeli seperti kuih basi, karipap yang tidak berinti, sandwich yang berinti dihadapan dan sebagainya.

Fikirkan Kesannya

Memang benar berniaga pada bulan Ramadhan sangat menguntungkan namun tidak ada guna sekiranya keuntungan itu diperoleh dengan cara yang tidak berkat.

Pastinya ia mendatangkan masalah dikemudian hari. Tidak pada diri sendiri mungkin pada anak isteri, adik-beradik atau ibu  bapa. Fikirkanlah

KATA ORANG

KATA ANDA

Kenapa isu makanan dan minuman mahal di bazar Ramadhan sering berlaku setiap tahun?
7 votes · 7 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN